Jaga Periuk Nasi!

Isu ini bukannya berlaku hanya pada zaman ini, bahkan ianya  wujud sejak manusia mula hidup berniaga dan makan gaji.  Jika di zaman kegemilangan umat manusia pada zaman dahulu adalah bertunjangkan kepada amanah dan kejujuran. Di zaman ini kebanyakan individu dibebani dengan kos sara hidup, oleh itu mereka mengutamakan masa depan pekerjaannya berbanding dengan maruahnya.

Apabila sesebuah organisasi dipenuhi dengan wargakerja yang ‘jaga periuk nasi’ segala tindakan yang melampau ataupun menyalahi peraturan tidak akan diambil tindakan, jika ianya dilakukan oleh pekerja atasan. Ini bagi memastikan pekerja bawahan tersebut tidak di ambil apa-apa tindakan oleh pekerja atasan ataupun ketua jabatannya itu.

Kualiti kebanyakan organisasi semakin menurun pada ketika ini, apabila sejumlah besar kakitangan mempunyai masalah dengan kewangan. Hutang yang keliling pinggan, wang gaji tidak dapat menampung kos harian, bla…bla… itu adalah sebahagian daripada komen yang diberikan oleh wargakerja.

Apabila kita tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi, kita tidak dapat fokus dengan pekerjaan kita. Kita juga mudah menjadi umpan bagi pekerja lain untuk mengambil kesempatan ke atas kekurangan kita. Ini yang banyak memberikan tekanan kepada kakitangan.

Salah satu daripada cara untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi adalah dengan membebaskan kakitangannya daripada menjadi ‘takut’ kepada diri sendiri. Ini boleh di lakukan dengan mendidik kakitangan supaya bijak menguruskan wang gaji mereka.  Kurus Dimensi Diri adalah salah satu daripada penyelesaiannya.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

2 Komen untuk “Jaga Periuk Nasi!”

  1. Tertarik dengan topik pada hari ini, sukar untuk memahami apa yang terjadi dan bakal menyusahkan hidup. Kesedaran dalam pengurusan kewangan seringkali tidak diendahkan oleh sebilangan besar kita pada hari ini.

    Saya dulu pun begitu juga, janji cukup makan cukup pakai..lama lama bila keadaan berlarutan seperti itu..nak makan pun tak cukup.Bermula-lah perkara yg tidak jujur dalam diri.

    Saya setuju sekiranya kita sedar bahawa periuk nasi yang kita jaga itu perlu dari hasil yang amanah serta dipenuhi keberkatan..insyaallah segala masalah akan terhindar.

  2. Terima Kasih Puan Mariam di atas pandangan yang dapat memberikan satu dimensi kepada insan lain.

    Ia menunjukkan kepentingan memastikan periuk nasi yang kita jaga itu dari hasil dari sikap diri yang amanah dan jujur.

Tinggalkan komen