Mengurus Wang Gaji : Cara yang paling praktikal

Terdapat pelbagai cara yang dipraktikkan oleh pekerja dalam menguruskan wang gaji yang diterima pada setiap bulan. Satu sistem yang paling diminati oleh pekerja adalah dengan membiarkan mesin ATM yang menentukan berapa yang mereka boleh keluarkan. Apabila duit di dalam akaun menunjukkan baki kurang dari RM50, maka perbelanjaan untuk bulan itu sudah berakhir.

Ada pekerja sehingga mencapai umur bersara masih belum mengetahui bagaimana kaedah menguruskan wang gaji yang selamat. Saya pernah bertemu dengan seorang pesara yang sudah berumur lewat 60an yang tidak mengetahui ke mana duit gajinya hilang pada setiap bulan sewaktu masih bekerja. Beliau hanya memahaminya setelah mengikuti Tazkhirah Kewangan di Masjid Seksyen 24, Shah Alam.

Bukan sahaja duit gaji sahaja yang perlu diurus, duit poket, biasiswa, pinjaman semuanya perlu diuruskan dengan mengunakan kaedah yang dapat menyelamatkan kita dari terlebih berbelanja ataupun duit itu habis terlebih dahulu.

Saya menjemput saudara/i bagi memberikan pandangan tentang saudara/i menguruskan wang gaji/duit poket yang diterima pada setiap bulan. Pada masa yang sama, apakah cara yang paling terbaik untuk menguruskan wang?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

13 comments on “Mengurus Wang Gaji : Cara yang paling praktikal”

  1. sab2 Reply

    Assalamu’alaikum Tuan Shamsuddin,

    Semoga dikurniakan kekuatan untuk terus berkongsi ilmu pengurusan kewangan bijak, dari perspektif nilai dan budaya Muslim…

    Urusan jaga duit salah satu ilmu yang saya agak lemah!…. Tetapi amat bersyukur kerana isteri bijak pula dengannya (walau pun matematiknya sekadar cukup makan, berbanding saya yang mengambil matematik tambahan!).

    Banyak perkara yang diajarkan… rupa-rupanya banyak lagi yang diabaikan!

    Di sekolah kita dan anak-anak kita dan mungkin terus menurus diajar supaya…

    a. Bijak matematik, tetapi tidak diberi ilmu mengira-mengira perbelanjaan;

    b. Pakar subjek perakaunan, tetapi ramai (yang pakar itu) hanya bijak menguruskan untuk organisasinya; dan

    c. Terlibat dalam pendidikan moral, tetapi banyak pula melahirkan generasi yang runtuh nilai, akhlak dan moralnya!

    Sekadar lontaran, di pagi Isnin yang damai difikiran.

    Salam hjSab2

  2. siti Reply

    Sekadar nak berkongsi….

    1. Dapatkan resip bagi setiap perbelanjaan

    2. Rekodkan perbelanjaan (dulu pakai buku 3-5, sekarang guna calender di hp)

    3. Groupkan perbelanjaan mengikut kategori (untuk buat budget perbelanjaan bulanan & melihat prestasi perbelanjaan)

    4. Asingkan akaun gaji & akaun bank untuk berbelanja… masukkan setakat budget sahaja dan secara berperingkat eg ikut minggu)

    5.asingkan siap2 utk simpanan….

    6. Kalau ada terlebih x belanja simpan ler….

    sekian.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Tuan Hj Sab2,

    Saya bersetuju dengan pandangan Tuan, bahawa di sekolah kita di ajar untuk memahirkan diri dengan ilmu matematik, tetapi tiada pendedahan bagi mengira perbelanjaan diri.

    Pelajar jurusan perakaunan di Universiti di ajar bagi menguruskan kewangan syarikat dengan baik, tetapi tiada modul khas bagi melatih mereka menguruskan wang gaji yang bakal mereka terima.

    Tuan Zamri Zainal Abidin, juruhebah Radio Ikim.fm pernah menanyakan soalan tersebut kepada Puan Hajjah Rohani, berkenaan seseorang yang berjurusan perakauanan tidak semestinya dapat menguruskan kewangan sendiri dengan baik.

    Meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mengurus kewangan sendiri adalah satu keperluan bagi setiap individu yang tidak mahu menyesal sepanjang hayat.

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Satu kaedah mengurus yang boleh diikuti seperti yang dicadangkan oleh saudari Siti.

    Dapatkan resit bagi setiap perbelanjaan, meningkatkan kepekaan kita bagi setiap kos yang kita perlu bayar.

    Gunakan Hp yang canggih itu bagi memastikan semua perbelanjaan kita direkodkan.

    Asingkan akaun gaji dan perbelanjaan. Supaya perbelanjaan kita tidak terbabas kepada lebih daripada 70%.

  5. Fazla Reply

    Assalamualaikum Tuan Shamsuddin,
    Menarik isu ini dan terimakasih kerana memberi ruang berkongsi.

    Saya mempraktikkan konsep “Pay yourself First”. Bukan perkara baru saya rasa dalam banyak orang yang menguruskan wang mereka. Banyak juga disebut-sebut dalam artikel dan buku-buku pengurusan kewangan. Alhamdulilah berkesan.

    Benar kita kena juga membuat budgeting untuk urusan urusan lain. Tapi selalunya disebabkan terlalu “budget” kita naik fed-up cepat dan akhirnya menggunakan duit-duit tersebut. Bayar diri kita dahulu bukan konsep yang baru, saya rasa bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan terutamanya, sudah mempratikkan lama sistem ini. Iaitu melalui potongan gaji.

    Secara ringkasnya, kita membuat potongan duit gaji kita ke dalam akaun bank sebelum dapat menggunakannya (sebaik-baiknya akaun bank yang susah nak dikeluarkan dan dalam bentuk pelaburan, ASB dan tabung Haji misalnya).

    Permulaan 10% -20% (mengikut kemampuan) duit dikreditkan awal2 ke dalam akaun bank tersebut. Baki dari wang gaji yang telah dipotongkan itu barulah di budget mengikut keperluan.

    Rasionalnya, secara tak sedar kita boleh mengadaptasikan diri kita dengan kemampuan duit gaji kita. Kalau tak cuba kita fikirkan macamana orang yang bergaji bawah RM1k boleh hidup di dalam kota KL sendiri. Jadi pemotongan duit gaji seawal mungkin,sebagai satu lesen penyelamat dari kita kehilangan duit di hujung bulan …

    Pandangan saya. Saya harap pembaca dan Tuan dapat menangkap isi yang hendak dikongsikan.

  6. Zamri Mohamad Reply

    Saya pernah lakukan teknik ini. Itu pun secara kebetulan. Dua akaun bank, satu dengan kad satu lagi tanpa kad. Apabila masuk wang asingkan sebahagian ke akaun yang tidak mempunyai kad.

    ——————————————–

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

  7. Mohd Zamri Reply

    Asalamuaikum Tuan SK,

    Saya mohd Zamri merupakan salah seorng peminat setia blog SK ini. Ada beberapa perkara yang ingin saya pelajari dari SK mengenai masa depan dan kerjaya sebagai Penasihat kewangan. Untuk Makluman SK, saya seorang guru siswazah yang berkelulusan ijazah Pengurusan Teknologi dan sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang sarjana kejuruteraan mekanikal pembuatan. Persoalan saya,

    (a) Bagaimana tips untuk menjadi trainer atau penasihat kewangan yang berjaya?

    (b) Tuan boleh berikan sedikit tips bagaimana cara untuk saya melibatkan diri untuk menjadi part-time lecturer di kolej2 dan institut2 swasta?

    (c) Bagaimana cara dan tips permulaan yang perlu saya lakukan supaya menjadi seorang yang mempunyai kepakaran didalam pengurusan wang kerana minat dan kecenderungan saya lebih ke arah bidang ini?

    Wasalam

  8. Shamsuddin Kadir Reply

    Ini bagi memastikan wang yang telah diperuntukkan untuk simpanan tidak terusik.

    Ramai yang bercita-cita membuat simpanan dengan hanya memiliki satu akaun untuk wang gaji dan simpanan, akhirnya cita-cita itu tidak tercapai.

  9. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Saudara Fazla,

    Saya berkenalan dengan Fazla, di bengkel ‘Internet Marketing for Offline Business’ pada hari sabtu yang lalu. 🙂

    “Jadi pemotongan duit gaji seawal mungkin,sebagai satu lesen penyelamat dari kita kehilangan duit di hujung bulan …” Satu lagi peringatan kepada individu yang menghabiskan duit gaji pada setiap bulan.

    Untuk makluman para pelawat SK.COM, Fazla adalah seorang usahawan biskut yang berjaya. Untuk maklumat lanjut tentang bisnesnya sila layari http://www.onepiecebakery.com

  10. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam saudara Mohd Zamri,

    Terima kasih kerana menjadikan halaman http://www.shamsuddinkadir.com satu kemestian untuk dilawati.

    Terima kasih juga di atas pertanyaan di atas.Disebabkan ianya tidak berkaitan dengan entri Mengurus Wang Gaji, maka saya akan sediakan satu entri khas bagi menjawab pertanyaan saudara itu.

  11. Mohd Zamri Reply

    Mohd Zamri Says:
    May 27th, 2008 at 12:25 am
    Asalamuaikum Tuan SK,

    Saya mohd Zamri merupakan salah seorng peminat setia blog SK ini. Ada beberapa perkara yang ingin saya pelajari dari SK mengenai masa depan dan kerjaya sebagai Penasihat kewangan. Untuk Makluman SK, saya seorang guru siswazah yang berkelulusan ijazah Pengurusan Teknologi dan sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang sarjana kejuruteraan mekanikal pembuatan. Persoalan saya,

    (a) Bagaimana tips untuk menjadi trainer atau penasihat kewangan yang berjaya?

    (b) Tuan boleh berikan sedikit tips bagaimana cara untuk saya melibatkan diri untuk menjadi part-time lecturer di kolej2 dan institut2 swasta?

    (c) Bagaimana cara dan tips permulaan yang perlu saya lakukan supaya menjadi seorang yang mempunyai kepakaran didalam pengurusan wang kerana minat dan kecenderungan saya lebih ke arah bidang ini?

    Wasalam

  12. Mohd Zamri Reply

    Wasalam Tuan SK,

    Diharapkan kita boleh bertukar2 idea dan buah fikiran bagi kebaikan bersama.
    Bagi saya, wadah blog Tuan SK ini amat berguna kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan kewangan.
    -zamri-

  13. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam saudara Mohd Zamri,

    Ya halaman ini disediakan bagi berkongsi idea, pengalaman supaya setiap daripada kita dapat mengharungi liku-liku hidup dengan tenang dan bahagia.

    Saya amat mengalu-alukan saudara dan juga pelawat lain untuk menyumbangkan buah fikiran dan pengalaman dari masa ke semasa.

Leave a Reply to sab2 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *