| Beza Antara Speaker dan Trainer |
|
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan dan Puan yang dikasihi oleh Allah dan disayangi oleh nabi. Terdapat perbezaan yang jelas antara 'Speaker' iaitu penceramah dengan 'Trainer' ataupun jurulatih. Di mana penceramah 'speaker' mengunakan 80 - 100% masa adalah untuk bercakap dengan peserta ataupun tetamu yang hadir dalam program tersebut. Manakala Trainer iaitu Jurulatih tidak bercakp melebihi 15% dari waktu yang diperuntukkan bagi setiap modul. Ini bermaksud, seorang penceramah akan bercakap dan terus bercakap untuk waktu 2 jam yagn diberikan. Manakala jurulatih @ trainer hanya bercakap sekitar 10 - 20 minit sahaja bagi setiap 2 jam masa yang diberikan. Speker ataupun penceramah memberikan kesedaran kepada peserta. Trainer @ Jurulatih mereka memindahkan kemahiran (skill) kepada peserta. Ada kursus yang dibuat dijayakan oleh penceramah iaitu speaker dan bukannya trainer, itu yang menyebabkan peserta hanya mendapat kesedaran dan tiada kemahiran yang dipelajari secara praktikal. Trainer yang bagus, adalah trainer yang dapat membezakan antara 'Speaker' dan Trainer. Apabila sesuatu program itu diklasifikasi sebagai kursus ianya perlu diuruskan oleh trainer. Trainer adalah sistem komunikasi 2 hala kerana bilangan peserta adalah terhad iaitu tidak lebih dari 30 orang. Manakala Speaker @ penceramah adalah komunikasi satu hala, kerana bilangan peserta mencerch ratusan dan ribuan. Speaker @ penceramah kita boleh ibaratkan seperti speaker radio ataupun telivesyen kita, ianya hanya memberi informasi (awareness) kepada kita. Contohnya, kita perlu pandai memuji kakitangan kita, supaya prestasinya meningkat. Silap memuji ianya tidak membawa kepada kebaikan. - Kesedaran Tuan dan Puan dipersilakan bagi menulis lima ayat pujian untuk staf Tuan dan Puan. Di jemput setiap ketua kumpulan untuk menulis satu ayat pujian di atas papan putih ini. - Proses mendapat kemahiran. Shamsuddin Kadir Success Trainer :: Author of 9 books Ultra Mind Resources @ SK Training & Consultancy Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300 Emel: This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
|