22 Jan 2008 Dilema seorang pelajar
 |  Category: Pelajar

Pelajar di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah banyak yang masih keliru tentang tujuan sebenar  kenapa mereka pergi ke sekolah. Ada yang berfikiran sebagai menghilangkan perasaan bosan kerana ibubapa tiada di rumah. Ada yang menyangka mereka perlu ke sekolah untuk belajar membaca dan mengira. Tetapi kini mereka sudah pandai mengira dan membaca tetapi kenapa masih terus belajar? Apakah tujuan sebenar mereka perlu hadir di sekolah.

Jika anda seorang pelajar,  anda mungkin tidak pasti di waktu bila yang dipanggil zaman peralihan dan zaman penentuan.

Zaman peralihan mula berlaku apabila anda masuk di tingkatan satu. Konsep matematik sudah berubah, jika dahulu anda hanya belajar 6- 4 = 2, kini anda diajar 4 – 6 = -2.  Walaupun kedua-dua jawapan itu adalah 2 tetapi simbol – atau + membezakan nilainya. Jika anda tidak memulakan langkah awal untuk memahaminya, anda  kehilangan satu peluang keemasan dalam hidup ketika mendapat keputusan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Jika matematik anda lemah,  anda tidak dibenarkan masuk ke kelas sains. Pelajar yang layak memasuki kelas sains adalah pelajar yang menguasai matematik pada peringkat PMR. Ini berlaku kerana pada tingkatan 4 pelajar sains akan didedahkan dengan mata pelajaran matematik tambahan.

Konsep ataupun hukum matematik yang anda pelajar pada peringkat ini (Tingkatan 4) adalah berat berbanding matematik sewaktu di tingkatan 1 hingga 3. Pelajar yang ada prinsip asas matematik yang teguh dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang ketara ini. Di sini kepandaian anda bermain dengan hukum logik anda menjadi penyebab ke mana hala tuju anda selepas ini.

Selagi anda belum melepasi zaman penentuan iaitu di tingkatan 3 anda mempunyai banyak masa untuk bertindak. Gunakan masa yang ada untuk memperbaiki diri terutama dalam penguasaan matematik dan Inggeris tanpa mengabaikan subjek lain.  Jika pelajar lain dapat cemerlang dalam matematik kenapa anda tidak ? Otak setiap daripada kita adalah sama, yang membezakan hanyalah azam dan sikap. Apabila kita ada azam yang kuat untuk berjaya dan ditambah dengan usaha yang berterusan membuat latihan dan bertanya, tiada lagi halangan yang berani mendekati kita.

Halangan menjadi penyebab kenapa sebahagian pelajar gagal. Manakala halangan juga menjadi penguat semangat sebahagian lagi pelajar yang berjaya dengan cemerlang.

Keputusan PMR adalah penentu sama ada anda akan ke aliran sains, sastera, perdagangan dan sebagainya. Aliran yang berbeza ini membawa anda ke dunia yang berbeza mulai tingkatan 4, masuk universiti dan sehingga anda menempuhi dunia pekerjaan. Jangan gadaikan masa depan anda dengan tidak membuat persediaan.

Yakin kepada diri sendiri. Saya juga pernah menghadapi kegagalan dalam matematik, tetapi ianya bukan bermakna dunia saya sudah berakhir. Kegagalan yang berlaku kepada saya itu yang menjadi penguat dan sebab kenapa saya perlu mencapai kejayaan. Akhirnya segala impian untuk mendapat markah 100% adalah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah apabila semua prinsip sudah ada pada diri.

Nikmat berjaya itu hanya dapat dirasai apabila anda benar-benar berjaya. Bayangkan jika keputusan matematik anda pada ujian ataupun peperiksaan akan datang adalah 100%. Best tak? Mulakan langkah pertama dengan mengambarkan anda mendapat 100% dalam matematik.

Salam ceria dari saya

info@shamsuddinkadir.com

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses

  1. 1
    Norlela Zubir 

    Assalamualaikum En. Shamsuddin,
    Anak tunggal saya bakal menjadi graduan pada pertengahan tahun ini. Selepas itu, insyaAllah, besar kemungkinan dia akan bekerja atau bekerja sambil terus belajar separuh masa di peringkat sarjana.

    Kami berbincang soal masa depannya baru-baru ini. Tentang isu pengurusan kewangan. Saya memetik banyak perkara yang tertulis dalam buku tuan. Akhirnya buku itu di bawanya pulang ke kampus untuk dibaca sendiri.

    Dia bertanya saya : Mak dan Babah dulu, urus duit dari awal bekerja ke? Kami hanya mampu tersenyum kambing. Andainya buku tuan sudah ada di pasaran waktu itu (hehehe!) alangkah bertuahnya kami. Walau apa pun, tahniah kepada tuan kerana buku itu cukup bagus. Salam.

  2. Waalaikummusalam Puan Norlela,

    Alhamdulilah. Terima kasih di pandangan Puan tentang isi kandungan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’itu.

    Mungkin kita sedikit terlewat untuk berlajar mengurus duit daripada orang lain (melalui buku) terpaksa berlajar daripada kesilapan sendiri.

    Saya mendoakan agar anak Puan itu dapat urus duitnya dengan bijak sejak dari hari pertama dia mendapat gaji, Amin.

    Jika ada peluang dan ruang, dapatkan anak kesayangan puan itu membaca buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ yang dikhususkan untuk pelajar universiti dan orang yang sudah menempuhi alam pekerjaan. Kerana buku itu dimuatkan dengan dilema yang sudah berlaku dan terus berlaku kepada orang yang hidup makan gaji.

    Terima kasih Puan.

Leave a Reply