Archive for March, 2007

Kais bulan makan bulan lor

Apa hendak di buat, sudah nasib pekerja yang makan gaji, terpaksa mengharapkan gaji pada hujung setiap bulan, untuk menangung kos sara hidup untuk sebulan. Apa jadi ya, jika majikan mengumunkan gaji pada bulan ini terpaksa di postpone ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terkedu semua yang membaca email boss itu. Apa nak buat nasi sudah menjadi bubur.

Hidup bergantung sepenuhnya kepada wang gaji membuatkan anda merancang perbelanjaan berdasarkan jumlah wang gaji untuk sebulan. Wang itu hampir kesemuanya digunakan untuk menjelaskan belanja pada bulan itu. Anda tidak mampu untuk hidup lebih daripada sebulan dengan mengunakan wang gaji untuk sebulan.

Sebagai contohnya wang yang anda terima pada hujung bulan lepas hanya dapat membayar bayaran ansuran rumah, kereta … untuk sebulan. Jika bayaran ansuran rumah RM 500 dan kereta RM 800 maka anda hanya bayar RM 500 untuk rumah dan RM 800 untuk kereta. Anda tidak mampu untuk membayar RM 1,000 untuk ansuran rumah 2 bulan dan RM1,600 untuk 2 bulan ansuran kereta, maka jumlah yang diperlukan adalah RM 2,600.

Ini kerana gaji yang diterima cukup-cukup untuk membayar ansuran untuk sebulan. Jika gaji anda adalah RM2,500 , anda mampu untuk membayar RM 500 + RM 800 = RM 1,300 setiap bulan, dan anda ada baki RM 1,200 untuk belanja lain. Tetapi yang peliknya anda tetap membayar ansuran untuk sebulan bagi rumah dan kereta setelah gaji bulanan anda sudah meningkat kepada RM 5,000 iaitu satu kali ganda. Ini bermakna anda juga boleh meningkatkan jumlah bayaran ansuran satu kali ganda.

Yang pelik bin ajaibnya anda tidak mampu….. Ini disebabkan anda tidak lagi memandu kereta dulu, anda tidak lagi tinggal di rumah dahulu, semuanya telah bertukar selepas gaji besar. Kalau macam ini, bila hutang hendak habis…

‘Hidup kais bulan makan bulan’  terus di ikuti oleh pekerja yang hidup seperti di atas.

info@shamsuddinkadir.com

Buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’

Akhirnya buku yang ternanti-nanti sudah terbit. Dilema Seorang Pekerja yang bergantung hidup pada sumber gaji sahaja. Anda mungkin tidak akan merasai yang diri anda sedang dalam dilema kecuali apabila perkara seperti berikut berlaku kepada anda.

1. Di buang Kerja
2. Gaji tidak naik sejak….
3. Dahulu ada bonus, sekarang sudah tiada
4. Anda dipindahkan (transfer) tempat jauh ataupun terpencil
5. Syarikat di mana anda berkerja tutup
6. Anda menerima tawaran “VSS”
7. Anda sakit…. ini hanyalah sebahagian kecil dilema yang anda perlu hadapi sama ada gembira ataupun terpaksa

Atau cara yang paling senang untuk memahami risiko yang perlu ditempuhi oleh seorang pekerja adalah dengan membaca buku. Buku Makan Gaji Tetapi Kaya menghimpunkan risiko yang telah, sedang dan akan berlaku di luar sana.

 Buku ini diterbitkan selepas membuat kajian secara langsung kepada sebahagian daripada pekerja yang sedang dalam dilema. Antaranya adalah mereka yang sudah diberhentikan kerja tanpa mereka menjangkannya.

Ianya adalah risiko yang telah dihadapi oleh pekerja lain. Adakah anda ingin menunggu risiko itu berlaku baru ingin membuat persediaan ?

Dapatkan buku ini di rangkaian buku MPH Bookstore, Kinokuniya, Popular, SMO (Syarikat Muda Osman), dan banyak lagi kedai buku yang berhampiran dengan anda.

info@shamsuddinkadir.com