Laman Utama : Profil
Profil
Perkhidmatan PDF Print E-mail
Kami  di Kumpulan SK menyediakan dua perkhidmatan UTAMA iaitu :

  1. KONSULTANSI @ CONSULTANCY kepada organisasi yang ingin ‘Mendahysatkan prestasi Organisasi dari biasa kepada luarbiasa’. Prestasi yang dimaksudkan adalah dari pelbagai sudut sama ada :
    • Gaya kerja kakitangan organisasi
    • Mutu kerja yang dihasilkan
    • Persembahan organisasi di atas ‘Pentas Sebenar’
    • Meningkatkan Jualan @ Perolehan
  2. LATIHAN @ TRAINING kepada kakitangan organisasi, mengikut apa yang kami pratikkan di kumpulan Shamsuddin Kadir. Di mana setiap perubahan yang ingin kami lakukan perlu bermula dari ‘SAYA’. Latihan yang dijayakan oleh para jurulatih (trainer) kumpulan SK adalah mengunakan modul latihan yang dipratikkan dalam organisasi Ultra Mind Resources @ SK Group.
Kami memastikan setiap trainer kumpulan SK mengamalkan amalan berdoa untuk peserta sehari sebelum program bermula agar peserta mendapat ilmu dan kemahiran dan diberi hidayah oleh Allah (Tuhan) bagi memastikan setiap apa yang dipelajari oleh peserta menjadi amalan baru dalam kehidupan harian mereka.

Kami percaya antara yang terhebat dalam memastikan peserta mendapat manfaat dari ilmu yang dipelajari adalah berdoa. Kerana meminta tolong dari Tuhan yang memiliki dan mencipta sekelian alam dapat merealisasikan setiap apa yang kita hendak tanpa ada halangan yang tidak boleh dirobohkan.
 
Kumpulan SK PDF Print E-mail

ULTRA MIND RESOURCES 'The Custom Made Corporate Trainer'

Merupakan sebuah organisasi yang menyediakan khidmat latihan dan konsultan untuk korporat.

Sebagai syarikat latihan yang berlandaskan sistem tempahan, Modul latihan kursus dibuat mengikut ‘keperluan’ pelanggan. Ini bermakna modul bagi sesebuah kursus itu dipilih dan dimodifikasi mengikut keperluan pelanggan. Lain pelanggan, lain keperluannya. Kursus yang sama tetapi pengisiannya berbeza mengikut citarasa dan keperluan sebenar pelanggan. Ini bagi memastikan tahap keberkesanan kursus adalah tinggi.

Modul untuk Kursus Tempahan disediakan oleh Konsultant Professional kami, yang diketuai oleh Tuan Shamsuddin Kadir dan Tim (pasukan). Antara Trainer kami yang lain adalah Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Ikram Wazir. 

ULTRA MIND RESOURCES mempunyai beberapa ‘penasihat’ iaitu pakar-pakar trainer dalam negeri dan yang bertaraf antarabangsa, bagi memberi pandangan. Antaranya adalah Puan Ainon Mohd mantan trainer korporat dalam bidang pemikiran lateral dan kreatif, kini beliau adalah pengerusi syarikat penerbitan buku PTS. dan juga Mr. Yim Chong Chow yang merupakan trainer antarabangsa dalam bidang 'sale negotiation' dan juga khidmat pelanggan.

Ini bagi memastikan modul-modul latihan yang disediakan oleh Ultra Mind Resources (kumpulan SK) sentiasa satu langkah di hadapan. Ini yang menjadikan setiap modulnya mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi memberikan impak yang maksimum kepada setiap peserta yang membuat pilihan untuk LEBIH BERJAYA.

Pejabat Ultra Mind Resources terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Penyedia Latihan Korporat dengan PSMB/HRDF. 

 



Carian

Video di TV3

 
 

Penampilan Media


    Rancangan Respons di TV1


       Rancangan 360 di TV3


      Rancangan MHI di TV3