|
Kursus Menanda Aras Pegawai Cemerlang (2 Hari) dihasilkan bagi melengkapkan setiap eksekutif kanan yang menjadi ketua ataupun pemimpin di dalam organisasi dengan teknik pemikiran dan aplikasi cara kerja yang meningkatkan lagi kualiti organisasi dan staf. Apabila berlaku kenaikan pangkat, tanggungjawab dan peranan staf tersebut juga berubah. Komitmen tugas dan kemahiran menguruskan diri, staf bawahan dan juga organisasi menjadi satu keperluan kritikal. Setiap hari organisasi terdedah dengan pelbagai cabaran baru yang memerlukan pekerja sentiasa bersedia dengan kemahiran terkini bagi menghadapi cabaran dan halangan yang menanti di hadapan. Kursus ini menjadi satu penanda aras bagi setiap eksekutif kanan yang terdiri dari ketua jabatan, pengurus dan pengarah bagi memastikan mereka sentiasa menghasilkan produktiviti yang berkualiti tinggi melalui transformasi besar dalam kareer bermula hari ini. Kursus ini direka khas bagi membantu tranformasi dalam diri eksekutif kanan itu bagi menghasilkan kualiti kerja yang diluar jangkaan apabila menukarkan kaedah bekerja dan berfikir. Ianya juga mengandungi sistem kerja dalam organisasi penerbangan yang tidak boleh menerima kesilapan dan kesalahan yang tidak perlu. Semakin banyak staf yang dilatih dengan kemahiran ini, semakin berkembang kualiti dan reputasi organisasi itu sendiri di mata pelanggan dan staf organisasi itu. OBJEKTIF KURSUS : v Memastikan kualiti produktiviti eksekutif kanan sentiasa di tahap memuaskan dengan tanggungjawab baru. v Meningkatkan kemahiran kritikal seperti berfikir seperti bos, supaya lebih banyak kerja bernilai yang di lakukan bersesuaian dengan jawatan baru mereka. v Membangunkan kemahiran ‘sosial beauty’ dalam organisasi yang menjadi pemangkin kepada kepuasaan hati staf termasuk staf bawahan dan pelanggan. Ini mengurangkan risiko berlakunya konflik dalaman dan luaran. Selain dari objektif di atas, kursus ini juga membantu peserta bagi memperbaharui sistem mereka bekerja mengikut keperluan untuk hari esok. SASARAN PESERTA Setiap kakitangan yang ingin ditransformasi bagi memiliki kemahiran yang kritikal apabila mengetuai sesebuah jabatan ataupun pasukan dalam organisasi. KAEDAH PENGENDALIAN BENGKELKursus akan dijayakan melalui ceramah pendek, latihan dalam kumpulan dan individu, dan setiap modul, peserta akan melakukan ‘presentation’ supaya mereka mempelajari kemahiran tersebut dan dapat dipratikkan terus dalam kerjaya mereka selepas kursus berakhir. Hubungi kami (03 4142 5300) hari ini bagi mendapatkan proposal lengkap berkenaan kursus ini, ataupun emelkan ke This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
|
|

Rancangan Respons di TV1

Rancangan 360 di TV3

Rancangan MHI di TV3