Hadiah terbaik daripada seorang bos

Setiap ketua, penyelia, pengetua, pegawai, penolong pengarah, pengarah, ketua pengarah…. selalunya menghadapi dilema apabila memikirkan apakah hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada staf tanpa mengira pangkat ataupun prestasi.

Apakah hadiah yang dapat dinikmati oleh pekerja/kakitangan sampai bila-bila? Ini sudah pasti bukannya mudah bagi mendapatkan hadiah yang terbaik.

Seperti Peribahasa :

Anda memberi saya ikan, saya boleh makannya untuk satu hari, Tetapi jika anda mengajar saya bagaimana untuk menangkap ikan, saya dapat makan selama mana saya hidup.

Peribahasa di atas cukup jelas untuk menyatakan jika diberi hadiah yang berupa benda, ianya tidak akan dapat dinikmati, dirasai dan kekal berguna selama-lamanya pada seseorang, bukan sahaja kepada anak kita tetapi kepada staf kita. Akan tetapi, jika kita memberikan ilmu sebagai hadiah, penerimanya dapat menikmati hidup yang selesa sepanjang masa. Seperti mana kita memberi didikan kepada anak kita sehingga ke menara gading. Anak kita dapat menikmati dan mengunakan ilmu yang diperolehi untuk memudahkannya melalui kehidupan.

Ilmu juga dapat membantu kakitangan kita membuat kerja dengan rajin, teliti, kemas dan senantiasa bahagia, gembira dalam melalukan urusan kerja harian.

Satu daripada ilmu yang dapat diberikan kepada para perkerja adalah “Panduan menguruskan wang gaji” ini dapat membantu mereka menguruskan wang gaji dengan sebaik mungkin supaya setiap hari yang dilalui dengan tenang dan bahagia. Staf yang bahagia dan ceria dapat meningkatkan lagi prestasi mereka. Hadiah ilmu yang diberikan kepada pekerja dibalas dengan peningkatan prestasi. 

Pekerja yang ‘rabun kewangan’ akan terus merasakan gaji yang diterima tidak cukup, walaupun gajinya sudah RM10,000 sebulan.

Bagi majikan, ketua jabatan, pengarah ataupun staf yang ingin mendapatkan modul kursus Panduan menguruskan wang gaji  atau lebih dikenali Modul Dimensi Diri – Tahap 1 untuk kakitangan Tuan / Puan sila emailkan ke info@shamsuddinkadir.com dengan menyertakan maklumat peribadi seperti Nama, Jawatan, Jabatan dan alamat termasuk no. telefon.

Kakitangan dapat mengunakan kemahiran ini bagi memastikan tiada lagi bebanan kewangan menghantui hidup mereka sepanjang masa sehingga mengangu prestasi kerja mereka.

info@shamsuddinkadir.com

2 comments on “Hadiah terbaik daripada seorang bos”

  1. syazrul aiman amin Reply

    Macamana saya hendak mendapatkan modul mengubah dimensi diri yang dimaksudkan oleh tuan. Saya hanya seorang pekerja bawahan.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Tuan Syazrul,

    Saya telah menghantar satu emel berkenaan Modul Dimensi Diri kepada Tuan. Sila maklumkan kepada saya jika Tuan tidak menerima emel saya itu.

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *