Rakyat Malaysia Berbelanja 67 Billion?

Rakyat Malaysia dan pelancong menghabiskan RM67 Billion untuk berbelanja di pasaraya pada tahun 2007. Di jangka jumlah itu akan meningkat menjadi RM71.8 Billion pada tahun ini.  Di kala seruan dari pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna, masih tinggi lagi individu yang suka menghabiskan duit mereka terutama ketika jualan mega di beberapa pasaraya besar di seluruh tanahair.

Mengikut lapuran akhbar New Straits Times bertarikh 14 Mei 2008, kebanyakkan pembelian yang dibuat adalah bagi membeli alat permainan, peralatan senaman, produk kacamata, fesyen dan aksesori fesyen.

Masih ramai individu yang menafsirkan membeli barangan ketika jualan mega atau jualan murah adalah pilihan terbaik. Adakah ianya benar-benar betul ataupun hanya satu perangkap serampang 3 mata?

Membeli barangan ketika jualan murah atau mega dapat menjimatkan banyak duit berbanding membelinya ketika tiada jualan murah. Tetapi, apa gunakan penjimatan yang kita terima, jika barangan yang dibeli itu kita sebenarnya tidak memerlukan. Ataupun ianya adalah barangan yang diluar kemampuan kita. Sebagai contohnya, apabila ada jualan mega untuk barangan seperti beg bimbit ‘handbag’, adakah menjadi keperluan untuk memastikan kita membelinya bagi menikmati diskaun sehingga 70%? Ya, beg yang dahulunya berharga RM 400, kini kita dapat membelinya dengan harga RM120, sungguh menjimatkan.

Di rumah kita sudah ada beg bimbit yang bilangannya sama dengan warna pelangi. Setiap beg bimbit itu berwarna sama dengan salah satu warna pelangi. Alasan membeli beg bimbit yang terbaru ini kerana dapat berjimat sebanyak RM280. Persoalan utamanya, perlu kita membeli handbag itu?

Banyak individu yang saya temui mengatakan, mereka menghabiskan duit membeli ketika ‘Jualan Murah’ tetapi ianya bukannya barang yang diperlukan.

Tips hari ini :

Elakkan daripada memasuki pasaraya yang menawarkan jualan murah, tanpa membawa senarai barangan yang ingin dibeli. Sila pastikan harga yang dibajetkan bagi setiap barangan tersebut dituliskan bersama. Contohnya apabila anda menyenaraikan satu helai kemeja lengan panjang untuk menghadiri temuduga. Maka tulis dalam senarai seperti berikut.

1. Kemeja lengan panjang – berwarna cerah, kain koton RM 70.

Apabila anda memasuki pasaraya itu pastikan anda mencari baju yang selepas diskaunnya berharga RM70 ataupun baju yang berharga RM70 sebelum diskaun. Kedua-dua cara ini masih selamat untuk mengelakkan anda daripada berbelanja diluar kemampuan.

Saya mengalu-alukan setiap pembaca dan pelawat blog ini bagi memberikan pandangan, tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada berbelanja diluar batasan kemampuan. Ia juga bagi membantu individu daripada membeli barangan yang diluar kemampuan mereka.

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar Anda!

6 comments on “Rakyat Malaysia Berbelanja 67 Billion?”

  1. aimin mikhail Reply

    Assalamualaikum Tuan Shamsuddin,

    Tajuk entri-entri tuan memang menariklah. Tahniah tuan.

    Agaknya rakyat Malaysia memang suka berbelanja. Harga barangan melambung 2 – 3 kali ganda pun, semua pasaraya penuh sesak terutama di hujung minggu. Saya sebagai Rakyat Malaysia memang perlukan orang seperti tuan yang sentiasa memberi nasihat dan pandangan mengenai ilmu kewangan.

    Teruskan lah usaha murni ini Tuan Shamsuddin.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam saudara Aimin Mikhail,

    Terima kasih di atas sokongan Tuan. Ya, saya bersetuju dengan sdr Aimin, walaupun harga melambung, semua pasaraya penuh sesak dengan pembeli.

    Salah satu penyebab ianya berlaku adalah disebabkan kurangnya pendedahan tentang ilmu kewangan pengguna. Mereka juga terpaksa membeli di pasaraya, kerana hanya pasaraya yang menerima pembelian secara hutang ‘kad kredit’

  3. Kartini Reply

    Salam sejahtera Tuan Shamsuddin.

    Saya selalu melayari blog tuan, saya amat tertarik dengan tajuk entri ini. Pada pandangan saya kaum hawa termasuklah saya yang paling ramai suka berbelanja terutama di musim jualan murah, saya percaya kebanyakan daripada kami dah jadikan sifat suka membeli belah itu sebagai satu hobi. Dan bahagian yang paling disukai di pusat membeli-belah adalah di bahagian pakaian dan kasut.

    Wanita yang bekerja mempunyai pakaian lebih daripada satu almari dan kasut/beg tangan yang berwarna warni… betul tak tuan.

    Mempunyai hobi seperti ini memang susah untuk dikawal. Apa nasihat tuan kepada kami semua?

    Kartini.
    Seberang Jaya, PP

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam ceria saudari Kartini,

    Saya bersetuju bahawa adalah satu keperluan ‘asas'(jika mampu) untuk wanita bagi memiliki beberapa pakaian yang ekstra berbanding lelaki. Tetapi bilangannya jangan sampai terlebih daripada keperluan sebenar secara purata setiap wanita di pejabat kita.

    Jangan bawa duit dalam kuantiti yang banyak setiap kali keluar membeli belah. Beli pakaian yang telah diperuntukan dalam bajet bulanan dan tahunan yang telah kita sediakan.

    Jangan beli baju jika ianya tiada di dalam senarai bajet kita. Ini adalah proses bagi peringkat pertama dalam mengawal ‘hobi’ kita itu.

  5. lebah Reply

    thanks.ur articles help me alot in finishing my assment..gud to noe dat theres a person who cares bout sumthing dis important

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *