26 Jan 2008 Kenaikan gaji sudah tidak dirasai
 |  Category: Dilema

Ini adalah di antara dilema yang perlu di hadapi oleh hampir setiap orang yang hidup bergantung kepada wang gaji.

Secara jujurnya, saya belum menemui seorangpun wargakerja yang mengatakan bahawa beliau masih menikmati kenaikan wang gaji pada 3 bulan yang lalu. Kebanyakan yang saya temui sama ada yang berjawatan rendah ataupun tinggi mengatakan sudah tiada lagi duit ektra yang diterima itu. Jika dahulu gaji bersih yang diterima melalui akaun bank adalah RM2,100 tetapi kini RM2,600.  Bagaimana duit ekstra RM500 pada setiap bulan itu sudah lenyap selepas bulan kedua. Perasaan RM2,600 masih tidak cukup.

Ini di antara faktor yang membuatkan wargakerja tertekan dan keliru, ke mana duit mereka ‘Ghaib’. Perkara ini sudah berlaku ia berlaku sejak kali pertama wargakerja dan mungkin termasuk dengan anda menerima kenaikan gaji. Kenapa wargakerja masih tertekan dan mencari punca ke pada masalah ini. Cara yang terbaik yang diambil oleh majoriti wargakerja adalah dengan mencari sebab untuk disalahkan. Jawapan paling diminati adalah ‘Kerana kos barangan meningkat’.

Kata pepatah Arab : Seorang lelaki yang gentlemen tidak berkata “Ini ayah saya” sebaliknya berkata “Ini adalah saya”. Jangan barsandarkan kepada orang lain ataupun menuduh orang lain apabila kita gagal mengurus duit sendiri.  Kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah kita. Itu di antara sebab kenapa kita terus dihantui dengan masalah duit tidak cukup.

Hijrahkan minda kita, pada kali ini kita pandang pada diri kita sendiri dan berkata ” Segala apa yang berlaku termasuk duit tidak cukup ini adalah disebabkan kelemahan saya menguruskan wang”. Dengan melakukan ini kita membuka ruang kepada diri untuk memperbaiki kelemahan.

Salah satu sebab kenapa saya mengadakan kursus Motivasi Hidup Tenang adalah bagi membantu para wargakerja untuk membantu diri mereka sendiri dengan mengurus wang gaji dengan betul. Ini bagi memastikan setiap pekerja akan terus tenang dan bahagia dengan gaji masing-masing tanpa ada perasaan irihati terhadap rakan sekerja yang lain.

Banyak bahaya yang menanti kepada organisasi, kepada pekerja, ekonomi dan masyarakat apabila wargakerja berhadapan dengan krisis “Wang Tidak Cukup”. Teringat saya ketika berada di Jakarta apabila kami singgah di WTC. Saya ingatkan WTC itu  adalah World Trade Centre, tetapi rupa WTC itu adalah sebuah pasaraya mega yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Sudah pastinya “Wang Tak Cukup” untuk membeli semua barangan itu.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response

  1. Assalamualaikum En. Shamsuddin,

    Saya ingin berkongsi satu cerita. Kisah ini diceritakan oleh anak saya. Suatu hari Alum dan kawan-kawannya berbincang isu mencari kerja selepas mereka ‘graduate’ nanti. Dalam perbincangan itu, terkeluarlah dialog berikut daripada salah seorang kawannya…

    “Aku mahu jadi macam abang aku. Kerja dia best giler!!! Duit dia banyak betul… Gaji dia RM3,000 sebulan. Duit rasuah RM5,000 sebulan. Dia loaded memanjang. Aku nak cari kerja macam itulah…”

    Alum tergelak-gelak sambil bercerita. Katanya : Mak, dapat duit rasuah pun ada orang rasa bangga…

    Saya geleng kepala dan tidak kering air liur memesan Alum jangan sekali-kali memandang ringan soal halal haram dalam mencari rezeki. Impaknya terlalu besar terhadap keberkatan hidup kita sepanjang hayat.

    Nampaknya tuan, pengaruh duit begitu kuat melanda minda anak2 muda hari ini. Pendidikan tinggi tidak memastikan mereka dapat membezakan soal halal dan haram. Ia tidak lagi penting di kalangan sebahagian masyarat kita, seolah2 perkara itu amat biasa dan boleh diterima tanpa perasaan silu dan rasa berdosa.Pening kepala saya, tuan!

Leave a Reply