Kesan Di Saman Oleh Bank

Entri yang dihantar oleh seorang pelawat blog ini

Salam Sejahtera

Saya adalah peminat blog tuan dan telah membaca dua buku tuan iaitu Makan Gaji Tetapi Kaya dan  Hidup Tenang Walaupun Berhutang.

Walau bagaimana pun, saya masih mencari jawapan apa kesan dari tindakan saya gagal membayar hutang bank samada kad kredit atau pinjaman peribadi. Saya ingin mengetahui langkah demi langkah yang diambil oleh pihak bank ke atas saya.

Sekarang ini saya diperingkat mendapat surat dari pihak peguam yang dilantik oleh bank. Makluman tuan, semalam saya ada menerima sms dari pihak peguam mengenai satu saman dari pihak bank. Sms itu menyuruh saya menhubungi kembali pihak yang menghantar sms itu. Oh ya, kad kredit saya sudah memasuki tiga bulan tunggakan. Juga, saya sudah tidak menerima sebarang surat menyurat dari pihak bank kerana berpindah rumah dan tempat kerja .

Buat masa sekarang saya tidak menjawap segala panggilan dari pihak bank dan nombor panggilan yang tidak saya kenali.

Bolehkah saya berterusan begini, saya sekarang berada dikedudukan yang jauh terperangkap dengan hutang sehingga pihak AKPK pun tidak dapat menolong. Maksudnya di sini, penyata pendapatan dan perbelanjaan yang dibentangkan kepada pihak AKPK menunjukkan defisit.

Harap dapat tuan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan cadangan kepada saya. .

Sekian, terima kasih.

Saudara Y (Bukan nama sebenar) kiriman melalui emel.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008 

4 comments on “Kesan Di Saman Oleh Bank”

  1. Mariam Reply

    Salam hormat.

    Lama saya menyepi lantaran kesibukkan tugas. Kepada Saudara Y, Apa yang saudara alami kini telah saya alami dan kini saya berusaha sedikit demi sedikit kerana sedar bahawa ke mana pun kita menyorokkan diri dari pihak bank tidak akan menjanjikan kita selamat. Hutang tetap hutang.

    Pada pandangan saya saudara Y tidak perlu takut, berdepanlah dengan pihak bank, saya belum pernah mendapat surat perintah mahkamah, tetapi apa yang ingin saya kongsikan ialah pengalaman saudara saya. Dia telah mendapat surat perintah mahkamah, di mahkamah, prosedur yang berlaku hanya perlu mengakui hutang kita yang dituntut oleh pihak bank. Selepas itu peguam meminta kita berjumpa pihak bank untuk menyelesaikan bayaran dengan cara yang kita mampu, sekiranya kita gagal satu surat dari mahkamah akan dikeluarkan dan pada waktu itu kita akan tahu berapa yang perlu dibayar dan tidak boleh ingkar pada apa yg telah ditetapkan.

    Berkenaan hutang kad kredit pula, kalau baru 3 bulan belum lagi masalah besar, saya sendiri telah tertunggak bayaran kredit kad selama setahun lebih, tetapi janganlah lari.. saya dulu pun lari juga sebab tak tahu prosedur,tapi apabila pihak bank dah datang ke pejabat..nak elak bagaimana lagi, apa pun jika kita bersikap baik dengan pihak bank, mereka akan seribu kali akan membantu kita.

    Yalah mereka hendakkan hak mereka semula, akhirnya hutang kad kredit saya ditukar kepada term loan,tiap bulan kena bayar seperti yg dicadangkan oleh pihak bank,tak lama habis juga, tapi displin itu penting.

    Kalau pihak bank sudah boleh bertolak ansur, janganlah pulak kita lari lagi, setidaknya kita dah boleh tidur malam dengan lena. Saya masih belum boleh tidur lena lagi, sebab masih banyak kesilapan lepas yg perlu diperbaiki.

    Harapan saya, sedikit sebanyak apa yang saya terangkan dapat melegakan saudara Y, sama samalah kita membebaskan diri dari belenggu hutang yang ada.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Satu perjelasan yang terbaik, bagi memberikan satu dimensi kepada setiap pelawat untuk bertindak dengan lebih baik ketika berhadapan dengan bank.

    Terima kasih Puan Mariam kerana sudi memberikan maklumat di atas. Insyaa-Allah maklumat itu membantu para pelawat blog ini.

    Teruskan usaha murni Puan, untuk turut menyumbang kepada kemakmuran hidup rakan, saudara seagama dan semanusia.

  3. Mohd Reply

    Kalau bank berkeras mahu bayaran 2000 misalnya, sedangkan kita hanya mampu 200, kalau tidak mereka akan keluarkan surat saman mahkamah macammana?

  4. lea Reply

    Salam. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan.
    Pada tahun 2004, saya ada membeli rumah teres berharga RM128,000. Untuk 2 tahun pertama, saya ada menjelaskan tuntutan yang dibuat sepanjang tempoh itu. Tetapi setelah memasuki tahun ke 3, di dapati projek perumahan tersebut tidak melakukan apa-apa. Kiranya rumah tidak didirikan akan tetapi pihak bank telah menuntu pembayaran penuh kepada pihak saya. Bagaimana pihak bank ini bole meluluskan pinjaman sehingga 80% sedangkan rumah itu tidak siap langsung. Sehingga sekarang bank ada membuat tuntutan. Saya ada membuat tuntutan kepada tribunal pengguna dan mereka mengatakan bahawa pemaju itu tidak mempunyai lesen. Bagaimana saya ingin membersihkan nama saya ini daripada pihak bank.

Leave a Reply to lea Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *