Public Program Yang Dirancangkan Tahun Ini

Dengan keizinan Allah, sekurang-kurangnya  6 program umum (public program) akan di adakan sepanjang tahun 2009. Ianya bagi memenuhi pelbagai permintaan dan pertanyaan tentang kursus-kursus yang dibuat bagi penyertaan secara terbuka sejak dari pertengahan 2007.

Antara bengkel yang dirancangkan pada tahun 2009 (jadual akan diumumkan nanti) adalah :

1. Bengkel Berhijrah dari Makan Gaji (24 Januari 2009)

2. Bengkel Bebas Stres Kewangan

3. Bengkel Perlaburan Hartanah

4. Bengkel Kewangan untuk bakal pengantin dan pengantin baru

4. Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji (English Version) Pada Bulan April di Hotel Sheraton Subang Jaya

Senarai penuh bengkel dan tarikh bagi program yang dirancangkan akan diumumkan selepas pengesahan dibuat. Jika Tuan dan Puan ada sebarang cadangan dan pertanyaan boleh emelkan ke info@shamsuddinkadir.com

Diari SK: 1 Januari 2009 Mesyuarat TAMRIN

Khamis 1 Januari 2009, Jam 10 pagi saya akan menghadiri mesyuarat Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang diadakan di pejabat Tuan Osman Affan (Menteri Kewangan TAMRIN). Pejabatnya  terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Antara trainer yang akan menghadirinya pada hari ini adalah

Segala pertanyaan yang diemelkan ataupun komen yang diberikan, akan dibalas secepat mungkin. Insyaa-Allah.

7 Petua Mencapai Azam Kejayaan Tahun Baru

Satu dari kebaikan yang saya pelajari ialah kuasa kejayaan. Sebelum ini kita diberitahu ‘usaha tangga kejayaan’, kegagalan itu satu langkah ke arah mencapai kejayaan’, belajar dari kesilapan yang lalu. Semua itu ‘mungkin’ baik bagi meningkatkan diri kita.

Di sini saya ingin kongsikan 7 Petua mencapai Azam Kejayaan Tahun Baru bersama dengan Tuan dan Puan semua.

Petua yang Pertama:

Bagi kedatangan tahun baru ini 1430H @ 2009, senaraikan segala impian yang kita ingin capai, di atas 12 kertas yang berlainan. Ini bermakna kita ada 13 salinan senarai kejayaan yang kita bakal capai pada tahun baru ini.

Petua yang Kedua:

Simpan 11 senarai kejayaan di dalam satu sampul surat yang bertulis ‘Kuasa Kejayaan’. Tampalkan salinan pertama senarai tersebut di tempat yang kita selalu dapat lihat, sebaiknya di dalam bilik tidur, supaya apabila kita ingin tidur kita terpandang senarai itu dan apabila kita bangun dari tidur kita dengan tidak sengaja terpandang senarai tersebut.

Petua yang Ketiga:

Poskan satu kad ‘Tahniah’ kepada : Tulis nama dan alamat anda di sampul surat kad Tahniah tersebut, dan tulis kata-kata di bawah

“Tahniah di atas kejayaan Tuan/Puan menceburi apa yang Tuan/Puan Impikan”

Sebaiknya hantarkan satu kad berkenaan kepada diri sendiri dengan mengunakan pos Malaysia pada setiap bulan bagi 12 bulan. Lakukan pada awal setiap bulan ataupun pada penghujung setiap bulan.

Petua yang Keempat :

Sertakan satu salinan senarai kejayaan di dalam setiap kad yang diposkan itu. Ini bermakna pada setiap bulan kita akan membuka sampul surat bertajuk “Kuasa Kejayaan’.

Petua yang Kelima :

Doakan pada setiap kelapangan

” Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada semua ahli keluargaku, sahabatku, jiranku, rakan sekerjaku dan semua orang yang dimuliakan oleh Mu, Wahai Allah yang Maha Kaya dan Pemurah”

Petua yang Keenam :

“Bantu dan berikan Inspirasi kepada sebanyak mana individu bagi yang dikenali dan baru dikenali (cari kenalan baru setiap hari, minggu ataupun bulan) agar mereka berjaya mencapai lebih dari apa yang mereka impikan”

Petua yang Ketujuh :

“Bagi Salam sambil memberikan senyuman ‘ikhlas’ kepada seberapa orang yang tidak dikenali yang kita jumpa sama ada di dalam lif, tepi jalan, …. dan kepada yang non-muslim, ucapkan dengan ucapan selamat…. dan berikan juga satu senyuman ‘ikhlas’ kepada mereka. Jika boleh timbulkan ‘dialog’ iaitu komunikasi dua hala

Selamat memiliki kuasa kejayaan tanpa perlu tewas di tengah jalan.

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu yang mencipta dan memiliki semua kejadian ini, hilangkan perkataan ‘tewas’ di dalam hidup setiap individu yang menjadi tetamuku, Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin”

Berhijrah Dari Makan Gaji Pada Tahun 1430H @ 2009

Tahun 1430H @ 2009 kalendar Masihi yang baru dan bakal menemui kita bakal memberikan kita satu lagi impak di dalam kehidupan harian. Impak yang bakal menemui kita adalah bagaimana kita mempersiapkan diri bagi menghadapinya.

Saya menjangkakan Tahun 1430H @ 2009 ini memberikan impak kebaikan kepada setiap individu yang mengambil tindakan mencipta dan mengambil peluang kehadiran tahun baru ini.

Bagi individu yang mengurus kehidupan dengan bersandarkan kepada duit dari sumber gaji boleh membuat dua persediaan.

1. Terus kekal makan gaji di tahun 2009 dan cipta dan ambil peluang menghasilkan pendapatan pasif

2. Bersedia untuk berhijrah dari makan gaji di tahun 2009 dengan memulakan langkah mencipta pendapatan lain

Saya merasakan individu yang hidup bersumber makan gaji mudah mendapat impak yang tidak baik apabila tidak ada pendapatan dari sumber lain. Sumber lain yang dimaksudkan tidak semestinya melalui dari bekerja sambilan, bisnes sambilan dan MLM,  ianya adalah pendapatan yang dijana dari hasil wang yang dilaburkan dalam akaun perlaburan seperti di bank, unit amanah dan banyak lagi.

Saya percaya Tahun 2009 juga memberikan kebaikan dan peluang yang teramat banyak kepada individu ‘makan gaji’ yang sebelum ini pernah terfikir ingin ‘berhijrah’. Kebaikan itu adalah Tahun 1430H @ 2009 sedang menanti Tuan dan Puan untuk mencapai ‘kebebasan kedua terbaik’ berbanding kebebasan hakiki yang hanya Allah sahaja yang boleh berikan kepada kita.

Ramai yang masih berkata, orang yang bisnes akan menghadapi risiko yang teruk di tahun 2009, mengikut kajian saya sejak dari kegawatan yang kedua iaitu pada tahun 1997-1998, orang yang makan gaji paling banyak mendapat kesan tidak baik. Manakala orang yang bisnes menerima limpahan kebaikan yang datang mendadak.

Bagaimana ianya boleh berlaku? Persepsi yang kurang tepat mengelakkan kita dari menikmati kesenangan. Persepsi ‘umum’ yang ada pada setiap individu normal menghalang kita daripada melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Ada individu yang dalam dilema sama ada ingin terus kekal makan gaji ataupun berhijrah?  Insyaa-Allah jawapan terbaik bagi merungkaikan dilema itu ada pada 24 Januari 2008, di Taman Permata, Hulu Kelang, iaitu di dalam bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji.

Walaupun kita tidak pernah teringin untuk melihat apa yang berlaku di dalam kelompok orang yang berbisnes, tidak salah jika kita sudi memperuntukkan sebahagian dari masa yang kita ada bagi mengetahui apa yang membuatkan orang yang berbisnes ini ‘gembira teramat sangat’. Pengalaman yang kita akan lalui dalam program ini, mengubah persepsi dan kehidupan kita selama-lamanya.

Beli Buku Secara Online

Salam kepada semua penonton Malaysia Hari Ini di TV3 pada pagi ini. Terima kasih di atas emel, dan komen sokongan dan pertanyaan yang dihantar. Tidak kurang juga penonton yang menelefon.

Insyaa-Allah saya akan membaca satu demi satu emel yang dihantar dan akan melakukan sebaik mungkin bagi membalas semua emel yang dihantarkan pada hari ini.

Bagi Tuan dan Puan yang telah mendaftar bagi membeli buku, Insyaa-Allah saya akan membalas emel dengan menyatakan jumlah bayaran yang perlu dimasukkan secepat mungkin.

Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang

Entri ini pertama kali terbit di www.shamsuddinkadir.com pada 28 November 2008, seterusnya pada 12 Disember 2008.

bannerhijrah.jpg

Tim Shamsuddin Kadir akan menganjurkan satu bengkel bagi memberikan pendedahan dan kemahiran bagi individu yang bercita-cita ingin berhijrah dari kehidupan makan gaji kepada kehidupan sebagai Usahawan Senang.

Antara kelebihan menjadi Usahawan :

  • Bebas dengan masa - Tidak terikat kepada jadual waktu kerja
  • Pendapatan masuk tidak terhad dan boleh ditambah dengan mudah dan cepat
  • Dapat pergi membeli belah sewaktu individu lain sedang bekerja di pejabat
  • Dapat mengelakkan waktu ‘jam’ sama ada di jalan raya ataupun ketika pergi shopping
  • Dapat mencapai setiap impian dengan hanya memetik jari

Jika kita ada hanya RM 10 berapa banyak yang kita dapat membantu orang lain? Tetapi jika kita ada RM1,000 banyak yang kita dapat bantu orang lain.

Insyaa-Allah ianya akan di adakan pada hari Sabtu 24 Januari 2009 dan tempat adalah di Sekolah Bimbingan Al-Ikhlas di atas klinik Dr. Nooriah, Bersebelahan Pasaraya Giant, di Taman Permata.

Terbuka kepada semua pelajar universiti, graduan, penganggur, pekerja dan juga usahawan. Yuran peserta akan ditetapkan kelak dan ianya tidak lebih daripada RM150 seorang.

lompat.jpgKepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh mendaftar di sini dengan meninggalkan nama, emel dan no. telefon. Ataupun boleh mengemelkan maklumat tersebut ke shamsuddinkadir@yahoo.com dan meletakkan tajuk “Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji”.

Bengkel ini hanya memberikan kemahiran dan informasi bermanfaat bagi membantu peserta memulakan langkah memulakan bisnes sendiri dan bukannya mempromosi mana-mana produk yang ada di pasaran. Peserta akan mempelajari rahsia-rahsia sebenar dan yang sudah dipratikkan oleh orang-orang yang berjaya.

Bengkel ini juga memberikan peserta peluang membebaskan hutang dengan cepat, hasil daripada penambahan income secara mendadak. Ada individu yang menyelesaikan hutang kad kredit dalam masa hanya 6 (enam) bulan sahaja.

Sehingga hari ini sudah ada 18 orang mendaftar, tempat yang dijangka akan diadakan adalah di Taman Permata, Hulu Klang (berdekatan dengan Giant Taman Permata), berdekatan dengan Pasaraya Giant. Ini bagi memastikan Yuran setiap peserta tidak melebihi RM 150. Ramai rakan saya amat terkejut, melihat saya menawarkan yuran yang semurah itu… Ini adalah satu lagi program amal saya bagi membantu dan berkongsi ilmu dan kemahiran supaya lebih ramai individu yang BERJAYA, BERJAYA, BERJAYA DAN TERUS BERJAYA.

Bengkel berhijrah dari Makan Gaji akan dijayakan apabila menerima minimun 20 orang peserta.

Tarikh telah ditetapkan pada 24 Januari 2008 bersamaan hari Sabtu bertempat di Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran yang ditetapkan adalah RM 150 sahaja (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 9.20 Pagi sehingga 5 Petang.

Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343. Tim SK akan memaklumkan kepada Tuan dan Puan setelah mengesahkan penerimaan pembayaran.

Bicara Azam Kewangan 2009 Di TV3

hebahan200812.jpg

Bicara Azam Kewangan pada Selasa 30 Disember 2008 di Malaysia Hari Ini, TV3. Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan pada pagi 30 Disember ini boleh mengikuti bicara tersebut.

Setiap kali menjelang tahun baru, perkara yang tidak dapat ditinggalkan adalah ‘Apakah azam kita pada tahun baru nanti?’ Cuma pada kali ini, kita membicara satu dari cabang azam yang ada iaitu ‘Azam Kewangan 2009′.

Jika diizinkan oleh Tuhan, kali ini kita dapat memperincikan keazaman kita dan memfokus pada ‘kewangan’ yang menjadi sebab paling utama 90 peratus individu yang bekerja.

Semoga bicara ini memberikan manfaat yang terbaik kepada kita semua dalam menikmati hasil yang terbaik dalam mencapai impian kewangan di 2009 nanti.

Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji 24 Jan 2009

bannerhijrah.jpg

Kenapa saya beriya-iya bagi menjayakan bengkel yang mungkin julung kali di adakan di Malaysia. Biasanya kita mendengar bengkel memulakan bisnes ataupun berjaya dengan bisnes. Kali ini saya lakukan adalah bagi menarik seberapa ramai individu yang ingin dan bersemangat bagi mencipta peluang dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’.

Ada yang masih ragu-ragu dan bertanya adakah bengkel ini sesuai untuk saya?

Bengkel ini adalah sesuai bagi semua individu yang

  • ketika ini makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
  • ketika ini makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
  • Ketika ini makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
  • Ketika ini makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
  • Ketika ini adalah graduan yang belum mendapat pekerjaan
  • Ketika ini adalah pelajar universiti ataupun kolej
  • Ketika ini adalah usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
  • Ketika ini makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.
  • Dan banyak lagi sebab yang Tuan dan Puan lebih mengerti

Apabila ekonomi dunia yang gawat dengan ada bank yang di antara terbesar di dunia akan memberhentikan lebih 50,000 kakitangannya di seluruh dunia, bagi mengurangkan bebanan kos operasi. Kita dapat lihat apabila kos petrol yang naik mendadak pada beberapa bulan yang lalu, majoriti individu yang makan gaji menangung bebanan kerana petrol dibayar mengunakan duit wang gaji.

Apakah kelebihan jika kita berjaya berhijrah dari kehidupan Makan Gaji ?

  • Tiada lagi jadual waktu bekerja yang perlu diikuti oleh kita sepanjang hidup
  • Waktu membeli belah di pasaraya dan shopping Mall adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja
  • Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka
  • Tidak terikat dengan ‘BOS’
  • Boleh mendapatkan duit yang lebih pada setiap bulan jika itu yang diinginkan
  • Tidak perlu bergantung kepada orang lain bagi mendapat duit yang banyak
  • Dapat menjelaskan hutang-hutang dengan cepat
  • dan banyak lagi yang akan diketahui dari bengkel ini

Tempat adalah terhad, masih ada kekosongan, dijangka akan diadakan pada bulan Januari 2009 dan di Taman Permata, Hulu Klang. Hari Sabtu.

Maklumat yang dikehendaki bagi tujuan pendaftaran bengkel ini adalah :

  • Nama
  • No. Telefon
  • Alamat Emel

Tarikh telah ditetapkan pada 24 Januari 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran yang ditetapkan adalah RM 150 sahaja (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 9.20 Pagi sehingga 5 Petang.

Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343. Tim SK akan memaklumkan kepada Tuan dan Puan setelah mengesahkan penerimaan pembayaran.

Saya Tidak Dapat Memasuki Halaman Ini

(DI KEMASKINI) Hari ini, genap 3 hari saya tidak dapat memasuki halaman ini. Saya ingatkan halaman ini down, rupa-rupanya hanya saya seorang yang tidak dapat memasukinya. Saya sudah mengunakan komputer laptop dan desktop saya, tetapi masih tidak berhasil. Akhirnya saya mengambil peluang untuk singgah di kafe siber dan saya berjaya memasuki halaman ini.

Mohon maaf, saya tidak dapat membalas ataupun memberi response segera kepada mana-mana komen ataupun emel yang dihantar ke info@shamsuddinkadir.com.

Bagi sementara waktu, Tuan dan Puan boleh menghantar emel ke shamsuddinkadir@yahoo.com jika ada sebarang urusan yang memerlukan maklumbalas cepat.

Mulai pagi hari ini (Isnin 30 Disember), saya sudah mula dapat mengakses semula halaman ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H

Assalamualaikum (Semoga sejahtera ke atas Tuan dan Puan yang saya muliakan)

Di sini saya ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang sudah memasuki tahun ketiga (3). Saya juga ingin memohon kemaafan di atas kekurangan dan kelewatan memberi response bagi sebarangan urusan yang berkaitan sepanjang tahun 1429H.

Semoga setiap daripada kita mengunakan kesempatan ini bagi menulis azam kita bagi meningkatkan lagi kualiti hidup setiap manusia agar lebih mengenali dan menyayangi Tuhan Allah yang telah menjadikan kita.

Insyaa-Allah pada 30 Disember bersamaan 2 Muharram, saya akan membicarakan berkenaan azam kewangan di saluran TV3. Waktu siaran antara jam 7.00 pagi sehingga 8.30 pagi, dalam rancangan Malaysia Hari Ini.

Semoga kita mempersiapkan langkah bagi mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain. Saya juga akan turut berhijrah pada tahun yang mulia ini.

Semoga Allah memberikan cahaya kepada Tuan dan Puan agar sentiasa menikmati cahaya iman dan bahagia di dalam jalan yang diredhainya. Semoga Ibubapa kita juga diberikan limpahan kebaikan sepanjang masa. Amin.