Surat Pembaca : Menggandakan Wang Saya

Assalamualaikum Tuan Sham,

Saya Shamsul (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun dan berasal dari Alor Star dan sudah berkahwin.

Saya sudah membeli sebuah buku karangan tuan sham iaitu *Kaya dengan Rumah*. Banyak kali saya ‘khatam’ kerana ulasannya yang jelas dan kena dengan situasi semasa. Saya bekerja sebagai guru SM dan gaji boleh lah sara keluarga setakat ini.

Cuma selepas kenaikan harga minyak, budget terpaksalah lebih sikit dari sebelumnya. Jadi di sini saya ingin mendapat khidmat nasihat dan rujukan tuan Sham berkenaan bagaimana saya boleh menggandakan wang saya menjadi lebih berganda sebelum saya pencen pada umur 56 tahun nanti. Saya sudah target (tetapkan sarasan) pada umur 41 tahun nanti saya juga akan bebas hutang!!

Jadi, dalam saya bekerja saya telah berjaya mengumpul RM100,000 dalam ASB.
Bank? Sekadar alat transaksi sahaja.

Duit simpanan itu saya simpan dalam ASB saja. Nak dapat untung dari ASB terpaksa tunggu setahun sekali. ada naik
turun juga keuntungan ASB nie.

jadi bagaimana caranya saya boleh menggandakan wang simpanan saya itu menjadi lebih berganda sebelum saya
pencen dengan nilai simpanan terkumpul RM1juta.

Emmm insya-Allah. Dalam masa ini saya cuma ada* 4 hutang *yang sedang ditunaikan tanpa tergendala tiap-tiap bulan.

1-Hutang rumah(RM125000 sahaje) (beli rumah dengan Government loan)-potong via gaji
tiap bulan untuk selama 10 tahun RM1030.00. umur 41 tahun selesai hutang.

2-Hutang kereta (baki tinggal RM30k lagi settle).bulanan RM572- umur 36
selesai

3-Hutang PTPTN (baki tinggal RM16k lagi ) bulanan RM250- anytime boleh di jelaskan

4-Hutang ASB RM20,000 (loan bank XYZ ASB RM25,000)- bulanan RM200-anytime
boleh disettled. Ikut kawan ambil loan ini masa mula kerja dulu.

Jadi, bagaimana caranya saya boleh menggandakan wang simpanan saya ini?

Saya boleh menggunakan wang simpanan RM100k itu untuk menyelesaikan hutang-hutang yang saya listkan di atas tapi tak berjayalah saya untuk menggandakan wang saya itu tuan Sham.

Saya amat berharap tuan sham dapat memberi jalan kepada saya bersama tips-tips yang boleh saya ikuti.

Shamsul (Bukan nama sebenar)
Alor Setar

—————————

Waalaikummusalam,

Semoga Allah sentiasa melimpahi saudara dengan limbahan kebaikan yang datang mendadak dan keberkatan rezeki yang berterusan. Ya Allah perkenankan lah doaku ini. Amin. 

Syukur kerana saudara seorang daripada orang yang ‘terselamat’ kerana menangguhkan kepuasaan. Tahniah sekali lagi. Walaupun umur baru mencecah 31 tahun saudara sudah dapat mengumpul timbunan tunai RM100,000.

1. Saudara boleh meneruskan pembayaran ansuran rumah dengan pembiayaan oleh skim kerajaan.

2. Saudara juga boleh meneruskan ansuran pembayaran kereta ataupun membuat ‘full settlement’ jika perlu bagi mengurangkan bebanan kredit bagi mendapat lebih banyak pinjaman baru.

3.  Bagi simpanan di ASB saudara boleh kekalkan ataupun membuat beberapa pelaburan lain bagi mengandakan wang saudara itu.

  • Saudara boleh melaburkan sebahagiannya di dalam unit amanah yang syariah compliant, cari bank tempatan yang terkenal dengan unit amanah yang berdaya maju. Ada unit trust yang telah memberikan pulangan melebihi 20% setahun.

  • Saudara juga boleh mengunakan bagi membayar duit muka bagi membeli rumah perlaburan seperti yang saya nyatakan di dalam buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’ yang akan memasuki pasaran dalam pertengahan bulan September dengan izin tuhan.

  • Berkenaan dengan bayaran ansuran pinjaman PTPTN itu saudara boleh teruskan tanpa menjelaskan secara sekaligus.

  • Berkenaan pinjaman yang dibuat dengan bank bagi membeli saham ASB itu saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sehingga kini pinjaman yang disediakan oleh bank adalah berlandaskan ‘konvensional’ iaitu pinjaman bertunjangkan riba. Menggandakan wang melalui sistem konvensional adalah bertentangan dengan kehendak Allah.

  • Secara keseluruhan, saya berpendapat, saudara perlu memecahkan duit perlaburan saudara itu kepada beberapa jenis perlaburan yang ada di luar sana. Bagi memahaminya dengan lebih terperinci dapatkan buku Hidup Tenang walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya.

Dalam setiap pelaburan ada risikonya, kita dapat mengurangkan risikonya dengan banyak membaca buku yang berkaitan dengan perlaburan yang kita ingin ceburi.

Tahniah dan selamat berjaya.

Di alu-alukan tetamu blog bagi memberikan pandangan.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

4 comments on “Surat Pembaca : Menggandakan Wang Saya”

  1. Zulkifli Bin Ismail Reply

    Salam En Shamsul,

    Sudahkah encik Shamsul menyimpan dalam takaful? Bagaimana kalau encik sakit nanti, kalau dengan 100k itu akan cepat habis jika digunakan untuk kos perubatan sedangkan takaful ada banyak plan simpanan untuk hari tua dan dapat membiayai kos perubatan tanpa mengusik duit simpanan tuan. Cuma encik shamsul perlu menyimpan 10 peratus dari gaji encik Shamsul untuk takaful untuk melindungi simpanan encik shamsul dan keluarga encik shamsul.

    Kalau encik Shamsul berminat mahu mengetahui lebih lanjut mengenai takaful sila hubungi saya Zulkifli 012-2256592- Etiqa Takaful consultant.

  2. shamsul (bukan nama sebenar) Reply

    E Zul,

    Saya ada membaca dan mendapat brosur takaful yang bernama “Takaful Warisan” tapi saya tidak sangat faham tentang plan nya. Apa yang hairan (mungkin logik bagi Etika) selepas umur 56, ahli tak perlu mencarum dalam plan itu dan etika akan membuat caruman kepada ahli sehingga umur 80 tahun (matang). Harap en zul dapat perincikan plan takaful tersebut jika kita membuat caruman dengan modal RM555.00 walaupun tanpa perlu ambil plan kesihatan/kematian.

    Terima kasih.

  3. Zulkifli Bin Ismail Reply

    Salam En shamsul,

    Konsep Plan warisan ( simpanan Hari tua ) adalah menggalakan simpanan disamping perlindungan berasaskan konsep takaful. disamping itu, dia ada jugak manfaat lain contoh: kematian, keilatan kekal menyeluruh ( kematian bukan sebab kemalangan ) dan manfaat tambahan lain ada jugak seperti kematian sebab kemalangan, elaun harian hospital, penyakit kritikal dsb. dan kita ada 3 pilihan untuk encik sama ada nak menyimpan sampai umur 55,60,65 sahaja. dan katakan lah encik memilih untuk menyimpan sampai 55, EtiQa akan membayar dari tempoh matang ( 55 thn ) tersebut sampai umur 88 tahun selagi hayat encik masih ada dalam tempoh itu dan jika berlaku apa2 pada encik seperti penyakit kritikal, kematian disebabkan kemalangan pewaris akan dapat pampasan jugak dan pembayaran oleh etiqa akan terhenti disitu. Tentang modal yang encik katakan itu, kalau dalam ni memang tak dapat nak cerita lah sebab saya perlu tunjukkan butir2 lengkap ( quotation ) supaya encik dapat gambaran lebih jelas lagi. atau kita perlu berjumpa atau encik boleh berjumpa saya.

  4. shamsul (bukan nama sebenar) Reply

    En zul,

    Apa maksud en zul untuk ayat ini “EtiQa akan membayar dari tempoh matang ( 55 thn ) tersebut sampai umur 88 tahun selagi hayat encik masih ada”?

    Kedua, sekiranya saya tanam RM555 setiap bulan, berapa keuntungan saya capai/peroleh pada usia 55 tahun nanti (kini umur saya 31thn)?

    Ketiga, bila pembahagian dividen diumumkan oleh EtiQa untuk Takaful Warisan ini?

    ini email saya: asaputra2002@gmail.com

Leave a Reply to Zulkifli Bin Ismail Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *