Buku PTS Pro Yang Terlaris

Alhamdulilah, buku yang baru terbit pada bulan Mac 2008 yang lalu telah menjadi antara buku Bestseller di MPH.

Buku ini juga menjadi sejarah apabila tersenarai di tempat pertama yang terlaris mengikut kategori buku yang dihasilkan oleh PTS Professional. Ianya berkat sokongan daripada pembaca-pembaca setiap yang terus mendapatkan buku-buku saya yang seterusnya dan juga pembaca buku.

Tahniah juga saya ucapkan Tuan Roslan Md Isa editor saya yang kini menjawat bahagian Pemasaran PTS. Cik Rozita selaku Managing Editor, PTS Professional, Tuan Nazrul Samsudin (Pengurus PTS Professional), Tuan Izwah, Tuan Hisham (kedua-duanya pelukis grafik), Tuah Zaharin, Tuan Zain dan rakan-rakan dibahagian sales yang banyak membantu dan semua wargakerja PTS yang telah menyumbang dalam memastikan buku ini menduduki tangga pertama buku yang terlaris. Terima Kasih.

Alhamdulillah berkat sokongan dan dorongan Puan Ainon, yang terutamanya saya mendapat kredit daripadanya sempena Pesta Buku 2008. Ringkasan maklumat yang disampaikan adalah seperti berikut:

Penulis PTS yang paling menyediakan dirinya daripada sudut pakejing adalah Tuan Shamsuddin Ab. Kadir, penulis buku Kaya Dengan Rumah, Makan Gaji Tetapi Kaya, dan Hidup Tenang walaupun Berhutang. Setiap kali beliau muncul di booth PTS beliau datang dengan memakai pakaian sut bisnes selengkapnya.

Bagi membaca sambungannya sila klik disini. Kepada yang ingin mendapatkan buku itu, boleh dapatkan di kedai buku yang berdekatan. Jika ianya sudah kehabisan stok, saudara/i boleh menghubungi saya, insyaa-Allah saya akan bantu mendapatkannya untuk saudara/i.

Akhir kata, terima kasih di atas sokongan semua. Terima Kasih.

 ***

Shamsuddin Abdul Kadir adalah Trainer and Motivator yang telah menjayakan pelbagai kursus. Antara Pelangannya adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri, Majlis Sukan Negara, Akademi Percukaian Malaysia, Forest Research Institute Malaysia (FRIM),  Sek. Ren. Seksyen 17, Shah Alam, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bagi mana-mana organisasi termasuk bahagian latihan yang ingin menjemput Shamsuddin bagi menjayakan program ataupun kursus, boleh menghubungi beliau di 03 5548 4348 ataupun email ke info@shamsuddinkadir.com

Tinggalkan komen