Kenali Diri Anda Melalui Senarai Barangan

Anda boleh mengenali diri anda sama ada anda seorang yang merancang perbelanjaan ataupun sebaliknya. Terdapat banyak cara untuk kita sifat dan tabiat kita. Jika kita ingin melihat muka, kita boleh mengunakan cermin.

Bagaimana jika kita ingin melihat tabiat berbelanja kita? Cara paling mudah untuk melihatnya adalah dengan membuat semakan seperti berikut :

  • Kita membuat senarai sebelum masuk ataupun keluar pasaraya ?

Adakah kita membuat menyediakan senarai barangan yang diperlukan ketika dirumah ? Jika ya, ini bermakna kita merancang barangan yang benar-benar diperlukan.  Ketika di rumah kita dapat menilai dengan jelas tentang keperluan semasa kita, seperti barangan yang kehabisan stok.  Kita mampu mengenalpasti anggaran kos yang diperlukan. Ini bermakna kita dapat tentukan berapa jumlah duit yang perlu dibawa ataupun jumlah perbelanjaan yang akan dibuat mengunakan kad kredit. Apabila jumlah yang dianggarkan itu menepati bajet, kita akan mengunakan terus senarai tersebut, sebaliknya kita membuat beberapa pemotongan yang perlu.

Jika kita tidak menyediakan senarai sebelum ke pasaraya atau kedai, kita hanya balik dengan senarai yang telah disediakan oleh kaunter pembayaran.  Ini bererti kita mungkin terpengaruh oleh strategi pemasaran yang diatur oleh pasaraya sehingga menjadikan diri kita membeli barangan yang kita tidak perlukan. Apabila kita biarkan kaunter pembayaran yang menentukan jumlah senarai barangan yang kita perlu beli dan bayar, kita terdedah kepada pelbagai risiko. Ia juga menunjukkan, kita sebagai seorang yang tidak suka merancang perbelanjaan.

Mengikut Imam Al-Ghazali, nafsu adalah perkara yang paling besar di dalam dunia ini. Jika kita membiarkan nafsu kita sebebas-bebaskan ketika di pasaraya, sudah tentu banyak benda yang membazir kita beli. Banyak barangan yang diluar kemampuan kita ambil. Dengan menyediakan senarai, sebenarnya kita mengikat nafsu kita supaya ianya tidak bermaharajela tanpa ada kita sebagai Tuannya.

Menyediakan senarai sebelum ke pasaraya banyak kelebihan berbanding keluar dari pasaraya dengan memegang senarai bil yang membebankan.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

4 Komen untuk “Kenali Diri Anda Melalui Senarai Barangan”

  1. Assalamualaikum Tuan Sham. Artikel ini memang menarik untuk saya yang seringkali tidak dapat mengawal nafsu pembaziran ketika membeli belah.

    Salah satu cara untuk mengawal wang saya, sekarang saya jarang ke pasaraya, hanya sebulan sekali di pasaraya yang sama setiap bulan kerana saya tahu kedudukan barang-barang tersebut, jadi mata saya tidak perlu melihat barangan lain cuma melihat dan bandingkan harga barang yang diperlukan sahaja.

    Tetapi disebabkan saya malas menulis senarai barangan yang diperlukan, seringkali saya tertewas juga dengan nafsu, barangan yang tidak diperlukan dibeli juga, balik ke rumah baru rasa menyesal. InsyaALLAH, mulai sekarang saya berazam untuk ringankan tangan untuk menulis senarai barangan sebelum ke pasaraya dan saya perlu hadkan juga wang tunai yang akan dibawa.

  2. Wah! Diam-diam sudah berjaya mendapat pelanggan besar. (Sifu senyum-senyum nih!)

    Wahai Allah! Wahai Tuhan yang maha kaya! Limpahilah menteeku ini dengan rezeki yang banyak dan baik-baik. Jadikanlah dia konsultan kewangan peribadi yang berpengaruh. Jadikanlah dia ikutan kepada peserta-peserta kursusnya.

  3. Terima Kasih Kart. Pemilik dan pegawai pemasaran pasaraya sudah mengkaji akan kemampuan mereka menaikkan nafsu kita.

    Jika kita memasuki pasaraya tanpa membawa bekalan ‘pelindung’ kita terpaksa tunduk kepada permintaan nafsu.

  4. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Puan Sifu, banyak peluang dan ruang yang Allah anugerahkan kepada saya.

    Amin, semoga para peserta kursus saya dan pelawat halaman ini menjadi pengurus kewangan keluarga yang paling top, Amin.

    Terima kasih Puan Sifu di atas doa itu, semoga Allah juga menambahkan lagi keberkatan Puan Sifu yang tidak serik untuk membimbing saya ini.

Tinggalkan komen