Archive for May, 2007

Kos sara hidup semakin tinggi

Mahu tidak mahu, anda terpaksa menangung kos barangan dan perkhidmatan yang terus naik dari hari pertama manusia di bumi mengunakan matawang untuk berdagang. Oleh itu adalah perkara yang normal. Yang tidak normal adalah apabila kita mengharapkan gaji naik setiap kali barangan naik. Seperti yang kita sudah maklum, dengan makan gaji, kenaikan hanya dibuat setahun sekali. Walaubagaimanapun ada yang tidak pernah menerima kenaikan gaji sejak 5 tahun yang lalu. Itu perkara biasa, tetapi kita tidak ingin mengambil iktibar daripada musibah yang berlaku disekeliling kita itu.

Apa tindakan kita apabila harga barangan naik ? Boikot ! Selama mana kita sanggup boikot, Mungkin separuh ataupun sehari sahaja. Hanya kita yang tidak ada duit yang nak boikot. Pekerja lain yang masih mempunyai wang yang banyak dan gaji tinggi, masih dibuai mimpi tidak akan bersetuju untuk boikot, kecuali selepas dirinya di himpit bebanan hutang ataupun bom jangka telahpun meletup.

Sekarang kita sudah mengetahui kos akan terus meningkat, akibat kekurang bahan mentah (sumber asli) dan juga persaingan. Mulakan langkah pertama dengan mengurangkan hutang, kedua mengurangkan dan menghentikan belanja yang tidak perlu, dan yang ketiga cari peluang untuk tambah pendapatan tetap.

info@shamsuddinkadir.com

Hutang keliling pinggang

Di era globalisasi ini, dengan kehidupan yang semakin tertekan akibat kenaikan harga dan persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan dan bisnes, ramai yang tersungkur dikaki ‘Along’. Terdapat dua jenis along di dalam pasaran. Yang pertama adalah ‘Along Berlesen’ dan yang kedua “Along Haram’. Sudah pastinya kita yang masih rasional menjauhkan diri daripada Along Haram.

Tetapi tanpa kita sedar, kita telah berurusan dengan Along Berlesen untuk memerangkapkan masa depan kita. Ramai yang terlibat dengan Along Berlesen, apabila anda mengunakan kad kredit sebagai kad hutang dan mengambil skim bayaran mudah.

Adakah kita perlu terlibat dalam skim kad hutang (kredit) dan skim bayaran mudah ? Sudah semestinya TIDAKKKKK. Yang menyebabkan kita terlibat adalah disebabkan dua faktor utama.

Yang Pertama : Kita tidak ingin belajar daripada pengalaman ataupun kesilapan orang lain

Yang Kedua : Kita tidak pandai menguruskan wang pendapatan dan perbelanjaan peribadi kita.

Secara kesimpulan, kedua-dua sebab ini berlaku kerana kita tidak ‘TAHU’

Tidak semua benda dan perkara kita dapat pelajari dengan hanya duduk diam. Apa yang kita perlu pelajari adalah ilmu kewangan yang berkaitan dengan pengurusan wang dan pinjaman.

Elakkan daripada menangung hutang keliling pinggang yang sedang, telah dan akan berlaku disekeliling kita dan termasuk kepada diri kita sendiri.

Awas ! Hutang yang tidak perlu,

Awas ! Berbelanja yang tidak perlu,

Awas ! Along ‘Berlesen’

Pesta buku berakhir – Hidup perlu diteruskan

Akhirnya, Pesta buku berakhir tepat pada pukul 10 malam bersamaan 6 Mei 2007. Berakhirlah peluang untuk setiap pembaca untuk mendapatkan buku-buku dengan harga diskaun yang menarik.

Terima Kasih, kepada pembaca buku saya yang terus memberikan sokongan. Terima Kasih juga kepada pembaca iaitu Umi Kalsom dari Ipoh yang telah mencadangkan kepada kawannya dari Ipoh juga untuk membeli buku saya “Makan Gaji Tetapi Kaya”.

Terima kasih juga kepada pembaca yang telah memiliki buku saya yang pertama “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” yang terus mendapatkan buku terkini saya.

Saya bersyukur apabila diberitahu oleh pihak editor Tuan Roslan Md Isa bahawa buku saya ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ dan ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ adalah buku yang kedua dan ketiga tertinggi jualan daripada senarai buku yang melebihi 100 judul. Terima kasih kepada Team Pts Professional, Team Sales dan tidak lupa Sifu saya Puan Ainon yang terus menerus mempromosikan buku saya sehingga ke saat terakhir Pesta Buku Antarabangsa 2007 melabuhkan tirai. Terima Kasih