Monthly Archives: January 2008

Jiwa tertekan akibat hutang

Benar kata Nabi Muhammad (s.aw) bahawa hutang itu menghilangkan ketenangan. Kerana hutang  kita dihimpit dengan pelbagai perasaan. Minda menjadi semakin tertekan, perasaan kita menjadi semakin gelisah. Memikirkan bebanan hutang yang tidak mampu kita bayar secara terdekat. Fikiran menjadi tidak menentu,  pandangan kabur, kerja di pejabat ‘tergendala’.  – Pandangan beberapa orang yang menghantar email kepada saya.

Read More

Bicara Pengurusan Hutang di Radio

Pagi ini sempat saya mendengar siaran ulangan tentang pengurusan hutang yang saya dengar sebahagiannya pada hari ahad yang lalu. Program itu dihoskan oleh Dato’ Zuraidah Atan. Tetamu jemputan adalah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK. Informasi terkini yang diperolehi melalui perbincangan itu adalah : Jumlah pemegang kad kredit adalah 9,500,000 orang.

Read More

Buku yang wajib dibeli!

Saya terkejut apabila mendapat berita daripada isteri tercinta, ayah mertua jauh di Pasir Mas, bahawa buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dibicarakan di RTM 1 pada pagi ini (Selasa). Mengikut maklumat yang saya terima lagi,  buku itu dikupas oleh Tuan Sayed Munawar dan seorang lagi pengacara program pagi itu. Ianya membicarakan tentang hutang. Tetapi sayang saya tidak

Read More

Memulakan Bisnes!

Risiko orang yang tidak pernah berniaga adalah lebih tinggi berbanding orang yang sudah ada pengalaman berniaga. Kebanyakan orang yang makan gaji, akan berhadapan dengan banyak masalah jika dalam hidupnya dia tidak pernah terlibat dengan bisnes. Pengalaman bisnes sewaktu di zaman persekolahan termasuk universiti memberikan ekstra kelebihan kepada anda apabila ingin memulakan bisnes. Terdapat banyak perkara

Read More

Gaji tidak cukup atau kos sara hidup naik?

Petang semalam, selepas menghantar Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Azree MH ke stesyen LRT Wangsa Maju, saya terus membuka radio.  Selepas menekan beberapa saluran,  saya memilih untuk mendengar Radio24 yang ketika itu membicarakan tentang isu pengurusan hutang.  Ini topik yang menarik. Saya agak terlewat, kerana hanya sempat mendengarnya selama 5 minit sebelum program itu berakhir. Program itu

Read More

Duit Halal + Duit Haram = ?

Saya terpaksa mendahulukan isu yang dibawa oleh Puan Norlela Zubir seorang daripada sahabat baik saya yang juga seorang penulis buku bisnes. Isu yang dibawakan memainkan peranan dalam hala tuju masyarat Islam dan negara Malaysia. Assalamualaikum En. Shamsuddin, Saya ingin berkongsi satu cerita. Kisah ini diceritakan oleh anak saya. Suatu hari Alum dan kawan-kawannya berbincang isu

Read More

Kenaikan gaji sudah tidak dirasai

Ini adalah di antara dilema yang perlu di hadapi oleh hampir setiap orang yang hidup bergantung kepada wang gaji. Secara jujurnya, saya belum menemui seorangpun wargakerja yang mengatakan bahawa beliau masih menikmati kenaikan wang gaji pada 3 bulan yang lalu. Kebanyakan yang saya temui sama ada yang berjawatan rendah ataupun tinggi mengatakan sudah tiada lagi

Read More

Tazkirah Jumaat – Membaca buku manual manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Membaca buku manual manusia Sejak kita diciptakan bila kali terakhir kita membaca buku manual kita? Soalan ini mungkin kurang difahami.  Apabila kita membeli telefon bimbit model ataupun jenama baru, sudah pasti banyak kegunaannya yang kita belum mengetahuinya. Buku manual handphone itu adalah rujukan terbaik bagi mengetahui keupayaan dan had sebenar handphone

Read More

Inflasi…kos sara hidup naik!

Inflasi, harga barangan naik, nilai duit jatuh adalah ganti nama yang digunakan bagi memberitahu bahawa kos sara hidup bertambah tinggi. Ada yang tidak berpuasa hati, ada yang tidak faham, ada yang rasa ada yang tidak kena, ada yang merasa tidak logik dan ada yang tidak bersetuju dengan kenaikan. Kebanyakan daripada perasaan ini berpunca sifat yang tidak

Read More

Adakah ianya secara kebetulan…

Sewaktu menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Seksyen 2, Shah Alam pada 23 Jan 2008, saya menyentuh sedikit isu ‘Rasuah Bulanan’. Itu isu terkini di dalam masyarakat yang perlu difikirkan. Bagi saya ianya penting untuk diambil tindakan yang sewajarnya.  Secara kebetulan seorang yang berpengaruh di dalam dunia automobil tempatan yang berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ada bersama ketika

Read More

Kedai Pilihan Masjid

Sudah tiba masanya, setiap Masjid dan Surau memainkan peranan yang amat kritikal pada ketika ini,  iaitu menyokong ekonomi umat Islam. Bagaimana sebuah masjid ataupun surau boleh membantu? Ini bukan soalan yang biasa ditanya. Soalan yang banyak didengar adalah ‘Bagaimana awak dapat membantu masjid? Dalam menjadikan institusi masjid itu penting ianya perlu memainkan peranan dalam membantu ahli kariahnya. Satu daripada cara tersebut

Read More

Rasuah Bulanan! Kenapa ianya berlaku?

Terkejut saya membaca tajuk berita di muka utama Harian Metro pada pagi ini. Otak ketika itu masih memikir tentang kuliah subuh  sekejap tadi di Masjid Seksyen 24, Shah Alam. Apabila membaca lagi,  ‘Tujuh pegawai syarikat kereta nasional ditahan’. Kehidupan mewah segelintir pegawai sebuah syarikat pengeluar kereta nasional terbongkar apabila mereka dipercayai menerima suapan berjumlah ratusan ribu

Read More

Dilema seorang pelajar

Pelajar di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah banyak yang masih keliru tentang tujuan sebenar  kenapa mereka pergi ke sekolah. Ada yang berfikiran sebagai menghilangkan perasaan bosan kerana ibubapa tiada di rumah. Ada yang menyangka mereka perlu ke sekolah untuk belajar membaca dan mengira. Tetapi kini mereka sudah pandai mengira dan membaca tetapi kenapa masih terus

Read More

Dibebani dengan kad kredit

Rakyat Malaysia mula mengubah gaya hidup dengan drastik apabila mendapat sokongan 24 jam daripada bank. Ini berlaku apabila ramai individu yang bekerja ataupun berniaga memilih untuk memiliki kad kredit. Mungkin anda juga tidak terkecuali memiliki sekurang-kurangnya 1 kad kredit itu. Kad kredit dapat memberikan sama ada kemudahan ataupun bebanan kepada anda. Ianya bergantung kepada kaedah

Read More

Masa semakin terhad

Alhamdulilah, rezeki datang mencurah-curah apabila kita berusaha dalam membantu insan lain. Saya baru  mendapat sms dari Tuan Zamri Mohamad penulis buku ‘Buat Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas”. Bertepatan dengan kemahirannya, beliau menawarkan saya bagi mengisi slot artikel kewangan pada setiap bulan bagi tujuan yang sama iaitu memandaikan ummah. Insyaa-Allah saya akan menyiapkan artikel yang

Read More