20 Mar 2008 Didik Keluarga Urus Duit

Adalah menjadi keperluan bagi setiap individu untuk mendidik setiap ahli keluarganya celik kewangan. Tiada gunakan jika kita seorang sahaja ingin berjimat, manakalanya seluruh ahli keluarga kita yang lain itu, berbelanja seolah hari esok tidak akan wujud lagi.

Banyak peserta saya yang mengatakan, mereka mempunyai masalah dengan isteri yang suka berbelanja.

Mengikut kajian saya sendiri, bukan sahaja isteri, suami dan anak-anak adalah sama sahaja dalam tabiat berbelanja. Apa yang membezakan mereka adalah sejarah kehidupan mereka ketika kecil dan juga tahap pendidikan kewangan peribadi yang mereka terima. Apabila seseorang yang biasa dibesarkan dengan keadaan duit yang tidak mencukupi, dia akan tertedah kepada dua keadaan. Sama ada dia menjadi seseorang yang berjimat cermat ataupun yang boros, kerana tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan.

Cara yang paling mudah bagi membuatkan setiap ahli keluarga kita termasuk dengan kita bijak menguruskan duit adalah dengan belajar tentang kewangan peribadi. Cara paling mudah adalah dengan membaca buku-buku kewangan dan artikel tentang kewangan peribadi. Melalui pembacaan ianya mengajar kita tentang adab-adab apabila ingin berbelanja. Contohnya, apabila ingin memasuki pasaraya, kita mengetahui bahawa kita perlu membawa senarai. Kita hanya membeli apa yang ada di dalam senarai dan sebagainya.

Semakin tinggi penguasaan ilmu kewangan ini menjadikan kita semakin susah untuk menghabiskan setiap ringgit yang kita ada. Kita menjadikan semua ahli keluarga kita sebagai akauntan dalam membuat keputusan bajet bulanan. Setiap ahli keluarga kita juga adalah auditor yang akan menjalankan audit pada setiap perbelanjaan yang dibuat oleh ahli keluarga yang lain. Ini mewujudkan sistem Check and Balance, di antara satu sama lain di bawah satu keluarga.

Semakin susah  untuk anda menghabiskan duit ‘gaji’ yang anda terima, semakin tenang fikiran anda pada setiap masa. Anda sudah tidak perlu memikirkan ke mana duit anda menghilang pada setiap bulan. Walaupun sudah berkerja selama 25 tahun, masih ada individu yang tidak mampu menentukan ke mana duitnya ghaib pada setiap bulan.

Mulakan dengan mendapatkan buku-buku dalam kewangan peribadi. Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang adalah buku dalam siri kewangan peribadi.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses

  1. 1
    SifuPTS 

    Petik: “Banyak peserta saya yang mengatakan, mereka mempunyai masalah dengan isteri yang suka berbelanja.”

    Salah satu motif isteri suka berbelanja adalah bagi memastikan sang suami sentiasa tidak mempunyai wang lebihan, yang dapat digunakannya bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang membahayakan emosi si isteri.

    Hehehe….

  2. Puan Sifu,

    Motif itu juga yang menjadi salah satu punca pada zaman ini kenapa banyak isteri bertukar menjadi janda. Ini berlaku apabila si suami meninggal akibat tekanan darah tinggi dan stres.

    Adakah nama Janda Baik itu juga di ambil daripada isteri yang baik tetapi suka berbelanja?

Leave a Reply