Berapa Banyak Peruntukan Duit Raya?

Berapakah jumlah duit yang perlu diperuntukkan untuk duit raya? Setiap individu mempunyai bajet yang berbeza, bergantung kepada jumlah duit yang ada dan juga jumlah yang kita ingin berikan saudara mara, jiran dan tetamu.

Adakah perlu kita memberikan duit raya yang banyak kepada saudara mara dan apakah rasionalnya?

Apakah pesanan ‘message’ yang difahami oleh kanak-kanak apabila kita memberikan duit raya yang banyak kepada mereka?

Kadangkala kita ataupun pasangan kita menghadapi dilema apabila ingin menentukan jumlah duit raya yang kita ingin berikan. Sebaiknya jangan pedulikan jumlah yang individu lain berikan kepada anak kita (jika kita sudah ada anak), kita tentukan berdasarkan kepada kemampuan kita. Bagi memastikan kita tidak bersangka buruk terhadap individu lain, elakkan daripada melihat jumlah duit raya yang diberikan oleh individu lain kepada anak-anak kita. Kumpulkan semua duit raya sebelum membukanya, ini bagi memastikan kita tidak mengingati siapa yang memberikan RM1 dan siapa yang memberikan RM 100.

Jika kita telah tetapkan kita akan memberikan RM 1 kepada anak saudara kita, elakkan daripada menambah jumlah itu apabila kita melihat adik-beradik kita yang lain memberikan RM 10 kepada anak kita. Pemberian kita adalah berdasarkan jumlah yang kita mampu. Jangan bebani kos duit raya kita disebabkan tidak sanggup berhadapan dengan saudara mara dan jiran tertangga dengan memberikan dengan jumlah yang sedikit.

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

2 comments on “Berapa Banyak Peruntukan Duit Raya?”

  1. ridwanto UTM Reply

    salam tuan,
    saya pula memperuntukan rm 2000 untuk perjalanan balik ke selangor dan perlis ( rumah mertua) serta duit raya.
    Adakah nilai ini terlalu besar.

    minyak rm 500
    tol Rm 300
    duit raya rm 300
    kelengkapan raya rm 900

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *