18 Jun 2008 Mengurus Perbelanjaan: Makan Di Luar

Inflasi akan sentiasa meningkat dari hari pertama manusia mengunakan matawang sehingga dunia ini Kiamat.

Apabila kos barangan seperti petrol naik di pasaran, sudah pasti banyak kos lain juga akan turut naik. Apabila  perbelanjaan kita naik melepasi had 70%, maka kita perlu melakukan salah satu ataupun kedua-dua perkara di bawah :

1. Mengurangkan cara/gaya hidup kita pada ketika ini

2. Meningkatkan pendapatan kita

Fokus kita pada hari ini, kaedah mengurangkan/merendahkan cara/gaya hidup kita. Contoh yang akan kita gunakan adalah berkenaan makan di luar.

Jika sebelum ini, setiap kali kita makan di luar, kita mengunjungi restoran-restoran yang ‘agak selesa’ yang harganya juga sederhana tinggi, sudah tiba masanya kita menukarkan ke restoran yang harga lebih murah. Tahap kualiti kebersihan restoran itu kita tidak boleh abaikan. Walaupun ke restoran yang lebih murah, tetapi kita perlu pastikan organ dalaman kita tidak terjejas, iaitu elakkan daripada memasuki kedai makan dengan status ‘C’. Kita akan dibebani dengan kos rawatan hospital bagi merawati penyakit seperti Hepatitis A (Barah Hati) yang disebabkan memakan makanan yang disediakan di tempat kotor.

Jika sebelum ini kita memesang nasi bersama air manis, mungkin sudah tiba masanya kita menukarkan kepada air suam ataupun ais kosong. Dalam lauk dan nasi sudah mengandungi kabohidrat (gula), oleh itu pengambilan makanan dengan minuman manis menambahkan lagi kandungan gula dalam badan kita. Ini memberikan risiko tinggi kepada kita untuk menghidap ‘diabetes’ kencing manis. Ketika sihat kita menangung lebihan kos dengan mengambil minuman manis ketika makanan utama, ketika sakit kita dibebani kos rawatan penyakit kritikal itu.

Tidak salah bagi mendapatkan minuman manis tetapi sebolehnya bukan bersama dengan makanan seperti makan tengahari dan malam.

Setiap kali keluar makan secara individu ataupun dengan keluarga, pastikan semuanya memesan air suam (ini yang terbaik) ataupun ais kosong. Ini sudah pasti menjimatkan beberapa ringgit ataupun puluhan ringgit jika bilangan ahli keluarga besar.

Mulai hari ini tukar menu minuman kepada air suam yang ternyata baik untuk kesihatan. Apabila kita memesan nasi, pastikan kita meminta separuh bukannya sepenuh pinggan. Harga nasi untuk separuh pinggan lebih murah berbanding sepinggan nasi penuh. Mengikut kajian, keperluan manusia bagi makan tengahari dan malam terutama pekerja di pejabat adalah mencukupi dengan nasi separuh yang disertakan dengan sayuran.

Dengan mengikuti panduan menjaga kesihatan dengan memakan mengikut keperluan, kita mengelakkan daripada menangung bil-bil perubatan dan menangung kos sara hidup yang tinggi.

Sekali sekala ataupun sekali sehari anda mengambil minuman manis. Dengan penjimatan sebanyak RM 3 – 5 ringgit sehari selama sebulan anda sudah dapat membiayai kos elektrik, air dan telefon untuk sebulan.

Biasakan untuk membawa air mineral/masak yang dibawa setiap kali pergi membeli belah ataupun bersiar-siar. Anda dapat menjimatkan puluhan ringgit setiap bulan yang dapat anda gunakan untuk membeli beberapa helai tuala yang sudah uzur. 

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses

  1. 1
    sab2 

    Tuan Shamsuddin,
    assalamu’alaikum.

    Budaya makan di luar adalah budaya kehidupan mereka yang ‘sibuk’ dengan urusan dunianya.

    Membawa ahli keluarga makan di luar bagi sesetengah pihak, adalah suatu ‘perayaan’… yang datang sekali sekali dalam hidupnya.

    Ada juga pihak yang begitu asing dengan budaya makan di luar.

    Justeru, ‘penjimatan’ dalam makan di luar adalah budaya yang amat mudah dikawal langsung. TAK PAYAH! mungkin..?

  2. 2
    Kart 

    Assalamualaikum Boss SK,

    Teringat saya kepada Arwah Ayah saya, beliau kurang berminat dengan Budaya Makan Di Luar. Sekali sekali beliau akan membeli dan makan di rumah seisi keluarga. Cara ini katanya tidak membazir dan dapat berkongsi makan seisi keluarga.

    Cara beliau ini telah membuatkan kami adik beradik sangat rapat antara satu sama lain sehingga sekarang, dan beliau dapat membeli rumah yang kini ibu saya menetap dengan bayaran tunai tanpa berhutang walau sesen pun.

    Sekarang saya baru terfikir, arwah ayah memang merancang kewangan dan perbelanjaannya.

  3. Waalaikummusalam Tuan Sab2,

    Saya bersetuju dengan pandangan Tuan. Terdapat dua jenis gaya hidup utama yang diaplikasi dalam kehidupan di luar sana. Yang pertama suka makan di luar.

    Manakala gaya hidup kedua adalah yang hanya makan di luar ketika ada sesuatu untuk dirayakan bersama ahli keluarga dan ianya tidak semestinya menyambut hari lahir.

    Antara kelebihan makan di rumah adalah kebersihan penyediaan makanan bersih (bebas dari kekotoran) dan mengeratkan lagi hubungan ahli keluarga yang turut serta menyediakan makanan tersebut.

  4. 4
    Mohd Zamri 

    Askum semua,
    Jangan lupa menonton al-kuliyah petang jumaat ini ditv3 jam 5 ptg..
    Tajuk menarik pada hari ini adalah saham di dalam Islam..

    wasalam

  5. Waalaikummusalam saudara Mohd Zamri

    Terima kasih di atas makluman tersebut. Saya tidak sempat menontonnya. Semoga ada di antara kita yang dapat mengkongsikan ringkaskan info di sini.

  6. 6
    Mohd Zamri 

    Askum,
    Berdasarkan kepada maklumat artikel perbelanjaan makanan tersebut,bagi saya ianya merupakan suatu cadangan yang baik…dan saya selalu mengamalkan tips tersebut..
    akan tetapi, perkara ini mngkin dihalang dengan sikap orang kita yang beraggapakn “takkan makanan pun nak berkira?”
    ini realiti yang sering didapai oleh orang2 kita..walhal konseop berjimat atau merancang perbelanjaan semasa makan diluar merupakan cadangan yang baik..
    contohnya, setia hari / weekday kita makan di kedai biasa atau kedai2 yang bersederhana kosnya…mungkin dalam semiggu tu kita boleh menggunakan masa wekend kita utk minikmati di kedai2 yang berkos tingi perbelanjaannya. contohnya seperti fasfood atau pun francais makanan yang tumbuh bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan…
    mungkin dalam seminngu juga kita boleh luang masa kita di dapur rumah…memask makanan sendiri..
    bagi saya, perubahan cara hidup begini merupakan cara pengurusan perbelanjaan yang baik..
    Kerana terlalu ikut selera lah, kita akan selalu akan mendapat penyakit dihari tua nnti dan keraan mengikut selera sangat lah, perancangan perbelanjaan kita juga akan menjadi hancur..

    Kita sebenarnya tidak mencatu makanan kita..tapi kita merancang perut kita dan dlm masa yang sama kita merancang perbelajaan kita..

    wasalm

  7. 7
    Mohd Zamri 

    Askum Tuan SK,
    Bolehkan tuan SK memberikan beberapa tips kerjaya yang boleh diceburi untuk kita berjaya dalam kerjaya..

    Saya bercita2 mahu menjadi seorang pensyarah tetapi, rezeki tidak kesampaian untuk saya berjaya di dalam bidang tersebut..

    Saya hanya layak untuk menceburi dalam bidang perguruan kerana saya meminati bidang teaching and learning…

    Namun, saya tetap mahu berusaha untuk mencapai cita2 saya untuk menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti.. buat masa ini, saya sedang melanjutkan pelajaran saya di peringkat sarjana.

    Adakah langkah ini betul dan bolehkah tuan memberikan tips untuk saya berjaya suatu hari nanti dan mencapai cita2 saya itu.

    Saya bercita2 untuk memperoleh PhD. Insyallah.. walaupun saya tidak terpilih untuk memasuk mana2 institusi pengajian tiggi disebabkan syarat CGPA yang ketat, tetapi Insyallah saya akan cuba..

    Teringat saya kepada kata2 CEO paling berjaya di dunia iaitu Donald Trump.. Kejayaan itu hadir daripada banyak kegagalan dan dalam hidup ini, kita perlu “fight” dengan apa yang kita hadapi….

    Apa komen dan pendapat Tuan SK,

    Wasalam

  8. Waalaikummusalam saudara Mohd Zamri,

    Insyaa-Allah saya akan berikan tips-tips dalam meningkatkan kerjaya kita nanti.

    Sejak 23hb iaitu Isnin saya sibuk dengan rakaman motivasi pagi dengan TV3 yang baru berakhir hari ini. Insyaa-Allah esok adalah rakaman dengan RTM bagi program remaja ‘Gen X’

  9. 9
    Mariam 

    Salam kepada pengunjung setia blog Tn Sham dan juga Tn Sham sendiri..semoga sentiasa dilimpahi rahmat.

    Budaya makan diluar ini sebenarnya sedikit sebanyak ada kebaikkan tapi janganlah sehingga menjadi rutin.
    Bagi saya pula kelaur makan sebulan sekali tidak ada salahnya selain dan anak anak juga tidak lah terlalu bosan asyik dirumah sahaja.
    Tapi pilih lah tempat yg berbaloi,seperti tidak terlalu mahal dan banyak pilihan.cukuplah di gerai gerai tom yam,tak perlu buffet dihotel.
    Ada juga sebahagian kawan kawan saya yg memang suka makan dirumah,tapi nak isteri masak yang sedap sedap,belanjanya pun lebih kurang makan diluar.Kena fikir juga tu.
    Sebenarnya bijak mengurus perbelanjaan amat penting,apa yg saya katakan didalam blog Tn Sham ini semuanya dari pengalaman sendiri.

    Tn Sham – Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam menjamin masa depan yang lebih baik.

    En Zamri – Benar kejayaan seseorang adalah lebih manis dengan beberapa kali kegagalan yang ditempuhi,menuntut ilmu itu tidak ada ruginya.Untuk berjaya dalam kerjaya pendapat saya adalah kesungguhan dan tahu apa yg kita lakukan dan apa yg kita impikan dimasa akan datang.Insyaallah kita akan berjaya.

  10. 10
    Mohd Zamri 

    Thanks a lots Puan Mariam..

  11. 11
    Mohd Zamri 

    Askum Tuan,
    Juga kalau boleh, saya minta untuk mendapatkan tips untuk menjadi pengarang PTS..

    Apakah prosedurnya dan langkah2 yang perlu dilakukan.
    Ada beberapa tajuk yang masih dalam perancangan saya sekarang…

    Wasalam

  12. 12
    Mohd Zamri 

    Askum Tuan,

    Saya sedang meneliti beberapa topik yang berkenaan dengan bisnes2 kecil yang boleh diceburi oleh pekerja2 makan gaji bagi menampung keperluan kos hidup yang semakin meningkat kini.

    Dan dapat juga saya rasakan, peluang untuk menulis mengenai isu2 tersebut dapat dibukukan..

    Harap Tuan SK dapat memandu saya untuk terlibat dan berjaya di dalam bidang ini kerana saya amat meminati bidang tersebut.

    Wasalam

  13. Walaikummusalam saudara Mohd Zamri,

    Saudara boleh menghubungi En. Aizat melalui emel aizat@pts.com.my, beliau adalah editor perolehan. Kalau tidak salah salah 28 Jun ini PTS ada bengkel tentang menulis buku bisnes kecil.

    Sila hubunginya bagi maklumat lanjut. Saudara dapat mempelajari teknik-tekniknya nanti.

Leave a Reply