Kepulangan Kekasih Ke Rahmatullah

Tok Guru Haji LohSemalam saya menerima sms bahawa Guru saya iaitu Tuan Haji Abdullah yang tinggal di Lubuk Tapah, Pasir Mas berada di dalam keadaan tenat.

Pada pagi ini saya menerima sms yang menyatakan kekasih saya itu telah selamat kembali ke Rahmatullah pada pukul 7.10 pagi tadi. Beliau meninggal pada 11 Rabiul Awal iaitu lebih kurang 12 jam sebelum tanggal 12 Rabiul awal iaitu hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad (s.a.w) .

Terima kasih kepada sahabat saya Osman Affan yang membantu memasukkan gambar beliau di entri ini.

Semoga Allah menempatkan guru saya itu di dalam Syurga Firdaus, Amin.

2 comments on “Kepulangan Kekasih Ke Rahmatullah”

  1. Zamri Mohamad Reply

    Bergetar hati saya mendengar berita ini. Guru banyak memberi kesedaran kepada saya ketika mana saya ‘patah’ dalam hidup.

    Takziah dan al Fatihah buat arwah

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima kasih Tuan Zamri.

    Beliau banyak membantu mendoakan untuk saya pada setiap semester ketika menghadapi peperiksaan akhir.

    Banyak juga memberikan saya perangsang. Kehilangannya umpama satu daripada sayap yang saya ada telah patah, saya tidak mampu untuk terbang tinggi. Semoga dapat mencari penganti baru bagi menyambung perjuangan hidup ini.

Leave a Reply to Zamri Mohamad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *