29 Jan 2008 Memulakan Bisnes!
 |  Category: Bisnes (Dewasa)

Risiko orang yang tidak pernah berniaga adalah lebih tinggi berbanding orang yang sudah ada pengalaman berniaga. Kebanyakan orang yang makan gaji, akan berhadapan dengan banyak masalah jika dalam hidupnya dia tidak pernah terlibat dengan bisnes. Pengalaman bisnes sewaktu di zaman persekolahan termasuk universiti memberikan ekstra kelebihan kepada anda apabila ingin memulakan bisnes.

Terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian di antaranya adalah :

  • 90% daripada usahawan yang memulakan bisnes lingkup dalam masa 3 tahun memulakannya. Ini bererti jika anda dapat bertahan melebihi 3 tahun pertama, anda sudah terkeluar daripada¬†mulut harimau. Jangan jadi peniaga yang keluar dari mulut harimau masuk mulut buaya.

  • Banyak benda yang anda tidak jangka yang boleh mematahkan semangat anda. Ini yang anda perlu berhati, kurangnya pengalaman dan pengetahun mampu membawa anda ke lubang ular.

Banyak juga halangan lain yang perlu ditempuhi… anda mungkin terpaksa melalui beberapa kegagalan. Ini anda perlu berhati-hati, kerana rugi yang besar boleh membuatkan bisnes anda lingkup dan berat untuk bangkit semula.

Formula untuk berjaya adalah dengan menerapkan sehingga sebati kata-kata ini ke dalam sanubari. “Anda tidak akan GAGAL selagi anda tidak berhenti MENCUBA”

info@shamsuddinkadir.com 

 

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply