Bongkarkan Rahsia Bagaimana Seorang Junior Executive Menguasai Minda Usahawan Dengan Menambah Kuasa Kebebasan Diri!

“Peluang Anda Untuk Mendengar Dari Mulut Mereka Yang Telah Berjaya, Rahsia Menggunakan Minda Untuk Menjadi Usahawan Dan Membina Perniagaan”

Dari Meja: Shamsuddin Kadir (SK), C.A (M)

Bakal Usahawan Yang Dihormati,

Sejak awal tahun kita mendengar pelbagai isu pembuangan pekerja beramai-ramai kerana kegawatan ekonomi, kilang ditutup dan tiada lagi kerja lebih masa yang menjadi sumber tambahan pendapatan pada setiap bulan. Sebelum ini ramai yang menanti akhir tahun sebagai hari pembayaran bonus, namun pada tahun lepas bonus sudah tidak menjadi isu asalkan dapat bekerja dan dibayar gaji asas sudah mencukupi.

Disini saya kongsikan paparan carian di Google yang membuktikan isu pembuangan pekerja menjadi topik utama di surat khabar dan blog:


Suatu ketika dulu, mungkin anda selesa dengan pekerjaan sekarang tanpa perlu membuat kerja lebih masa ataupun mencari pendapatan alternatif. Namun, dalam keadaan ekonomi sekarang rata-rata ramai yang mula mengeluarkan simpanan untuk memulakan pelbagai jenis perniagaan untuk menambah pendapatan. Ramai yang mula menceburkan diri sebagai konsultant Insurans, Unit Trust ataupun sebagainya. Tidak dapat dinafikan rata-rata mereka yang serius dan berusaha telahpun meninggalkan pekerjaan tetap dan mula melibatkan diri dalam perniagaan sebegini sepenuh masa.

NAMUN, berapa ramai yang menjadikan perniagaan konventional sebagai sumber pendapatan sepenuh masa? Hakikatnya mereka yang terlibat dengan perniagaan konsultansi atau sebaginya tidak mempunyai kuasa "kebebasan" untuk menguruskan perniagaan tersebut. Kebanyakkan individual bekerja sendiri ini terikat dengan terma-terma perniagaan institusi terbabit.

Pendedahan Kebebasan Perniagaan Yang Sebenar

Saban hari kita melihat sudah ramai rakan-rakan yang lain terlibat dengan perniagaan konventional. Paling menyeronokkan individual ini memiliki kuasa "kebebasan" sepenuhnya terhadap perniagaan tersebut. Menjadi pemilik perniagaan hakikatnya jauh berbeza dengan bekerja sendiri. Gambarajah dibawah menunjukkan perbezaan 4 individual dalam ruang pekerjaan:

Matlamat utama saya ialah ingin menjadikan anda seorang usahawan atau pemilik perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan anda bukan sahaja mempunyai kuasa "kebebasan" 100% malahan mempunyai potensi kewangan yang tidak terhad!

Anda..Bila Mahu Bermula?

Jika anda langsung tidak berminat dengan bidang perniagaan, saya tidak memaksa anda untuk meneruskan pembacaan. Mungkin anda sudah selesa dengan keadaan ekonomi anda sekarang. Bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang perniagaan, bila anda mahu bermula?

Saya memiliki ramai rakan-rakan yang mempunyai prospek perniagaan yang hebat namun hakikatnya mereka tidak berganjak walau sedikitpun dari pekerjaan mereka sekarang. Pelbagai alasan diberikan, antaranya:

Tiada masa
Tiada modal
Pasaran sudah tepu
Keluarga tidak menyokong
Takut bisnes lingkup
Tiada panduan perniagaan yang lengkap

 

Pelbagai alasan diberikan sehinggalah ada yang telah berjaya dengan prospek perniagaan yang sama. Mereka mula mengeluh dan menuding jari mencari kesalahan orang lain diatas kegagalan diri sendiri.

Adakah Anda Sebahagian Dari Mereka Yang Gagal Membina Perniagaan Sendiri?

Ramai yang takut untuk memulakan perniagaan kerana kurangnya minda keusahawanan dalam diri mereka. Ramai diantara mereka yang makan gaji sudah diterapkan dengan minda bekerja dengan orang. Saya sendiri pernah mengalaminya, jadi saya pasti anda mengalami kekeliruan dalam memilih jalan kehidupan anda terutama sekali di kalangan mahasiswa.

HAKIKATNYA..anda boleh memiliki perniagaan meskipun anda menikmati gaji bulanan sama seperti orang lain. Tidak ada suatu hukum di dunia ini yang menyatakan anda perlu berhenti kerja hanya untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Ramai diantara usahawan Malaysia memulakan perniagaan mereka ketika masih makan gaji ataupun sejak di Universiti lagi.

Saya Ingin Bermula..Tetapi Bagaimana?

Tahniah!!! Anda sudah selangkah ke hadapan jika anda ingin bermula sekarang. Mungkinkah anda masih bekerja, sudah dibuang kerja, mahasiswa ataupun graduan muda? Walau apa sahaja status pekerjaan anda sekarang, memulakan perniagaan adalah matlamat utama anda.

Sempena tahun 2009, saya menawarkan kepada individu yang ingin mencipta peluang perniagaan dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’:

Tarikh: Sabtu, 28 Mac 2009
Lokasi: Taman Permata, Hulu Klang.

Maklumat yang dikehendaki bagi tujuan pendaftaran bengkel ini adalah :

Nama
No. Telefon
Alamat Emel

Bertempat di tingkat 3, Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran RM 150 sahaja (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 8.30 Pagi sehingga 4.30 Petang.

Siapa Anda Sebelum Menyertai Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang?

Individu yang makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
Individu yang makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
Individu yang makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
Individu yang makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
Individu yang makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
Individu yang makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
Graduan yang belum mendapat pekerjaan
Individu pelajar universiti ataupun kolej
Individu usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
Individu yang makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.


Apakah Jaminan Selepas Menyertai Bengkel Saya?

Anda tidak dijamin dengan kejayaan dalam perniagaan serta merta kerana bengkel ini menjamin anda mampu mengekalkan perniagaan anda untuk selama-lamanya. Ini kerana bengkel ini akan membina corak pemikiran anda sebagai seorang usahawan. Malahan saya menjamin anda boleh menghantar surat perletakan jawatan kurang dari setahun selepas anda menyertai bengkel ini. Namun segala jaminan ini hanya boleh diguna pakai jika anda berani mengambil risiko dan memulakan gerak usahawan anda sekarang.

Di dalam bengkel ini nanti anda turut dibekalkan dengan "resepi" membina perniagaan sendiri dengan kos yang minimum dan risiko yang rendah. Saya mampu buktikan anda tidak perlu membuat pinjaman bank hanya untuk memiliki perniagaan sendiri.

Bagi pemilik perniagaan separuh masa, saya pasti anda tidak sabar untuk meninggalkan pekerjaan tetap anda sekarang. Namun anda masih was-was dan tidak mahu mengambil risiko. Saya pasti anda mempunyai kelebihan yang lebih banyak dari individual yang lain dan dengan menghadirkan diri ke bengkel saya anda akan lebih berani ke hadapan dan meninggalkan pekerjaan tetap anda secepat mungkin. Potensi perniagaan sedia ada lebih tinggi untuk berkembang jika pemilik memberi tumpuan 100% terhadap perniagaan mereka.

Disini saya ingin kongsikan maklum balas dari peserta Siri Pertama Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji:

“Saya amat berpuas hati, Tidak sia-sia saya balik lewat ke Kampung . Terima kasih Tuan SK!” Tuan Sabri Hassan Assa’ari - EcommerceMastery.com dan SaifulSham.com


“Saya amat berpuashati dan dapat tahu bagaimana mencari networking, mencari idea bisnes, membina motivasi diri. Saya mengalakkan anda mengikuti bengkel ini” - Tuan Mazlie www.MazlieNadzri.com


“Terbaik untuk membina generasi usahawan Muslim” - Puan Nuranis Bt Amin


“Kursus yang santai dan tidak membosankan, perlu dikerapkan agar lebih ramai dapat manfaat. Promosikan lagi agar lebi hramai yang sertai” Tuan Mohd Zulfadli www.smartusaha.com


“Topik yang menarik, banyak ilmu yang dapat bagus!!!,” - Puan Miera (Beliau menulis lagi… Buat kursus ini dalam 2 hari iaitu lebih dari 1 hari)

Jadi, tunggu apa lagi, darftar tempat anda sekarang juga!!

Terima Kasih,

Shamsuddin Kadir (SK)

p.s - Seminar ini tidak menjanjikan kekayaan serta merta dan tidak ada unsur skim cepat kaya. Ianya melibatkan pembinaan motivasi diri dan penerapan ciri-ciri usahawan.

p.s.s - Kami berhak menukar sebarang tawaran yang di nyatakan pada bila-bila masa sahaja dan menggantikannya dengan tawaran yang lain.


Tempahan Hubungi