Monthly Archives: February 2008

Pesta Untuk Pekerja Datang Lagi

Adakah kedatangan hari pekerja yang membuat pekerja paling gembira? Kebanyakan pekerja hanya merasakan kenikmatan hari itu sebagai hari yang mereka tidak perlu bekerja. Setiap kali kehadiran tanggal 1 Mei setiap tahun, majoriti syarikat dan pejabat kerajaan tutup. Adakah 1 Mei yang menjadikan hari bagi Pekerja untuk berpesta? Ohh tidak…Hanya segelintir pekerja yang dapat merasainya. Majoriti

Read More

Makan Gaji Sehingga Bersara?

Majoriti individu yang memilih sektor pekerjaan sebagai sumber mendapat duit, terus kekal sebagai pekerja sehingga bersara. Secara umumnya, umur 55 tahun dikatakan sebagai umur bersara. Banyak tafsiran tentang kenapa angka 55 tahun dipilih. Bersara bererti secara puratanya seorang individu dapat menyumbangkan kepada kemakmuran ekonomi negara. Apabila umur sudah melebihi  angka 55, jumlah sumbangan seseorang individu tidak

Read More

Di Sebalik Kemudahan Kad Kredit

Semakin ramai individu memohon bagi mendapatkan kemudahan kad kredit. Kad itu diperlukan bagi pelbagai tujuan, antaranya untuk tidak membawa banyak duit di dalam dompet dan juga dapat menjadi penyelamat ketika kecemasan. Kebanyakan pengunaan kad kredit oleh sebahagian pemilik kad itu bukannya untuk tujuan di atas tetapi bagi memuaskan nafsu sendiri. Ada yang tidak menyedarinya, mereka beranggapan mereka terpaksa

Read More

Adab-Adab Apabila Hutang Tertunggak!

Apabila kita meminjam duit daripada kawan ataupun saudara, kita memaklumkan bila kita akan bayar balik duit tersebut. Bagaimana pula, apabila kita meminjam daripada bank? Contohnya melalui pembiayaan pembelian kereta, rumah dan pinjaman peribadi. Kita perlu membayar seperti yang telah ditetapkan di dalam perjanjian yang ditandatangani ketika ‘pinjaman’ itu diluluskan. Apabila berlaku perkara yang diluar jangkaan ataupun

Read More

Adab-Adab Memasuki Pasaraya

Kita biasa dengan adab-adab ketika ingin masuk ke Masjid dan ketika berada di dalam Masjid. Untuk masuk ke pasaraya kita juga digalakkan untuk mengaplikasikan adab-adab tertentu bagi mengelakkan kita menangung bebanan. Terlebih belanja, membeli barangan yang tidak perlu, lari bajet,  adalah di antara bebanan yang sering menimpa para pengunjung pasaraya. Antara Adab-adab memasuki pasaraya adalah seperti berikut

Read More

Ambil Pinjaman Untuk Melabur

Baca emel di bawah:  Assalamualaikum Untuk pengetahuan saudara, saya adalah peminat penulisan saudara samada buku tulisan saudara mahu pun Blog saudara. Sesungguhnya semua manusia mengimpikan hidup dalam kesenangaan. Dari pembacaan buku tulisan saudara dan blog saudara memang banyak konsep saya dapati bagi membantu ke arah kekayaan. Kaya walaupun Makan Gaji, Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan beberapa

Read More

Kos Sara Hidup Semakin Membebankan?

Kos sara hidup adalah isu yang paling penting bagi pengundi di Malaysia. Ianya berdasarkan 96% responden yang mengambil berat tentang keadaan ekonomi semasa yang menunjukkan kenaikan barangan pengguna. Ini adalah berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ianya melibatkan  seramai 2,930 responden dari  12 negeri di semenanjung yang di adakan dari

Read More

Barangan Itu Bukan Untuk Saya

Apabila kita memasuki mana-mana kedai atau pasaraya, barangan yang ada di dalam kedai itu bukan semuanya untuk kita. Ada barangan hanya layak dibeli dan dimiliki oleh orang yang ada duit banyak. Sebagai contohnya. Jika kita pergi ke bahagian susu bayi, terdapat berpuluh-puluh jenama susu bayi. Dari yang paling rendah harganya sehingga yang paling tinggi harganya. Ada susu yang dibuat daripada susu

Read More

Membebankan Diri Dengan Simbol Kekayaan

Mata yang rabun menyukarkan kita untuk melihat dengan jelas. Banyak masalah yang kita hadapi sepanjang masa. Silap langkah kita akan terjatuh ke  dalam longkang. Dapatkan cermin mata jika rabun  supaya kita dapat mengelakkan daripada bahaya yang berada di hadapan mata. Begitu juga dalam kewangan, bagi individu ataupun keluarga yang tidak mendorong dirinya untuk menjadi celik kewangan

Read More

Tanda-Tanda Banyak Berhutang

Kita dapat mengenalpasti setiap penyakit melalui tanda-tandanya. Kita dapat lihat simpton yang biasa terjadi kepada setiap penyakit yang mengalaminya. Contohnya, individu yang mula dijangkiti dengan penyakit ‘Kencing Manis’ atau diabities akan kerap bangun malam untuk ke tandas. Individu yang menangung bebanan hutang yang banyak ataupun kritikal juga ada tanda-tandanya. Tanda-tanda ini dapat memberikan kita amaran

Read More

Banyak CCTV Kabur Lwn Satu CCTV Jelas

Jurulatih terkenal iaitu Muhammad bin Abdullah tidak pernah menyalahkan faktor sekelilingnya, walaupun sepanjang 10 tahun di Mekah, beliau hanya berjaya mendidik 40 orang menyembah Tuhan yang sebenar.  Beliau hanya memastikan dirinya sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik untuk diikuti oleh orang lain. Begitu juga dengan para sahabatnya yang juga mempamerkan sikap peribadi yang sama. Tidak pernah mereka

Read More

Hakim Mahkamah Membaca Buku HTWB

Bagi kaki buku, pesta buku adalah menjadi satu kemestian untuk dihadiri. Pesta Buku Antarabangsa 2008 bakal diadakan pada awal April ini. Bahangnya sudah terasa.   Saya masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku ketika di Pesta Buku Antarabangsa 2007 yang lalu. Pada suatu pagi apabila tiba di booth PTS yang terletak di aras 1 Putra World Trade Centre (PWTC),

Read More

Rakyat Kurang Rancang Kewangan Peribadi

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak memahami sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan.  – Utusan Malaysia, 6 Februari 2008. Adakah kita kurang merancang berkenaan dengan masa depan? Bukan sahaja berkenaan dengan kewangan, jika ditanya apa impian kita pada 2010? Kita mungkin tidak dapat menjawab dengan tepat kerana ada di

Read More

Berfikir Seperti Majikan

Apabila melepasi zaman pembelajaran asas sama ada diperingkat sekolah menengah ataupun universiti, setiap individu akan memasuki sama ada dunia pekerjaan ataupun perniagaan. Kebanyakan individu di Malaysia memilih dunia ‘Makan Gaji’ sebagai pilihan utama bagi mendapatkan duit untuk menyara hidup di dunia. Individu yang makan gaji sinonim dengan panggilan pekerja. Apabila menjadi seorang pekerja pemikiran yang wujud

Read More