26 Jul 2008 Di Sebalik Pindahan Baki ‘Balance Transfer’
 |  Category: Dilema, dimensi, Perbankan, Risiko

Tuan,

Soalan ringkas. Apa yang tersirat disebalik transfer baki kad kredit ke kad baru? ****bank boleh offer 2 – 3 ribu cash jika kita transfer balance. Bank berorietasikan keuntungan, apa muslihat disebaliknya?

Mohon jawapan.

Asmawee, Kepong.

…………………………………….

Persoalan utamanya yang kita perlu ketahui adalah apa yang menyebabkan kita menangung hutang kad kredit. Ianya biasa berlaku disebabkan kita tidak dapat ‘menanguh kepuasan’ iaitu, kita tidak dapat mengawal diri daripada berbelanja di luar kemampuan sebenar kita. Ini bermaksud kita belum berjaya mengenali dan ‘berkuasa’ ke atas diri kita. 

Apabila kita di bebani dengan hutang, bank-bank turut mengunakan peluang ini bagi ‘memancing’ pelanggan baru dengan menawarkan pindahan baki hutang kad kredit kepada kad kredit bank mereka. Bank menawarkan kadar ‘faedah’ @ keuntungan yang rendah ada yang serendah 0%. Tawaran itu sungguh menarik, tetapi kita perlu ingat terdapat syaratnya yang perlu dipenuhi. Antaranya adalah, pemegang kad kredit perlu membayar jumlah ansuran secara tetap dengan jumlah yang dipersetujui pada setiap bulan tanpa gagal. Apabila pemegang kad kredit terlewat atau membuat pembayaran kurang daripada jumlah bayaran minimum maka kadar faedah @ keuntungan setinggi 18% contohnya, akan dicajkan. Tiada lagi kadar istimewa yang diberikan.

Antara kesan tidak baik yang berlaku kepada pemegang kad kredit yang membuat pindahan baki adalah :

  • Mengunakan semula kad kredit lama yang semua baki hutangnya telah dipindahkan ke kad kredit di bank lain. Ini meningkatkan semula bebanan hutang pemegang kad kredit.

  • Mengunakan kad kredit baru bagi membuat pembelian seterusnya, di mana kad kredit baru itu dibekalkan dengan lebihan had kredit bagi membenarkan pemegang meneruskan pembelanjaan tidak terkawal mereka. Ini sudah pasti membebanbkan lagi pemegang kad kredit berbanding sebelum membuat pindahan kredit.

Antara langkah pencegahan daripada dibebani dengan lebih banyak hutang yang membuatkan kita semakin miskin adalah dengan mempratikkan langkah-langkah seperti berikut:

  • Tamatkan khidmat kad kredit lama, iaitu pergi ke bank bagi menutup akaun kad kredit tersebut.

  • Potong kad kredit baru yang diberikan oleh bank yang membiayai pindahan baki tersebut.

  • Jangan ambil duit yang ditawarkan melalui pindahan baki  kad kredit. Bank mengetahui bahawa kita tengah ‘terdesak’,

  • Potong semua kad kredit lain yang kita miliki pada hari kita mendapat gaji.

  • Baca buku-buku berkenaan dengan mengurus kewangan – contohnya Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

  • Celik Kewangan contohnya dengan mengikuti entri-entri di dalam blog ini, iaitu bagi meningkatkan keupayaan pengguna bagi menanguhkan kepuasan supaya tidak dibebani dengan hutang yang tidak perlu.

Hutang kad kredit adalah berpunca daripada kegagalan seseorang daripada mengawal dirinya daripada membuat pembelian ataupun perbelanjaan diluar kemampuan. Pemegang kad kredit yang belum dapat menanguhkan kepuasaan digalakkan bagi menutup ataupun menamatkan semua akaun kad kredit yang ada. Ini bagi memastikan kita tidak dibebani dengan bebanan lubang-lubang hutang yang kita gali sendiri.

Tukarkan kad kredit kita itu dengan hidup dengan kad debit. Dapatkan kad debit dengan kemudahan visa di bank yang berdekatan. Kepada muslim gunakan akaun bank yang islamik iaitu bebas dari riba bagi menyimpan, melabur duit kita.

www.shamsudddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses

  1. 1
    Faizul Tendong 

    Untuk makluman sdr. dan semua pengunjung blog ini, skrg yg terbaru dah ada kad debit dari Ambank yg boleh memberi pendapatan tambahan kpd penggunanya. Pendapatan kita boleh dikumpulkan samada melalui keuntungan penjualan kad kepada bakal pengguna lain atau pengumpulan mata yg boleh ditukar kpd wang tunai. Sistem networking digunakan dimana kita boleh mengumpul mata yg byk melalui mata terkumpul ahli jaringan kita. Satu peluang yg saya rasa sgt bagus utk direbut oleh semua. Apa pandangan sdr.?

  2. 2
    azuan ghazali 

    Tahniah,

    Tuan, telah ke udara dalam rancangan motivasi pagi di TV3. Satu perkembangan yang baik…

  3. Saya belum mengkaji lagi tentang kad debit terbaru dari Ambank itu. Oleh itu saya tidak mampu memberikan pandangan ketika ini.

    Saya juga mengunakan kad debit visa yang dikeluarkan oleh sebuah bank. Saya menukarkan kad ATM saya kepada kad debit visa. Supaya kad ATM baru saya boleh digunakan bagi membayar bil hotel.

  4. Kad kredit sbnrnye adalah kemudahan yg diberikan oleh bank kepada pengguna.Namun penyalahgunaan k.kredit menyebabkan pengguna tersebut terjebak dlm perangkap hutang.K.kredit mengajar kite berdisiplin dlm membelanjakan duit.So sblm memohon sebarang k.kredit pastikan anda sudah bersedia dari mental 100%.itu pndgn sy.

Leave a Reply