Menunda Kepuasan : Membeli Kereta Selepas 9 Tahun

Pagi ini saya  bersama Tuan Osman Affan menghadiri temujanji dengan Tuan Md Ami dari Uda Holdings  di pejabatnya di tingkat 14.  Diskusi itu juga di hadiri oleh Tuan Kamli yang sudi menceritakan kepada kami tentang kisah hidupnya  pernah ‘menunda kepuasaan’.  Sejak bekerja mulai tahun 1982 beliau berulang-alik ke pejabat hanya dengan menaiki BMW (Bas Mini Wilayah) sehingga tahun 1990. Beliau  membeli sebuah kereta pada tahun 1990, iaitu selepas 9 tahun. Apakah sebab yang menjadi punca kepada keupayaannya menanguhkan kepuasaan?

Syukur, Tuan Kamli sudi menceritakan satu daripada sebabnya. Beliau menanguhkan pembelian kereta, walaupun ramai di antara rakannya mula membeli kereta sebaik sahaja di sahkan jawatan.  Akibat daripada ‘Bedah Siasat’ yang di lakukan, beliau melihat dengan terperinci setiap kos yang beliau perlu tanggung apabila memiliki kereta. Akibat dari penangguhan pembelian kereta, beliau dapat memiliki sebuah kereta berjenama luar negara dan amat terkenal di pasaran. Menunda kepuasaan dapat mengandakan setiap wang yang anda miliki pada hari ini bagi memiliki sesuatu yang lebih besar daripada kemampuan anda pada hari ini.

Untuk makluman saudara/i, Bedah Siasat Kereta adalah satu latihan dalam kumpulan yang diwajibkan di dalam setiap program Dimensi Diri III yang saya kelolakan bagi setiap kursus. Hari ini saya dapat memberikan contohnya kepada anda kenapa ‘Bedah Siasat’ adalah satu kemestian dalam menguruskan kewangan kita. Jangan tunggu waktu yang terlalu lama baru kita ingin membedahkannya.

Terima kasih kepada Tuan Md Ami yang telah menghubungi saya bagi mendapatkan proposal bagi program ‘Mind Power’. Insyaa-Allah lebih banyak program yang dapat dijayakan bersama.

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar!

2 comments on “Menunda Kepuasan : Membeli Kereta Selepas 9 Tahun”

  1. aimin mikhail Reply

    Assalamualaikum Tuan Shamsuddin. Semoga Tuan sentiasa diberkati.

    Tabik saya kepada Tuan Kamli, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

    Bagi saya, zaman sekarang ini tak perlulah kita menunggu sehingga 9 tahun baru hendak membeli sebuah kereta. Tidak semua tempat kerja mempunyai kemudahan pengangkutan yang mudah, jangan jadikan MASA kita dihabiskan dalam perjalanan sahaja. MASA amat penting bagi manusia, MASA tidak boleh berundur balik. Yang penting kita perlulah menguruskan perbelanjaan dengan cara berhemah. Beli kereta yang sepadan dengan diri sendiri, ukur kemampuan diri dulu, baru memilih kereta. Jangan memilih kereta dahulu kemudian baru mengukur kemampuan diri, seperti Tuan Shamsuddin selalu ingatkan kita semua.

    Peringatan kepada semua, Servis Kereta perlulah mengikut jadual, jangan tercicir dari jadual tersebut. Jika tercicir, bila dibedah siasat kereta tersebut, TUANnya yang akan kronik…..

    Aimin Mikhail

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Saudara Aimin Mikhail

    Ya, saya juga tabik spring kepada Tuan Kamli yang dapat menunda kepuasaannya sehingga 9 tahun.

    Saya mula bekerja pada tahun 1998 secara rasminya. Pada pertengahan tahun 2000 saya membeli kereta pertama saya. Saya sebenarnya sedang belajar menunda kepuasaan tetapi ‘DIPAKSA’ oleh bos besar saya supaya membeli kereta. Bos saya memaksa saya, kerana bimbangkan keselamatan saya, sebab 3 hari Isnin yang berturut saya kemalangan.

    Alangkah bahagianya saya jika saya sudah bertemu dengan Tuan Kamli ketika itu. Sekurangnya saya boleh memberi fakta kebaikannya kepada diri saya apabila kita menunda kepuasaan.

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *