Surat Pembaca : Katakan Tidak Kepada Kad Kredit

Assalamualaikum Tuan Sham.

Semalam saya terpaksa bercuti kerana menemani sahabat karib saya ke Bank di KL untuk merayu berkaitan pembayaran kad kredit beliau. Saya amat terkejut kerana Pegawai Bank tersebut (namanya terpaksa di rahsiakan) menasihati saya agar jangan menggunakan kad kredit. Katanya ramai dikalangan orang melayu mempunyai beban hutang yang terlalu tinggi akibat berbelanja menggunakan kad kredit.

Katanya lagi Kad kredit adalah untuk golongan atasan sahaja. Golongan sederhana dan bawahan janganlah menggunakannya.

Harap Tuan Sham tidak jemu meneruskan usaha murni menyedarkan orangramai mengenai bahaya Penggunaan Kad Kredit.

Kart

Seorang kakitangan kerajaan

Kepada Kart:

Apakah kesudahan apabila bertemu dengan pihak bank itu?

Adakah sahabat Kart itu mendapat pakej yang menarik bagi mengurangkan hutangnya itu?

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar Anda!

8 comments on “Surat Pembaca : Katakan Tidak Kepada Kad Kredit”

  1. kart Reply

    Pakej yang ditawarkan agak membebankan beliau juga, di mana beliau terpaksa membayar jumlah tetap yang agak tinggi pada setiap bulan selama 5 tahun.

    Kasihan sahabat saya, menangis juga dia. Cuma saya nasihatkan dia jika jumlah tersebut membebankan cuba buat rayuan sekali lagi kepada pegawai bank tersebut atau minta bantuan keluarga.

    Saya pula yang semakin takut nak gunakan kad kredit.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Saya mencadangkan Kart membawa beliau berjumpa dengan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

    Tempoh 5 tahun dengan ansuran bulanan tinggi, sudah pasti tidak menyelesaikan masalah dengan mudah.

    Insyaa-Allah pihak AKPK dapat menyelesaikan bebanan interest kad kreditnya yang lama itu. Daripada maklumat yang saya dapat, AKPK amat berpengaruh dalam memastikan pihak bank bersetuju dengan diskaun ‘faedah’ yang teramat banyak.

    Tidak rugi jika beliau juga gunakan AKPK sebagai salah satu daripada ikhtiar.

  3. Mariam Reply

    Saya juga berpendapat sedemikian, AKPK memang amat membantu, setidaknya kita akan jadi insan yang berdisiplin dalam menangani masalah kewangan kita. Insyaallah

    Sama samalah kita berusaha membebaskan diri masalah yang kita cipta sendiri.

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Ya, masalah itu wujud disebabkan kelemahan kita pada waktu dahulu.

    Kini gunakan peluang ini untuk menebus dan melengkapkan diri kita dengan ‘Pelindung’ iaitu campuran ilmu, amal dan doa.

  5. Fendi Reply

    En Shamsuddin, saya ada satu soalan ingin bertanya, jika kita mengambil penyelesaian melalui AKPK, adakah nama kita akan di black list untuk membuat pinjaman2 lain..umpama pinjaman rumah?

    Dan terima kasih atas website En Shamsuddin ini, ia amat membantu.

  6. Shamsuddin Kadir Reply

    Itu saya kurang pasti, Insyaa-Allah saya mendapatkan maklumat daripada AKPK. En. Fendi juga boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan kepastian.

    Tetapi apabila hutang kita terlalu banyak sudah pasti kita tidak mampu membayarnya. Ini sudah pasti membuatkan nama kita disenarai hitam. Penyelesaian dengan AKPK membantu anda, kerana AKPK mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam memastikan bebanan ‘faedah’ yang dicajkan selama ini dikurangkan.

    Jika Encik yang mendapat maklumat itu terlebih dahulu daripada saya, kami amat mengalukan untuk encik memberitahunya di sini.

Leave a Reply to Mariam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *