Kami di Kumpulan SK menyediakan dua perkhidmatan UTAMA iaitu :
- KONSULTANSI @ CONSULTANCY kepada organisasi yang ingin ‘Mendahysatkan prestasi Organisasi dari biasa kepada luarbiasa’. Prestasi yang dimaksudkan adalah dari pelbagai sudut sama ada :
- Gaya kerja kakitangan organisasi
- Mutu kerja yang dihasilkan
- Persembahan organisasi di atas ‘Pentas Sebenar’
- Meningkatkan Jualan @ Perolehan
- LATIHAN @ TRAINING kepada kakitangan organisasi, mengikut apa yang kami pratikkan di kumpulan Shamsuddin Kadir. Di mana setiap perubahan yang ingin kami lakukan perlu bermula dari ‘SAYA’. Latihan yang dijayakan oleh para jurulatih (trainer) kumpulan SK adalah mengunakan modul latihan yang dipratikkan dalam organisasi Ultra Mind Resources @ SK Group.
Kami memastikan setiap trainer kumpulan SK mengamalkan amalan berdoa untuk peserta sehari sebelum program bermula agar peserta mendapat ilmu dan kemahiran dan diberi hidayah oleh Allah (Tuhan) bagi memastikan setiap apa yang dipelajari oleh peserta menjadi amalan baru dalam kehidupan harian mereka.
Kami percaya antara yang terhebat dalam memastikan peserta mendapat manfaat dari ilmu yang dipelajari adalah berdoa. Kerana meminta tolong dari Tuhan yang memiliki dan mencipta sekelian alam dapat merealisasikan setiap apa yang kita hendak tanpa ada halangan yang tidak boleh dirobohkan. |
|
|
|
|