Prestasi Pekerja Kerajaan dan Swasta Menurun?

Sejak dari kenaikan minyak yang di umumkan beberapa hari lalu, di mana sahaja terdengar perbualan para pekerja sama ada di kedai kopi, stesyen komuter, di pasar raya, membicarakan tentang implikasi kenaikan petrol ke atas gaya hidup mereka sekeluarga.

Ramai yang rungsing dengan kenaikan harga barangan yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Impak yang paling kuat adalah tahap tekanan yang perlu dihadapi oleh setiap wargakerja yang hidup dengan membelanjakan 100% dari duit gaji setiap bulan. Ini bermakna mereka tidak ada duit simpanan. Apabila kenaikan kos minyak yang akan meningkatkan lagi pelbagai barangan lain, memberikan mereka ruang bagi menangung hutang yang tidak berbayar (hutang yang tidak dapat dijelaskan).

Pekerja yang sudah biasa membeli barangan di luar kemampuan adalah di antara individu yang akan menerima kesan awal. Ini berlaku apabila jumlah bagi tidak berbayar bagi setiap hutang kad kredit dan skim ansuran mudah meningkat..

Jika anda seorang pengguna kad kredit pastikan jumlah yang dibelanjakan di dalam kad kredit adalah tidak melebihi apa yang anda telah peruntukan dalam senarai perbelanjaan bulanan.

Jika anda tidak dapat menurunkan kos perbelanjaan bulanan kepada 70%, ianya bakal menimbulkan tekanan apabila anda terpaksa hidup ibarat ‘Kais bulan makan bulan’. Fikiran senantiasa memikirkan tentang bebanan hutang, anda menjadi semakin stres, fokus kepada pekerjaan akan turun, ini sudah pasti menurunkan prestasi anda.

Bagi pencegahan yang efektif, senaraikan semula semua perbelanjaan bulanan dan lihat di tangga mana anda sedang berada. Adakah anda seorang yang berbelanja di bawah 70% ataupun melebihi 100% daripada wang gaji yang diterima? Lihat jenis sabun yang kita gunakan, jenama-jenama yang kita gunakan, adakah ianya berbaloi untuk dikekalkan ataupun perlu ditukar kepada jenama yang lebih murah tetapi dalam kualiti yang kita perlukan.

Mengikut kajian yang saya lakukan terutama kepada peserta saya, majoriti daripada menyatakan, bahawa mereka tidak dapat fokus dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan. Ini kerana minda mereka asyik memikir bagaimana untuk mencari duit lebih dan bagaimana mereka dapat menjelaskan hutang-hutang itu.

Kos minyak di jangka akan meningkat kepada AS$ 200 berbanding AS$135 setong pada waktu kini.  Bayangkan apa yang berlaku pada anda apabila harga petrol meningkat sebanyak 48% apabila ianya meningkat AS$200 setong dalam masa 24 bulan?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

 

3 comments on “Prestasi Pekerja Kerajaan dan Swasta Menurun?”

  1. Mariam Reply

    Salam buat semua sahabat dan pengunjung setia Blog Tn Sham..

    Muhasabah diri,itu yang selalu saya tekankan alam waktu genting saya menghadapai kesusahan.Ada benarnya kita perlu mengubah cara hidup buat masa sekarang,buat belanjawan setiap bulan,ini perlu bagi mengetahui setiap sen yang kita belanjakan.Mula mula memang susah lama lama ia jadi kebiasaan dan kita tahu erti menilai selepas semuanya tercatat didepan mata.

    Bagi pengguna kad kredit sekadar pandangan saya bayarlah penggunaan kad kredit anda lebih dari 10-20% jumlah minimum sekiranya pada masa itu anda tidak mampu membayar pada kadar yg sama penggunaan kad.

    Kita sekarang berdepan dilema inflasi,jadi rancanglah sebaik baiknya.Telah saya maklumkan pada entri yg lepas(telah hilang)bahawa kadar inflasi kita pada hari ini lebih dari 8% jadi bayangkan jika selama ini kita menyimpan RM100 sebulan mungkin kali ini simpanan kita hanya RM60.00,inilah akibat inflasi sebenarnya.

    Apa jua yg berlaku kesedaran kita untuk mengubah cara hidup kita sebenarnya yg menetukan samada kita mampu menghadapi situasi seperti ini.

    Minta nasihat dari pakar seperti Tn Sham dalam merancang kewangan kita.Apa yg berlaku hari ini jadikan iktibar kerana kita tidak pasti apa yg akan berlaku lagi.

    Susun strategi kewangan masing masing,jadi pengguna yg bijak dan secara tidak langsung fikir bagaimana meningkatkan atau memulihkan kewangan kita.

    Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat semua begitu juga dengan Tn Sham,kerana sedikit ilmu yg beliau sampaikan memberi kita sejuta manfaat.

  2. Kart Reply

    Assalamualaikum Tuan.

    Saya tidak nafikan sedikit sebanyak prestasi kerja menurun dalam seminggu dua ini. Masing-masing sedang berfikir tentang harga barangan yang akan naik dan akan terus naik. Jika kita tidak bersedia dari sekarang, sudah pasti bermacam-macam penyakit akan kita terima.

    Para pembaca sekelian, marilah kita sama-sama awasi dan menyemak semula senarai kos bulanan yang kita akan tanggung pada setiap bulan. Masing-masing carilah jalan supaya perbelanjaan bulanan kita tidak melebihi 70% dari wang gaji kita seperti yang Tuan Sham sarankan. Bacalah semula entri-entri di laman Blog Tuan Sham, banyak idea-idea dan maklumat yang boleh dan seeloknya kita ikuti. Saya sendiri sekarang sedang cuba untuk membelanjakan hanya 50% sahaja dari wang gaji saya supaya 20% lagi saya bersedia jika kenaikan harga barang terus naik. Barangan yang tidak perlu sudah saya cantaskan dan saya bertukar kepada barangan yang berjenama lebih murah tetapi ada kualiti. Perbandingan harga amat perlu sekarang ini, saya dah catatkan harga barangan keperluan seharian pada bulan ini agar saya dapat bandingkan harga di bulan hadapan.

    Para pembaca sekelian, janganlah terlalu risau sangat dengan kenaikan harga, yang penting kita mesti berusaha dan terus berusaha dengan iringan doa. IsyaALLAH, ALLAH s.w.t akan menolong umatnya yang sentiasa berdoa kepada NYA.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam, epada Puan Mariam dan Kart.

    Terima kasih dia atas pandangan yang diberikan, semoga ianya membantu dalam kehidupan harian kita.

    Banyak yang dapat kita pelajari dan mengaplikasi dalam kehidupan harian kita.

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *