Archive for ◊ June, 2007 ◊

08 Jun 2007 Cukup Bulan…Sampai Bila?
 |  Category: Dilema |  Leave a Comment

Inilah lumrah alam, kepada yang bekerja yang terpaksa mengharapkan wang gaji. Sudah semestinya Cukup Bulan adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Kebiasaan gaji diterima mulai 23 hingga 28 haribulan pada setiap bulan.

Selagi belum mendapat gaji, dalam kepala sudah memikirkan tentang hutang piutang yang masih belum dijelaskan seperti bil air, bil elektrik, bil handphone dan ada yang terpaksa postpone tarikh nak hantar kereta untuk major servis. Al maklum tersilap budjet. Pada hari sama wang gaji yang diterima, apa lagi buat log to halaman web portal bank untuk membuat pemindahan secara online. Tidak sampai 5 minit klik sana, klik sini, bagi dalam akaun bank telah tinggal tidak sampai separuh. Almaklum sebahagian besar wang telah dipindahkan untuk bank lain untuk membayar pinjaman rumah teres idaman itu, kereta yang baru itu,…. itu, ini…. . Genap 30Hb duit dah tinggal tidak sampai 20% lagi dalam bank.

Apabila tarikh kalender telah menunjukkan tangga 15 hb, poket dah pokai, belanja menjadi semakin sikit akibat kesan belanja berhemah akibat duit dah tinggal sedikit. Setiap hari mengharapkan cepatlah nak cukup bulan.

Kehidupan ini berturusan dari hari pertama sehinggalah hari terakhir kita bekerja, selagi kita tidak menjadi tuan kepada duit, kita terpaksa HAMBA kepada hutang…

Mari kita ubahkan cara kita berbelanja supaya kita tidak perlu menunggu cukup bulan !

Shamsuddin Abdul Kadir

info@shamsuddinkadir.com