Archive for June, 2008

Surat Pembaca: Masa Untuk Mengubah Cara Hidup

Assalamualaikum Encik Shamsuddin Kadir.

Encik Shamsuddin sebagai pakar dalam pengurusan kewangan, perlulah menulis dan mengarang lebih banyak buku berkaitan dengan hal-hal kewangan untuk membantu orang ramai dalam penyusunan semula dan mengurus semula kewangan memandangkan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

Saya dan orang ramai perlukan bimbingan dan nasihat daripada pakar seperti Encik Shamsuddin agar hidup kami tidak tertekan dengan kenaikan barangan yang tidak menentu sekarang ini. Ilmu yang ALLAH anugerahkan kepada Encik amat berguna untuk orangramai.

Terima kasih.

AM

Nota Sham : Terima kasih di atas sokongan yang berterusan daripada semua pembaca buku, peserta dan pelawat blog yang sentiasa menyokong, memberikan komen dan mengkritik bagi meningkatkan prestasi supaya dapat menyampaikan lebih banyak informasi bermanfaat kepada kita semua.

Insyaa-Allah dengan sokongan dan doa saudara/i semua saya akan menyiapkan buku dalam isu kewangan keluarga yang tertunda beberapa kali.

Sementara menunggu buku tersebut keluar, saya juga mengalu-alukan sebarang jemputan bagi menjayakan ceramah ‘2 Jam’ di organisasi tuan/puan berkenaan mengelola/mengurus gaji yang kalis inflasi. Saya boleh dihubungi melalui emel info@shamsuddinkadir.com atau shamsuddinkadir@yahoo.com atau 03-5548 4348

Saya juga menjayakan Modul Kursus Dimensi II dan III yang menjadi benteng utama kepada pekerja yang menangani masalah prestasi menurun akibat bebanan ‘kewangan’. Sila dapatkan pegawai menguruskan tentang latihan di organisasi saudara/i untuk menghubungi saya bagi menjayakannya.

Ada sebarang cadangan tentang topik atau isu yang perlu saya huraikan di dalam buku yang bakal terbit itu nanti?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Prestasi Pekerja Kerajaan dan Swasta Menurun?

Sejak dari kenaikan minyak yang di umumkan beberapa hari lalu, di mana sahaja terdengar perbualan para pekerja sama ada di kedai kopi, stesyen komuter, di pasar raya, membicarakan tentang implikasi kenaikan petrol ke atas gaya hidup mereka sekeluarga.

Ramai yang rungsing dengan kenaikan harga barangan yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Impak yang paling kuat adalah tahap tekanan yang perlu dihadapi oleh setiap wargakerja yang hidup dengan membelanjakan 100% dari duit gaji setiap bulan. Ini bermakna mereka tidak ada duit simpanan. Apabila kenaikan kos minyak yang akan meningkatkan lagi pelbagai barangan lain, memberikan mereka ruang bagi menangung hutang yang tidak berbayar (hutang yang tidak dapat dijelaskan).

Pekerja yang sudah biasa membeli barangan di luar kemampuan adalah di antara individu yang akan menerima kesan awal. Ini berlaku apabila jumlah bagi tidak berbayar bagi setiap hutang kad kredit dan skim ansuran mudah meningkat..

Jika anda seorang pengguna kad kredit pastikan jumlah yang dibelanjakan di dalam kad kredit adalah tidak melebihi apa yang anda telah peruntukan dalam senarai perbelanjaan bulanan.

Jika anda tidak dapat menurunkan kos perbelanjaan bulanan kepada 70%, ianya bakal menimbulkan tekanan apabila anda terpaksa hidup ibarat ‘Kais bulan makan bulan’. Fikiran senantiasa memikirkan tentang bebanan hutang, anda menjadi semakin stres, fokus kepada pekerjaan akan turun, ini sudah pasti menurunkan prestasi anda.

Bagi pencegahan yang efektif, senaraikan semula semua perbelanjaan bulanan dan lihat di tangga mana anda sedang berada. Adakah anda seorang yang berbelanja di bawah 70% ataupun melebihi 100% daripada wang gaji yang diterima? Lihat jenis sabun yang kita gunakan, jenama-jenama yang kita gunakan, adakah ianya berbaloi untuk dikekalkan ataupun perlu ditukar kepada jenama yang lebih murah tetapi dalam kualiti yang kita perlukan.

Mengikut kajian yang saya lakukan terutama kepada peserta saya, majoriti daripada menyatakan, bahawa mereka tidak dapat fokus dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan. Ini kerana minda mereka asyik memikir bagaimana untuk mencari duit lebih dan bagaimana mereka dapat menjelaskan hutang-hutang itu.

Kos minyak di jangka akan meningkat kepada AS$ 200 berbanding AS$135 setong pada waktu kini.  Bayangkan apa yang berlaku pada anda apabila harga petrol meningkat sebanyak 48% apabila ianya meningkat AS$200 setong dalam masa 24 bulan?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

 

Artikel Dan Komen Hilang Lagi

Saya memohon maaf, di atas kehilangan sebahagian komen yang diberikan sejak 7 Jun 2008. Artikel terbaru tentang program ceramah buku yang dimasukkan ke dalam entri pada 8 Jun turut juga hilang. Saya sedang menghubungi pihak pentadbiran server bagi mendapatkan maklumat lanjut kenapa ianya berlaku.

Harap maklum

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Harga Petrol Naik Kos Sara Hidup Naik!

Harga petrol meningkat kepada RM 2.70 bagi setiap liter mulai esok 5 Jun 2008. Jumlah kenaikan adalah 40% berbanding harga lama iaitu RM1.92 seliter. Ini bermakna, bagi  setiap RM 100 yang kita belanjakan untuk petrol pada bulan sebelum ini, akan meningkat kepada RM140. Jika peruntukan petrol bulanan anda pada bulan sebelum ini adalah RM 300, maka ianya meningkat kepada RM 420 mulai bulan Julai 2008. Kos tambahan ini dapat dibendung dengan mengurangkan pengunaan kereta tersebut, sama ada mengurangkan bilangan trip ‘makan angin’ ataupun jarak perjalanan.

Jika sebelum ini senarai kos sara hidup bulanan adalah 70% daripada gaji bersih yang anda terima, kini anda terpaksa membelanjakan melebihi daripada 70% daripada gaji anda. Ini menunjukkan anda sudah berbelanja di luar kemampuan anda. Sama ada anda meningkatkan pendapatan ataupun mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Kenaikan petrol sudah pasti merimaskan anda, jika setiap bulan anda membelanjakan sepenuhnya jumlah 70% yang anda boleh membelanjakan.

Perlu diingatkan kadar elektrik juga dinaikkan kepaa 18% daripada kadar sedia ada. Ini bermakna, secara kasarnya kos elektrik anda meningkat sebanyak RM18 bagi setiap RM 100 yang anda belanjakan.

Awasi senarai kos bulanan anda, semak semula, buat anggaran kos yang bakal ada tanggung setiap bulan mulai bulan Jun ini. Adakah jumlah tersebut melebihi 70% daripada gaji bersih yang anda terima? Jika lebih, apakah kos yang dapat anda kurangkan, ataupun bagaimana anda dapat mengurangkan pengunaan kos barangan tersebut?

Ketika ini ramai pemilik kereta beratur di stesyen minyak diseluruh negara bagi mendapatkan penjimatan sebanyak 40%. Ada stesyen minyak dilapurkan sudah kehabisan minyak beberapa jam sebelum harga baru yang akan bermula tidak sampai 3 jam dari sekarang.

Kepada yang mengunakan kad kredit mungkin tidak begitu merasakan kesannya, tetapi awas, ianya mampu memberikan tekanan apabila baki penyata kad kredit semakin membesar.

Kepada para pembaca dan pelawat : Apakah kesan kenaikan minyak itu kepada anda dan apakah langkah yang anda ingin lakukan bagi menghadapi kenaikan kos petrol itu?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Book Talk : Bisnes, Minda & Kewangan

Insyaa-Allah saya bersama-sama beberapa penulis akan menjayakan program ‘book talk’ di Mahkota Parade, Melaka mulai 5 Jun ini.

Berikut merupakan jadual aturcara, lokasi dan ceramah yang bakal disampaikan oleh para penulis berikut.

Penceramah : Tuan Amar Mahmood
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Rahsia Menarik Kekayaan

Penceramah : Puan Norlela Zubir
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Cabaran Dalam Bisnes Keluarga

Penceramah : Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Rahsia Bisnes Mamak

Penceramah : Tuan Shamsuddin Kadir
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Kaya dengan Rumah

Di jemput semua pembaca dan pelawat halaman blog ini yang berada di Melaka untuk turut serta dalam program ini. Kami juga amat mengalu-alukan kehadiran mana-mana organisasi ataupun pihak daripada jabatan latihan bagi mendapatkan informasi terkini. Insyaa-Allah semua buku yang dibeli ketika program ini berlangsung akan mendapat autograf daripada penulisnya.

Kepada pegawai bahagian sumber manusia ataupun mana-mana organisasi yang ingin mendapatkan maklumat tentang kursus Dimensi boleh menghubungi saya melalui info@shamsuddinkadir.com atau 03 - 5548 4348

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Buku Kaya Dengan Rumah - Kekal No.1

Alhamdulilah, selama 2 bulan berturut-turut, buku Kaya Dengan Rumah terus mengekalkan di tangga teratas, sebagai buku PTS yang paling top sepanjang bulan April dan Mei 2008 di MPH Alamanda Putrajaya. Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang yang berada di carta no. 7  pada bulan April lalu meningkat ke tangga nombor 3 pada bulan Mei 2008. Buku Makan Gaji Tetapi Kaya sudah kehabisan stok sejak bulan Mac yang lalu. Insyaa-Allah buku itu akan kembali di pasaran selepas ianya siap dicetak semula oleh penerbit PTS.

Terima kasih di atas sokongan semua pembaca dan semua testimonial yang diberikan oleh para pembaca yang amat saya kasihi. Juga tidak lupa kepada pembaca yang memberikan maklum balas dan terus mendapatkan buku-buku saya yang seterusnya. Terima kasih. Kepada pembaca yang ingin memberikan ulasan ataupun pandangan tentang tersebut, sila emelkan ke info@shamsuddinkadir.com atau shamsuddinkadir@yahoo.com

Maklumat dibawah adalah ehsan dari halaman blog Puan SifuPTS.

Top 30 Buku PTS di MPH Alamanda Putrajaya Mei 2008

BUKU BISNES & PROFESIONAL

1. KAYA DENGAN RUMAH
2. 15 TEKNIK EFEKTIF INTERNET MARKETING
3. HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
4. MENJADI JUTAWAN MLM
5. KERJAYA SBG. PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
6. RAHSIA BISNES ISTERI NABI: KHADIJAH
7. RAHSIA BISNES ORANG CINA
8. BUAT DUIT DARI RUMAH
9. RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH
10. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY
11. PDA UNTUK PEMBENTANGAN BERKESAN
12. DUIT BANYAK BERTAMBAH BANYAK
13. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
14. SIRI MULA BISNES LEMBU
15. BOS DIPUJI BOS DIBENCI
16. BUAT DUIT DENGAN MLM
17. TEORI DAN TEKNIK KEPIMPINAN
18. MEMULAKAN BISNES SENDIRI
19. CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN BISNES
20. RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA
21. 21 INDISPENSABLE QUALITIES (PEMIMPIN EFEKTIF)
22. RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
23. MENJADI USAHAWAN
24. SIRI MULA BISNES : RESTOREN
25. APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN
26. HENDAK SUSAH ATAUPUN SENANG
27. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT
28. KERJAYA SBG. PENSYARAH
29. THE PSYCHOLOGY OF SELLING (PSIKOLOGI MENJUAL)
30. BERUCAP DENGAN YAKIN

Laporan Jualan Buku Profesional PTS di MPH Alamanda Putrajaya April 2008

1. KAYA DENGAN RUMAH
2. RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH
3. MENJADI JUTAWAN MLM
4. RAHSIA BISNES ORANG CINA
5. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN EBAY
6. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
7. HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
8. 15 TEKNIK EFEKTIF INTERNET MARKETING
9. RAHSIA MINDA JUTAWAN
10. SIRI MULA BISNES LEMBU
11. KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
12. RAHSIA ORANG KAYA DAMANSARA
13. RAHSIA BISNES MAMAK
14. SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI
15. BUAT DUIT DARI RUMAH
16. TARIK KEKAYAAN DENGAN KUASA MINDA
17. THE PSYCHOLOGY OF SELLING – PSIKOLOGI MENJUAL
18. PDA UNTUK EKSEKUTIF
19. RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
20. CARA MUDAH MENCARI PEKERJAAN
21. KUASA MINDA SEPARA SEDAR
22. RANCANGAN PERNIAGAAN
23. CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS
24. CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN PERNIAGAAN
25. MEMULAKAN BISNES SENDIRI
26. TEORI DAN TEKNIK KEPIMPINAN
27. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT
28. PDA UNTUK PEMBENTANGAN BERKESAN
29. PANDUAN UNTUK PENGURUS DAN SETIAUSAHA
30. 166 TIP JURUJUAL EFEKTIF

Surat Pembaca : Sekadar Luahan Rasa

Assalamualaikum Tn Sham…

Setelah sekian lama saya menghadapi  dilema kewangan saya… dan setelah saya berusaha mengubah cara hidup saya dan sedikit sebanyak terlalu berharga apa yg saya pelajari mengenai dunia kewangan.

Hari ini saya diuji lagi, dalam saya berusaha menyelamatkan satu satunya harta yang saya ada iaitu rumah saya…akhirnya hari ini rumah saya terlelong dan sudah dipunyai oleh orang lain.  Saya tidak kesal sedikit pun atas apa yg berlaku tetapi saya terkilan kerana saya telah berusaha untuk mendapatkannya semula…tetapi apa yg berlaku saya redha… saya sedar ini adalah ujian untuk saya dan keluarga…

Walaupun ada rasa sedih dihati tetapi itulah hakikat yg perlu saya terima…kini apa yang perlu saya lakukan hanya usaha dan terus berusaha memperbaiki kehidupan saya dan anak anak…

Doakanlah agar usaha saya tercapai dan mampu mengubah hidup saya..maaf kalau email memenuhi ruangan inbox tuan Sham..tapi saya tidak mampu meluahkannya di laman blog tuan dan saya tiada tempat untuk bercerita apa yg berlaku..

Faridah Ahmad (Bukan nama sebenar)

Ulasan Sham :

Ya Allah Ya Tuhan yang mencipta dan memiliki sekelian alam, aku memohon kepadaMu agar melimpahi rahmat kepada hambaMu ini yang sedang ditimpa ujian yang amat besar. Semoga beliau terus tabah dan diberi pembalasan yang baik dariMu di atas setiap usaha yang telah beliau lakukan bagi menyelamatkan hartanya itu yang menjadi tempat perlindungan beliau sekeluarga selama ini. Berilah kekuatan kepadanya agar beliau terus bangkit dan mencapai setiap apa yang diidamkan oleh beliau sekeluarga. Bebaskan beliau daripada bebanan hutang dan juga penindasan orang lain terhadapnya. Jadikan beliau sekeluarga orang yang sentiasa mendapat kebaikan yang datang mendadak dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankanlah doaku ini. Amin.

Saudari, bersabarlah di atas ketentuan Tuhan ini, sebagai seorang Muslim kita tidak perlu bersedih di atas apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya yakin dan berdoa agar Allah memberikan pembalasan baik ‘pahala’ di atas setiap usaha yang telah puan lakukan selama ini. Saya berbangga dengan ketabahan Puan meneruskan usaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan itu. Insyaa-Allah saya dan rakan lain akan terus bersama dengan Puan meneruskan perjuangan Puan ini. Puan, kita tidak akan gagal selagi kita tidak berhenti mencuba, teruskan berusaha. Kita akan di balas oleh tuhan berdasarkan usaha kita bukannya apa yang kita telah capai.

Kehilangan rumah yang disayangi itu ke tanggan orang lain, dikira gagal oleh ‘barat’ tetapi ianya tetap satu kemenangan bagi orang Islam, kerana setiap usaha yang kita lakukan bagi memastikan ianya tidak terlepas ke tanggan orang lain diberikan balasan oleh Tuhan yang amat pengasih dan penyayang.

Tidak semua wanita yang setabah dengan dengan Puan, sahabat saya Tuan Osman Affan pernah berkata “Tanpa halangan, matlamat itu bukan satu impian”.

Di alu-alukan kata-kata sokongan daripada para pembaca / pelawat blog ini, bagi memberikan sokongan kepada Puan yang di uji dengan sedikit kesusahan ’sementara ini’.  

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!