April 2007
Monthly Archive
Mon 30 Apr 2007
Posted by Shamsuddin Kadir
No Comments
Ya Pesta Buku Antarabangsa 2007 sudah berlangsung sejak empat hari lalu iaitu bermula pada hari Jumaat 27 April yang lalu.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk memiliki sebanyak mana buku yang telah disenaraikan dalam beberapa bulan yang lalu. Semuanya boleh dibeli dengan harga diskaun. Ya diskaun yang melebihi apa yang anda biasanya dapat. Datang ke PWTC untuk turut serta mendapatkan keuntungan berganda.
Insyaa-Allah, saya akan berada di sana pada hari esok, iaitu Selasa, 1 Mei dan Rabu 2 Mei. Saya menyambut hari pekerja di booth PTS untuk mempromosikan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya.
Jumpa di sana!
info@shamsuddinkadir.com
Tue 24 Apr 2007
Posted by Shamsuddin Kadir
No Comments
Ya, tinggal dua hari lagi, sebelum Pesta Buku bermula lagi di PWTC. Sudah semestinya ianya adalah salah satu daripada event yang ditunggu bukan sahaja oleh pembaca buku tetapi juga penulis seperti saya.
Inilah peluang untuk anda membeli sebanyak mana buku dengan potongan yang istimewa.
Insyaa-Allah saya akan berada di sana pada hari sabtu, Ahad, Selasa Dan Rabu (2 May). Insyaa-Allah saya akan berada di gerai PTS.
info@shamsuddinkadir.com
Fri 20 Apr 2007
Posted by Shamsuddin Kadir
No Comments
Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Radio Ikim dan Ustaz Zamri yang menjemput saya bagi mengulas buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.
Terima kasih juga di atas pelbagai jemputan daripada persatuan TNB, masjid dan lain-lain organisasi termasuk Majlis Sukan Negara (Ust Hasnol).
Saya menerima banyak panggilan dan sms daripada pendengar radio Ikim yang mengutarkan isu hutang dan duit.
Ada ketika saya ingin menangis, ada ketika saya rasa seram dan ada ketika saya merasa tumpang simpati di atas terlalu banyaknya masalah yang dihadapi oleh orang diluar sana. Ada yang sedang kesempitan untuk menangung anak dan isteri. Ada yang masih menggunakan kad kredit suami yang telah meninggal dunia bagi menambahkan beban hutang. Ada yang ditipu oleh suami yang mengunakan namanya untuk membuat pelbagai jenis pinjaman. Ada yang menangung hutang kad kredit yang berpuluh ribu. Ada yang menanti bank menarik kereta, rumah dan sebagainya.
Masing-masing dalam dilema melunaskan hutang dan bebanan pinjaman yang semakin banyak. Ini adalah salah satu punca kenapa pekerja tidak dapat menfokuskan kepada pekerjaan mereka.
Sungguh azabnya hidup kita apabila menangung hutang yang tidak perlu.
Kepada yang saya tidak dapat menjawab pertanyaan, tuan dan puan boleh merujuk kepada artikel ataupun maklumat yang disediakan di dalam website ini. Tuan & Puan juga boleh mengemailkan kepada saya.
info@shamsuddinkadir.com
Mon 16 Apr 2007
Posted by ShamsuddinKadir
No Comments
Salam Ceria,
Saya akan membincangkan tentang buku terbaru yang bertajuk Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya pada 27 May 2007. Bertempat di Centre Court, MPH Bookstore, Mid Valley.
Di Jemput beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.
info@shamsuddinkadir.com
Sun 15 Apr 2007
Posted by Shamsuddin Kadir
No Comments
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Kepada pembaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan yang mempunyai masalah berkenaan dengan perancangan kewangan, boleh mengikuti pembincangan bersama Penulis secara live di Radio Ikim pada 19 April 2007 dari jam 9 hingga 10 malam.
Ia juga sesuai bagi individu yang ingin mengelakkan daripada terlibat dengan pinjaman ataupun hutang yang tidak perlu.
Kepada yang mempunyai kelapangan boleh mengikuti perbincangan tersebut di bawah program Duniaku Buku.
info@shamsuddinkadir.com