Elak Dari Belanja Yang Tidak Perlu

Sewaktu menjayakan kursus dengan peserta dari FRIM pada hari Sabtu yang lalu, saya diajukan soalan bertubi-tubi tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada penjual?

Ya, jurujual yang sentiasa menghampiri kita sewaktu berada di pasaraya ataupun di kawasan letak kereta dan juga di rumah.

  • Apabila gas untuk memasak┬ákita habis, adakah kita menunggu sehingga jurujual ‘salesmen’ datang membawa gas? Ataupun kita terus menelefon penjual gas supaya menghantarkannya sekarang.

  • Apabila beras habis, adakah kita menunggu sehingga jurujual datang bagi membeli beras daripadanya? Sudah semestinya kita terus mendapatkan beras di kedai yang berhampiran atau di pasaraya.

  • Apabila tisu di rumah kita habis adakah kita keluar mendapatkannya sekarang ataupun hanya membelinya apabila ada keluar ke kedai.

Di sini kita dapat melihat, kita tidak dapat menunggu apabila barangan keperluan habis. Kita perlu mendapatkan seberapa segera. Tetapi apabila tisu habis kita tidak akan dengan serta merta mendapatkannya di kedai.

Jurujual yang datang kepada kita ingin mempromosikan produk yang tidak termasuk di dalam senarai keperluan kita. Jika barangan itu termasuk dalam keperluan, kita tidak akan tunggu sehingga jurujaual datang, kita terus mendapatkannya di kedai.

Oleh itu perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah dengan mengucapkan terima kasih kepada jurujual tersebut dan terus beredar daripada tempat tersebut. Apa yang berlaku jika kita terus melayan jurujual? Saudara/i sudah arif akan akibatnya, iaitu kita balik dengan membeli produk ataupun perkhidmatan tersebut.

Jurujual telah dilatih dan mempunyai keupayaan bagi menukarkan perkataan tidak mahu ataupun ‘NO’ kepada mahu ataupun ‘YES’.

Itu sebab apabila kita ingin memasuki pasaraya, pastikan kita membawa senarai. Kita hanya membeli apa yang telah kita muktamadkan berdasarkan senarai yang kita buat terlebih dahulu.

Elakkan juga terpedaya dengan ‘Lambang’lambang Diskaun’.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

2 comments on “Elak Dari Belanja Yang Tidak Perlu”

  1. Wan Reply

    Salam Tn Sham,

    Bercakap tentang berbelanja, saya memang menghadapi masalah yang besar tentang berbelanja ini. Saya teramat lah suka bershopping. Walaupun dah bawa senarai barang yang perlu dibeli saya pasti akan ter over bajet sebab terlalu rambang mata melihat barang di kedai. Shopping memang best kadang-kadang buat kita rasa macam tak ingat dunia.

    Tapi yang sengsaranye selepas itu saya akan mula menyesal. Tambahan lagi selepas check baki gaji saya yang tinggal tak sampai separuh selepas 2 hari dapat gaji.

    Mungkin kerana saya masih belum berkeluarga, mak dan ayah pula masih bekerja membuatkan saya mudah lupa diri kalau berbelanja. Kadang-kadang saya rasa perlu mandi bunga 7 jenis saja barulah hilang penyakit suka ‘menghabiskan duit’ saya ni.

    Sebenarnya Tn Sham, saya rasa saya menghadapi masalah tak tahu menguruskan kewangan. Oleh sebab itu lah, walaupun sudah hampir setahun bekerja tapi duit simpanan saya masih lagi tak berada ditahap yang membanggakan.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam Cik Wan,

    Apabila kita tidak melengkapi diri dengan kemahiran mengurus kewangan, ianya menjurus kita supaya berbelanja melebihi dari jumlah yang sepatutnya.

    Tahniah kerana saudari telah membawa senarai, cuma apa yang saudari perlu tingkatkan adalah membeli apa yang ada di dalam senarai sahaja.

    Sebaiknya jangan memandang barang yang tiada dalam senarai untuk kali kedua. Terpandang kali pertama tidak membawa masalah, tetapi pandangan kedua yang membuatkan duit saudari mengalir keluar.

    Saya mengalu-alukan pandangan dari saudari dari masa ke semasa.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *