Archive for ◊ September, 2006 ◊

24 Sep 2006 Kebal dan Kalis
 |  Category: Duit @ Money |  Leave a Comment

Apabila bercakap tentangan persediaan untuk berperang, satu perkataan yang tidak boleh terlepas adalah Kebal. Ya apa guna kerajaan membeli atau mereka kereta tempur jika ia tidak kebal. Perlu diingatkan untuk mengkebalkan kereta pengempur atau perisai. Kita perlu mengetahui jenis-jenis ancaman yang kita perlu hadapi sebelum kita dapat mencipta perisai dengan tahap kekebalan yang dapat menghalang ancaman itu dari menebusi benteng kereta perisai kita. Tanpa mengetahuinya kita mungkin menyediakan kereta perisai yang tidak kebal atau kekebalannya rendah berbanding kekuasaan tenaga bom atau serangan senjata musuh.

Kebal juga ada beberapa peringkat. Yang paling selamat adalah yang paling tinggi akan kekebalannya. Sebagai contoh. Dinding besi kerita perisai yang setebal 10cm lebih baik dari yang setebal 1cm. Serangan musuh dengan senjata biasa dengan mudah menebusi dinding perisai yang setebal 1cm. Kereta perisai yang setebal 10cm masih teguh, kerana peluru dengan kapasiti menembusi dinding 1 cm tidak mampu untuk mengugatnya. Hanya kereta perisai yang kekebalan 1cm hancur dimusnahkan oleh musuh.

Setiap kerajaan terpaksa dalam keadaan sedia. Kereta perisai mereka perlu bersedia, sama ada untuk menyerang atau diserang. Dalam dunia ini anda tidak mampu berkata, mintak maaf saya tidak berminat dan bersetuju jika anda menyerang saya. Walaupun anda anda tidak suka, mereka (musuh) tetap menyerang. Ketika ini anda perlu bertahan. Jika tidak mampu, kalah. Apa akan terjadi jika anda kalah ? Anda dijajah

Yang Maha kebal dari segala ancaman hanya satu iaitu Tuhan. Selain daripadanya hanya dapat berusaha untuk menambah kekebalan. Tetapi sampai bila-bilapun kita tidak akan kebal setahap dengan Tuhan. Tetapi itu bukan alasan untuk kita berputus asa. Kita tidak perlupun kekebalan setahap Tuhan kerana kita tidak bermusuh denganNYA. Tetapi jangan sampai Tuhan istiharkan perang terhadap kita.

Bagaimana cerita ini ada kaitan dengan kita hidup seharian kita ? Ianya berkaitan dengan Duit. Duit bukan segalanya, tetapi segala-galanya adalah duit. Adakah anda kebal dari diserang oleh bebanan kos hidup? Peningkataan Kos pengangkutang (petrol)? dan barangan yang semuanya naik, kecuali air hujan yang masih turun.

Sama ada kita mahu atau tidak kita terpaksa bersedia. Jika kita tidak menyerang dahulu, musuh akan menyerang kita tanpa memberikan masa untuk kita bersedia. Jangan jadi seperti Amerika yang terlalu yakin Pearl Habour yang paling selamat dengan mengurangkan perhatian akibatnya hancur diserang oleh tentera Jepun. Jangan bergantung kepada satu dahan. Dahan itu mungkin rapuh. Anda hanya mengetahui akan kekuatan dahan itu apabila ianya patah. Tetapi adalah terlewat untuk bertindak pada waktu itu.

info@shamsuddinkadir.com

21 Sep 2006 Dilema seorang pekerja
 |  Category: Dilema |  Leave a Comment

Sedarkah kita dengan menjadi seorang pekerja kita sebenarnya mengambil risiko? Dengan menjadi seorang usahawan kita juga mengambil risiko. Dengan tidak bekerja kita juga mengambil risiko. Walau macamana pun kita perlu menangung risiko. Cuma risiko sahaja yang berlainan. Jika anda memilih untuk berniaga. Risikonya tiada pelanggan, kos overhead tinggi dan persaingan yang kuat akhirnya anda kehilangan pelanggan.

Jika anda memilih untuk tidak bekerja, mana anda hendak dapat duit untuk menangung segala makan minum anda? Adakah dengan menjadi seorang penganggur anda tidak perlu tempat tinggal, pakaian dan makanan ?

Apa dilema  yang perlu dihadapi oleh Pekerja ?

1. Apabila Gaji Semakin Besar ? Aikk, gaji semakin besarpun berisiko

2. Apabila diberhentikan / company gulung tikar

3. Apabila Majikan Ikut Suka Dia

4. Apabila Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya

5. Apabila Air semakin mendidih, Katak sudah tidak tertahan

6. Banyak lagi yang akan menyusul

Untuk maklumat yang lebih terperinci tunggu. Insyaa-Allah ianya terbit di persada buku tempatan pada suku pertama tahun 2007.  

info@shamsuddinkadir.com

20 Sep 2006 Hidup Si Pengemis Kota
 |  Category: Duit @ Money |  Leave a Comment

Hidup di zaman ini hampir-hampir mustahil untuk tidak menangung hutang. Ini disebabkan kos untuk memiliki tempat tinggal amat tinggi. Tiada perbezaan yang ketara di antara harga sewa yang anda perlu bayar jika memilih untuk menyewa dengan ansuran kepada bank. Adalah satu langkah yang bijaksana dengan mengambil pinjaman. Kerana rumah itu akan menjadi hakmilik anda apabila semua ansuran telah dibayar. Berbeza dengan hidup menyewa, walaupun anda menyewa selama 30 tahun anda tetap tidak akan memiliki rumah itu. Ia masih dimiliki 100% oleh pemiliknya. Anda tetap tidak berharta walaupun dengan jumlah yang anda telah bayar pada setiap bulan itu dapat membolehkan anda memiliki rumah yang bernilai 3 kali ganda dari jumlah yang anda bayar. Pelik ? Inilah yang dikatakan “Pelik tetapi Benar”

Dengan kos yang yang semakin meningkat akibat dari sumber bahan mentah yang terhad. Dan Permintaan di peringkat global telah membuatkan harga barangan menjadi semakin tinggi. Harga barangan boleh naik sebanyak mana tanpa mengirakan kemampuan anda untuk membayarnya. Yang akan semakin tertekan adalah anda. Jika pendapatan anda tidak mampu untuk menangkis kos sara hidup, maka anda akan menjadi Si Pengemis Kota.

info@shamsuddinkadir.com