Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta Terbit April 2012

Bismillah. Dengan izin Allah, buku Rancang Wang Sejak Mula Jatuh Cinta bakal terbit di pasaran dalam bulan   April 2012 ini. Buku ini adalah ditulis bagi memberikan ilmu dan kemahiran kepada individu yang bakal bercinta dan berumahtangga. Terdapat banyak kos perbelanjaan kahwin yang tidak meningkatkan lagi kebahagiaan rumahtangga.

Pinjaman peribadi dan wang hantaran menjadi antara punca keretakan rumahtangga. Kini jumlah perceraian antara tahun 2001 - 2011 adalah lebih dari 260,000 orang.

Sebaliknya kos-kos itu menjadi punca kepada keretakan rumahtangga yang dibina. Bagi mengetahui status buku ini sama ada sudah terbit di pasaran, boleh klik like di facebook/BukuRancangWangSejakJatuh Cinta ataupun klik like di halaman facebook/Shamsuddin Kadir.

Bicara Pinjaman Kereta di Malaysia Hari Ini, TV3 Isnin 5 Mac 2012

Alhamdulilah, pagi tadi program bicara secara santai di TV3 berjalan lancar. Kali ini berbicara dengan Tuan Ally Iskandar. Perkara paling asas berkenaan dengan kereta yang perlu kita ingati adalah kita sebenarnya merancang untuk berhutang bagi membeli ‘besi buruk’.

Hutang kereta juga berada di atas pagar antara hutang-hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin dan hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya.

Apabila tempoh pinjaman melebihi 4 tahun, kita sebenarnya telah membeli sebuah kereta di luar kemampuan kita.

Shamsuddin Kadir

Institut Latihan Kecemerlangan MARA

Jawi, Pulau Pinang

5 Mac 2012 7.02 malam.

Kursus Bijak Mengurus Wang Untuk Pengantin 24 Disember 2011


Tazkirah Maghrib di Surau Al Munir 27 Nov 2011

Insyaa Allah Shamsuddin Kadir akan menjayakan Tazkirah Maghrib yang bertajuk : HIJRAH MINDA pada hari Ahad, bersamaan dengan 27 November 2011.

Tuan dan Cik Puan semua dijemput bagi mengikutinya di Surau Al Munir yang terletak di hampiran dengan Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan.

Shamsuddin kadir mempunyai slot tazkirah pada setiap hari Ahad minggu keempat di Surau Al Munir tersebut.

Bagi Masjid ataupun surau lain yang terletak di dalam Selangor boelh menghubungi yang ingin mengadakan tazkirah Magrib boleh menghubungi pejabat 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my

Letih Ikut Dunia Orang Lain

Assalamualaikum dan salam ceria, buat saudaraku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Antara perkara yang melemaskan kita adalah, apabila kita memaksakan diri dan keluarga untuk hidup mengikut dunia orang lain. Setiap daripada kita mempunyai dunia sendiri, kita adalah pelakon di dunia kita sendiri. Tidak perlu menangung beban kerana mengikut cara kehidupan orang lain.

Lakukan apa yang kita rasakan dan percaya, walaupun orang lain tidak suka, asalkan ianya tidak melanggar hukum Agama. Hidup di dunia kita sendiri membantu kita bernafas dengan lebih mudah, dan tidak perlu membelanjakan duit bagi mengikuti gaya hidup orang lain.

Shamsuddin Kadir

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Sabtu 3 Disember 2011

Alhamdulilah, dengan izin Allah dan sokongan tuan dan cik puan, Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan akan diadakan lagi pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Disember 2011.

Antara peserta kursus terawal Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan adalah  pengasas Tudung Siti Khadijah. Layari www.SitiKhadijah.com

Di dalam kursus ini para peserta dapat mempelajari bagaimana memasuki dunia bisnes dengan selamat di mana risiko duit hangus kerana tangan terbakar dapat dikurangkan ataupun dihapuskan.

Peserta mempelajari bagaimana bagi memulakan bisnes dengan bermula dengan apa yang ditangan.

Banyak individu yang percaya mitos, iaitu modal besar untungnya juga besar, sedangkan dunia bisnes otai mempercayai, modal kecil, untungnya besar.

Shamsuddin Kadir berkongsi bagaimana beliau mencipta dan mengusahakan pelbagai bisnes dengan bermodalkan RM 100. Beliau juga berkongsikan pengalaman bisnes yang dipelajari dari para sifunya termasuk Puan Ainon Mohd.

Pada hari tersebut para peserta dapat mempelajari, bagaimana menghasilkan idea, membina network yang tidak mendatangkan musuh dan juga modul terakhir adalah Modal sosial yang diperlukan. Modal duit, tidak dibincangkan secara detail, kerana beliau hanya percaya bisnes hanya bermula dengan RM 100.  Dimana seorang usahawan dapat menukarkan RM 100 kepada RM 200 dan seterusnya. Jika RM 100 pun tidak dapat ditukar menjadi RM 200, bagaimana seorang itu dapat menukarkan RM 40,000 yang dilaburkan menjadi RM 80,OOO.

Kajian, menunjukkan 90% bisnes yang dibuka ditutup selepas 3 tahun beroperasi. Beliau akan berkongsikan tip bagaimana untuk membebaskan diri dari ‘Sumpahan Bisnes’ itu.

Kursus ini untuk setiap individu yang ingin mempelajari seni membuat bisnes berdasarkan pengalaman individu yang sudah berketurunan membuat bisnes. Kursus ini juga bagi tuan dan cik puan yang tidak mahu duit yang dilaburkan hangus, seperti yang sudah berlaku kepada ramai individu setiap hari di luar sana.

Harga pelaburan adalah RM 188 untuk seorang. Makanan dan minuman tidak disediakan. Kursus bermula Jam 9 Pagi dan berakhir secara rasminya jam 4.30 petang. Pembayaran sebelum ataupun pada 31 November 2011 adalah RM 155.

Pendaftaran emelkan ke info@sk.my, dan buat pembayaran ke akaun Maybank 562106 - 200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir. Emelkan bukti pembelian ke info@sk.my ataupun fakskan ke 03 4142 7300.

Hubungi 03 4142 5300 (Cik Puan Suhana) untuk mendapatkan informasi tambahan.

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Sabtu 29 Oktober 2011

Kursus ini bagi meningkatkan kemahiran individu yang selama ini belum mempunyai kemahiran bisnes yang sebenar. Iaitu kemahiran yang hanya ada pada individu yang sudah berketurunan berniaga ataupun, formula bisnes yang hanya dipakai oleh orang yang dari keluarga bisnes sahaja.

Pelajari bagaimana kita dapat melabur projek ratusan ribu ringgit, dengan hanya bermula dengan modal RM 100 dalam bidang yang kita.

Pelajari seni mengurut ego pelanggan, supaya mereka rasa bersalah jika tidak membeli dari kita. Mengikut kajian, pelanggan hanya membeli dari individu ataupun jurujual yang pelanggan suka.


Banyak kemahiran ataupun informasi yang digunakan oleh orang yang makan gaji, sebenarnya menggunakan kaedah yang orang bisnes tidak akan gunakan apabila mereka membuat bisnes. Contohnya, fahaman tentang modal berbeza dengan orang yang mempunyai mentaliti makan gaji dengan orang yang bisnes sejak berabad.

Yuran : RM 188
Bank Islam : 1203 8010 0808 30 (Ultra Mind Resources) atau ke akaun
Maybank : 5621 0620 0279 (Shamsuddin bin Abdul Kadir)

Tempat kini terhad kepada 15 orang sahaja.

HARGA ISTIMEWA | yuran sebanyak RM155 sahaja.

Mohon tuan dan cik puan cc slip pembayaran ke info@sk.my atau faks slip ke nombor 03 4142 7300

Kepada Tuan dan Cik Puan yang ingin membayar di lokasi kursus pada 29 Oktober 2011, mohon hubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my

Diari SK: Masa Yang Padat

Assalamualaikum dan salam ceria

Sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Didoakan tuan dan cik puan terus menerus dirahmati Allah dengan rezeki halal yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan.

Sudah lama juga kita tidak bersua dengan entri terkini. Mohon maaf di atas kekangan masa yang terbatas, saya tidak dapat lagi memuatkan entri terbaru setiap hari seperti sebelum ini.  Di dalam halaman ini juga sudah ada entri melebihi 600 artikel sejak tahun 2006 lagi.

Ketika ini saya sedang menyiapkan beberapa buku baru sebagai kesinambungan kepada buku-buku yang sudah terbit di pasaran dengan izin Allah SWT.

Insyaa Allah pada bulan Disember 2011, buku bertajuk Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta terbit di pasaran di ikuti buku-buku lain.

Kepada yang baru pertama kali membaca entri di blog ini dan mahu mendapatkan buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir mohon bagi mencarinya di kedai-kedai buku. Manakala bagi yang ingin mengadakan training di pejabat mohon untuk menghubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan shamsuddin@sk.my

Sekian, Saya Suka!

Shamsuddin Kadir

7 Oktober 2011

Salam Ramadhan Buat Sepupuku

Assalamualaikum wbt, Sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Didoakan tuan dan cik puan semua terus menerus dikurniakan dengan rezeki yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan. Amin.

Pertama-tamanya saya memohon maaf di atas kelewatan dalam mengucapkan salam Ramadhan buat semua sepupu yang beragama Islam.

Ketibaan bulan puasa juga menimbulkan pelbagai jenis peluang membuat hutang yang disediakan oleh peniaga yang ingin membuat keuntungan yang cepat dan berlipat kali ganda.

Banyak butang kebebasan dan butan keunggulan dimainkan oleh sebahagian peniaga bagi mempengaruhi kita membeli tanpa kita dapat menggunakan akal yang rasional. Antaranya adalah tidak perlu bayar ansuran sehingga 30 hari ada juga kedai yang memberikan sehingga berbulan-bulan.

Perangkap ini hanya dapat menarik mangsa yang nilai dirinya rendah ataupun murah. Alhamdulilah di atas nilai diri tuan dan cik puan yang mahal, skim-skim untuk musim raya ini tidak dapat menewaskan tuan dan cik puan dengan mempengaruhi kita mengambil hutang baru.

Sejak semalam apabila menjayakan kursus Pemantapan Nilai Kewangan Dalam Diri untuk sebuah organisasi kerajaan yang besar, modul yang paling penting dipertingkatkan penguasaannya adalah Meningkatkan Nilai Diri.

Mengikut kajian pakar-pakar Psikologi, mendapati, orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan barangan yang mahal untuk diperagakan disekeliling dan dibadan mereka.

Tahniah dan syabas, sekali lagi dari saya kepada tuan dan cik puan yang tidak membuat apa-apa hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin di bulan Ramadhan ini.

Shamsuddin Kadir

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan 13 Ogos 2011

Salam Ramadhan buat semua sepupu yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Di atas kerjasama antara SK Training Academy Sdn Bhd dan Akademi Nur Insan, kursus Berhijrah menjadi usahawan akan dijayakan pada 13 Ogos 2011 di Akademi Nur Insan yang terletak di Kajang.

Kepada tuan dan cik puan yang berminat bagi menyertainya, boleh melayari http://akademinurinsan.blogspot.com/2011/08/kursus-berhijrah-menjadi-usahawan-pada.html

Ini satu-satunya kursus Berhijrah Menjadi Usahawan yang akan dijayakan oleh Shamsuddin Kadir pada bulan Ramadhan ini.

Kursus Buat Duit Dengan Rumah Sabtu 9 Julai 2011

Kursus Buat Duit Dengan Rumah (1 Hari) Yuran RM 188 Terhad untuk 15 orang sahaja. 9 Julai 2011 (SABTU)

Kursus ini terbuka untuk individu ataupun pasangan yang ingin menghasilkan duit secara mudah dan ‘PERCUMA’ melalui pemilikan rumah.

Peserta bukan sahaja dapat mempelajari seni melabur dalam rumah menggunakan duit orang lain, tetapi juga diberikan tip bagaimana untuk mengendalikan penyewa.

Peserta ditunjukkan tip bagaimana kita sebenarnya membeli rumah dengan diskaun sehingga 90%. Tip ini adalah hasil dari pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri. Kursus kali ini, trainer iaitu Shamsuddin Kadir akan berkongsikan tip tambahan iaitu membuat duit lebihan berkali ganda melalui Homestay.

Tuan Shamsuddin Kadir juga akan berkongsikan bagaimana beliau membeli takaful pendidikan yang dibayar oleh orang lain pada setiap bulan. Beliau juga membeli takaful perlaburan dan juga menggunakan duit orang lain.

Emelkan ke info@sk.my ataupun hubungi 03 4142 5300 untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut. Hubungi waktu pejabat sahaja, iaitu 9 pagi - 4 petang, Isnin sehingga Khamis sahaja.

Untuk mengetahui status terkini berkenaan kursus yang dianjurkan oleh Shamsuddin Kadir ataupun oleh para trainer lain di Dewan Ainon Mohd, mohon tuan dan puan klik like pada facebook Dewan Ainon Mohd.

Pembayaran sebelum ataupun pada 30 Jun 2011 adalah RM 155. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank atas nama Shamsuddin Abdul Kadir MBB 562106200279.  Ataupun Ultra Mind Resources Bank Islam No. 1203 8010080830.

Daftar segera supaya tempat Tuan,Puan tidak diambil oleh peserta lain. Bayaran yuran diperlukan bagi mengesahkan tempat.

Duit Yang Kita Perolehi Ketika Di Dunia

Saudaraku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah berikan, kita menggunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan hidup di dunia seperti lauk pauk, rumah, kenderaan, pakaian dan buku.

Sebahagian lagi duit kita gunakan bagi membeli pahala bagi memastikan kehidupan kita yang kekal abadi di Akhirat sempurna dengan keperluan hidup di sana. Pahala adalah limpahan ‘matawang’ yang hanya perlu bekerja sekali sahaja bagi mendapatkannya tetapi dapat menikmatinya sehingga selama-lamanya, kerana akhirat tiada penghujungnya. Allah memberi kita nikmat untuk terus menikmati kehidupan seperti mana Allah yang kekal Tuhan dan tidak ada penghujung bagiNYa.

Bukannya seperti Ayam, dan haiwan lain, yang hanya hidup sementara di bumi ini, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam dunia.

Alhamdulilah, kita meneruskan kehidupan yang penuh kesederhanaan dengan membiayai ataupun membeli barangan keperluan dan mengagihkan duit lain itu bagi menambahkan peluang kita menikmati hidup yang terlebih seronok di saat kita bertemu dengan Allah nanti.

Setiap hari kita melihat keindahan, sama ada pada rupa manusia, ataupun keindahan semulajadi seperti pokok, bunga, ataupun keindahan  bangunan-bangunan, komputer yang terlebih canggih, handphone, sofa, rumah banglo yang seperti hidup di dunia khayalan. Jika semua ini hasil dari ciptaan Allah, sudah pasti yang Pencipta itu lebih cantik dari apa yang diciptakannya. Kenikmatan bermain salji, kesejukan di tanah tinggi, kecantikan air laut dan pemandangan. Semua ini hanya 1/99 dari kenikmatan yang Allah berikan kepada penduduk dunia sejak dari Nabi Adam sehingga ke hari Kiamat. 98/99 lagi menanti para penghuni syurga.

Inilah ganjaran kepada kita yang terus menerus mengekalkan kita dengan pinjaman ataupun pembiayaan Islamik sahaja, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Allah sedang memerhati kita dan sedang merahmati kita di atas tindakan kita yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk kekal melakukan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan menyokong produk-produk masyarakat Muslim.

Kepada sepupu kita yang sudah terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah, mereka menyaksikan bahawa segala kata-kata Allah dalam AlQuran itu benar-benar dikotakan oleh Allah.

Kata Saidina Ali kepada dunia “Wahai dunia, engkau boleh tipu orang lain, tetapi engkau tidak boleh tipu aku”

Kata Nabi “Nilai dunia dan seisinya samalah dengan seekor bangkai anak kambing yang cacat yang dibuang oleh tuannya.”

Teruskan usaha kita bagi ‘membeli pahala’ untuk kehidupan yang kekal bahagia dan abadi di negeri yang Abadi, dengan rahmat Allah.

Caj Pentadbiran Bagi Pertanyaan Yang Dikemukakan

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua tetamu di www.ShamsuddinKadir.com

Didoakan tuan dan cik puan semua dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Mulai hari ini, 17 Juni 2011, setiap pertanyaan tuan dan cik puan yang ingin mendapat pandangan Tuan Shamsuddin Kadir, akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak RM 10. Ini bagi menangung kos pentadbiran dan staf yang menguruskan halaman ini. RM 10 dikenakan bagi setiap soalan yang diajukan. Jika tiga soalan yang diajukan adalah 3, maka bayarannya adalah RM 30, tetapi, tuan dan cik puan boleh menanyakan 2 soalan tambahan secara percuma.

Di atas jadual Tuan Shamsuddin Kadir yang sangat padat, tetapi tidak mahu mengecewakan para tetamu, kami sudah mengambil seorang staf bagi menguruskan hal-hal berkenaan pertanyaan dan konsultan bersama Tuan Shamsuddin Kadir.

Caj ini juga dikenakan bagi memastikan pihak  www.Shamsuddinkadir.com dapat menjawab setiap pertanyaan yang dihantar. Emelkan pertanyaan ke Info@sk.my, maksukkan juga bukti pembayaran.

Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 562106-200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, emelkan bukti pembayaran ke info@sk.my, pastikan nama, nombor telefon dan nombor akaun bank juga diberikan, bagi pemulangan duit untuk soalan yang tidak dapat dijawab oleh Tuan Shamsuddin Kadir.  Caj RM 2 (biasanya yang dikenakan oleh bank) akan dikenakan sewaktu pembayaran balik.

Semua jawapan akan dipaparkan di halaman ini, maklumat penghantar ditukar dengan nama lain. Ini bagi memastikan nama penghantar dirahsiakan. Kita juga mendapat pahala apabila individu lain mendapat pahala di atas pertanyaan kita itu.

Pentadbir www.ShamsuddinKadir.com

Nor’Ain Mohd Nor

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Kaya?

Assalamualaikum,

Saudaraku yang dirahmati Allah dan Saudariku yang disayangi Nabi,

Saya selalu mendapat pertanyaan “Bagaimana saya boleh menjadi kaya?”. Ayat pertama yang Allah berikan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w adalah IQRA yang bermaksud BACA.

Saya tafsirkan perkataan baca itu mengikut apa yang saya faham kepada cari ilmu dengan bertanya. Kita tidak akan tahu apa yang kita tidak tahu, selagi kita tidak mahu membaca ataupun bertanya. Macam mana kita hendak bertanya, jika kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Cara bertanya adalah “Tuan/Cik Puan mohon ajar saya, apa yang saya perlu tahu dalam hidup ini?” Itu antara perkataan yang saya gunakan selama ini.

Sekurang-kurangnya lantik seorang sifu berlainan setiap bulan, dan baca buku sebanyak-banyaknya, terutama waktu malam untuk pasangan yang sudah berkeluarga. Menghadiri kursus-kursus pendek dan panjang.

Kami juga menyediakan ruang kepada tuan dan puan yang ingin mendapatkan ilmu di Dewan Ainon Mohd.

Melalui pembacaan buku, dan mempunyai sifu yang ramai, membantu kita memperolehi apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita sebagai cucu cicit Nabi Adam yang terpaksa hidup di dunia alien sebelum kita pulang semula ke tempat asal usul kita iaitu di Syurga.

Shamsuddin Kadir

Kursus Terkini Anjuran SK Di Dewan Ainon Mohd

Assalamualaikum,

Saudaraku yang dirahmati Allah dan saudariku yang disayangi Nabi,

Didoakan Allah sentiasa merahmati kita semua dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Untuk makluman tuan dan cik puan, 2 bengkel @ kursus akan di adakan pada bulan Julai 2011 di Dewan Ainon Mohd yang terletak di No. 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.

Iaitu bagi memenuhi emel dan pangilan telefon para pelawat www.shamsuddinkadir.com dan juga pembaca buku. Kursus yang akan dianjurkan pada hujung minggu bulan Julai nanti adalah :

1. Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan (1Hari) Yuran RM 188 Terhad untuk 15 orang sahaja. 2 Julai 2011 (SABTU)

Kursus ini bagi meningkatkan kemahiran individu yang selama ini belum mempunyai kemahiran bisnes yang sebenar. Iaitu kemahiran yang hanya ada pada individu yang sudah berketurunan berniaga ataupun, formula bisnes yang hanya dipakai oleh orang yang dari keluarga bisnes sahaja. Banyak kemahiran ataupun informasi yang digunakan oleh orang yang makan gaji, sebenarnya menggunakan kaedah yang orang bisnes tidak akan gunakan apabila mereka membuat bisnes. Contohnya, fahaman tentang modal berbeza dengan orang yang mempunyai mentaliti makan gaji dengan orang yang bisnes sejak berabad ataupun berkurun.

2. Kursus Buat Duit Dengan Rumah (1 Hari) Yuran RM 188 Terhad untuk 15 orang sahaja. 9 Julai 2011 (SABTU)

Kursus ini untuk individu, menghasilkan duit secara mudah dan ‘PERCUMA’ melalui pemilikan rumah. Peserta ditunjukkan tip bagaimana kita sebenarnya membeli rumah dengan diskaun sehingga 90%. Tip ini adalah hasil dari pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri. Kursus kali ini, trainer iaitu Shamsuddin Kadir akan berkongsikan tip tambahan iaitu membuat duit lebihan berkali ganda melalui skim Homestay.

Tarikh akan diberitahu dalam masa terdekat. Emelkan ke info@sk.my ataupun hubungi 03 4142 5300 untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut. Hubungi waktu pejabat sahaja, iaitu 9 pagi - 4 petang, Isnin sehingga Khamis sahaja.

Untuk mengetahui status terkini berkenaan kursus yang dianjurkan oleh Shamsuddin Kadir ataupun oleh para trainer lain di Dewan Ainon Mohd, mohon tuan dan puan klik like pada facebook Dewan Ainon Mohd.

Pembayaran sebelum ataupun pada 30 Jun 2011 adalah RM 155. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank atas nama Shamsuddin Abdul Kadir MBB 562106200279.  Ataupun Ultra Mind Resources Bank Islam No. 1203 8010080830.

Daftar segera supaya tempat Tuan,Puan tidak diambil oleh peserta lain. Bayaran yuran diperlukan bagi mengesahkan tempat.