Kos Sara Hidup Semakin Membebankan?

Kos sara hidup adalah isu yang paling penting bagi pengundi di Malaysia. Ianya berdasarkan 96% responden yang mengambil berat tentang keadaan ekonomi semasa yang menunjukkan kenaikan barangan pengguna.

Ini adalah berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ianya melibatkan  seramai 2,930 responden dari  12 negeri di semenanjung yang di adakan dari 8 Dis hingga 29 Dis 2007.  Maklumat lengkap ada di dalam surat khabar The Star pada 12 Februari yang lalu.

Apa pendapat anda?  

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

4 Komen untuk “Kos Sara Hidup Semakin Membebankan?”

  1. Saya juga terkesan dengan keadaan sekarang di mana kos sara hidup semakin meningkat. Di dada-dada akhbar, dilaungkan bahawa ekonomi negara kita semakin berkembang pesat namun berita itu seakan ‘tidak dinikmati’ oleh masyarakat yang rata-rata bersungut dengan kenaikan harga barang.

    Dulu RM50 besar nilainya sehinggakan boleh beli banyak barang. Kini RM50 ibarat duit RM10. Sekali pecah, terus habis beli itu ini. (barangnya sikit sahaja, maklumlah barang sekarang satu RM10)

  2. Kos sara hidup meningkat dengan terlalu ‘tinggi’ yang utamanya disebabkan kenaikan minyak di pasaran. Faktor-faktor lain juga banyak memainkan peranan.

    Bebanan ini sudah pasti dirasai oleh individu yang hidup bergantung sepenuhnya kepada duit biasiswa, pinjaman PTPTN ataupun Wang Gaji.

    Semakin tinggi kenaikan kos sara hidup, semakin perlu kita meningkatkan kecelikan kita berkenaan dengan pengurusan kewangan diri.

    Saya bersetuju, kini banyak barangan yang berharga RM10.

  3. Assalamualaikum

    Terpanggil memberi pendapat.

    Tekanan dengan kos sara hidup pada hari ini memang dirasai kebanyakkan dari kita. Minyak tu dah semestinya dirasai. Kalau dahulu isi RM50.00 meter sudah naik full. Tetapi hari ini ermmm lebih sikit dari separuh jer.

    Bukan sahaja barang harian tetapi beberapa kos lain juga Naik. Nak kata ekonomi sekarang, permintaan melebihi tawaran -rasanya semakin seimbang bagi saya yang tak faham pasal ekonomi. Tapi entahlah,apa yg dirasakan semakin menjadi beban. Bila semua harga meningkat tapi bagi yang makan gaji. Gaji pulak tak naik naik.

    Memang sekarang ni rakyat perlu menilai keupayaan diri dan menjadi insan yang celik dalam pengurusan kewangan seperti kata Tn Sham kita dalam menangani isu ini. Kerana kalau tidak, kita terbeban dengan apa yang berlaku dan atas sikap bodoh sombong kita sendiri.

    “Bila memandang kebelakang, baru teringat bodohnya aku kalau tidak, aku pasti sudah melihat masa depanku yang lebih gemilang”

  4. Waalaikummusalam Puan Mariam,

    Semoga Allah mensejahterakan hidup Puan sepanjang masa. Diberinya kebahagian dan kemudahan bagi membebaskn diri dari belenggu yang sedang merindui Puan.

    Terim kasih di atas pandangan yang saya juga bersetuju dengannya.

Tinggalkan komen