Laman Utama : Pelanggan
Pelanggan
Testimoni PDF Print E-mail

Apa kata peserta yang telah menghadiri kursus yang dijayakan oleh Ultra Mind

“The best thing that I have learned in my whole working career is attending this course. Thank you so much” Tuan Randolph L. T @ Randy :: Heritage Hotel, Tawau Sabah

“Dahsyat, saya keluar dari kepompong biasa untuk menjadi LUARBIASA” …Anakku nakal tak reti bahasa, semua mainan hancur, binasa. Kelmarin aku hanya biasa, esok aku menjadi luarbiasa, Saya suka” Cik Puan Sitialinah Tahir @ CT , Sabah Electricity Sdn Bhd

“Antara kursus yang paling “HEBAT DAN LUARBIASA” yang pernah saya sertai. Sekiranya diberi peluang, saya ingin menyertainya lagi kursus bersama En. Shamsuddin Kadir @ SK. SAYA SUKA” Cik Puan Faridah - Financial Park (Labuan) Sdn Bhd, WP Labuan.   

 

Dari Penganjur : Penang Development Corporation

Tuan Shamsuddin, merujuk kepada Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang pada 6 April 2010 di Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, (PDC), sukacita dimaklumkan bahawa semua peserta sangat berpuashati dengan prestasi tuan sebagai jurulatih.

Bahan dan modul yang disampaikan sangat berbeza dari kursus lain. Kursus tuan telah membuat peserta sedar adakalanya kita tidak peka dengan persekitaran dan kemahiran diri dan tidak fokus. Aktiviti kumpulan tuan juga sangat menarik dan luarbiasa !

Peserta juga menyatakan bahawa 'approach' yang dibawa oleh tuan sangat berbeza dari kursus-kursus yang mereka pernah hadiri. Saya selaku pegawai koordinasi program ingin merakamkan setinggi tahniah kepada tuan.

Semoga sesi kursus itu mendorong kakitangan PDC dan anak syarikat supaya lebih proaktif dan yakin selalu dalam menjalankan tugas. InsyaAllah, sekiranya ada peluang, tuan akan dijemput lagi untuk topik lain.

Sharidah Talib, Penolong Pengurus Bahagian Korporat

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

 
PDF Print E-mail

Kami suka di atas kepercayaan para pelanggan terhadap Ultra Mind Resources, kami sentiasa bersedia bagi terus mengekalkan silaturahim (hubungan baik) ini sampai bila-bila. Kami juga amat menghargai di atas komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh para pelanggan bagi memastikan kakitangan mereka mendapat latihan bernilai dan berimpak tinggi.

Salam kasih yang tidak terhingga di atas tawaran yang diterima berkali-kali dari pelanggan yang sama yang tidak serik bagi mengundang kami bagi mengilap kemahiran kakitangan Tuan dan Puan. Kami Suka.

Sebahagian dari senarai para klien yang pernah, sedang mengundang kami adalah seperti berikut:

  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Akademi Percukaian Malaysia (APM)
  • Commerce Haven Sdn Bhd
  • Financial Park (Labuan) Sdn Bhd
  • Forest Research Institut of Malaysia (FRIM)
  • Heritage Hotel, Tawau, Sabah
  • Institut Kemahiran MARA, Jasin, Melaka
  • Jabatan Alam Sekitar cawangan Melaka
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (Bahagian Pembangunan Organisasi) Jalan Duta, Kuala Lumpur
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (Bahagian Pungutan) Jalan Duta, Kuala Lumpur
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Melaka
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Sabah
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  • Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
  • Majlis Sukan Negara (MSN)
  • Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
  • Pejabat Al-Sultan Kelantan - Istana Balai Besar
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad,  Kuala Lumpur
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad cawangan Sabah
  • Penang Development Corporation (PDC) Pulau Pinang
  • Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur
  • Sabah Electricity Sdn Bhd
  • Sabah Fish Marketing Sdn Bhd
  • Seafest Hotel, Sempoerna, Sabah
  • Shangri-La Hotel, Kota Kinabalu Sabah
  • SUK Selangor
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor
  • Universiti Teknologi MARA, cawangan Puncak Perdana, Selangor
  • dan banyak lagi...
 



Carian

Video di TV3

 
 

Penampilan Media


    Rancangan Respons di TV1


       Rancangan 360 di TV3


      Rancangan MHI di TV3