Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-settings.php on line 472

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-settings.php on line 487

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-settings.php on line 494

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-settings.php on line 530

Strict Standards: Declaration of Walker_Page::start_lvl() should be compatible with Walker::start_lvl(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 594

Strict Standards: Declaration of Walker_Page::end_lvl() should be compatible with Walker::end_lvl(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 594

Strict Standards: Declaration of Walker_Page::start_el() should be compatible with Walker::start_el(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 594

Strict Standards: Declaration of Walker_Page::end_el() should be compatible with Walker::end_el(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 594

Strict Standards: Declaration of Walker_PageDropdown::start_el() should be compatible with Walker::start_el(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 611

Strict Standards: Declaration of Walker_Category::start_lvl() should be compatible with Walker::start_lvl(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 705

Strict Standards: Declaration of Walker_Category::end_lvl() should be compatible with Walker::end_lvl(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 705

Strict Standards: Declaration of Walker_Category::start_el() should be compatible with Walker::start_el(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 705

Strict Standards: Declaration of Walker_Category::end_el() should be compatible with Walker::end_el(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 705

Strict Standards: Declaration of Walker_CategoryDropdown::start_el() should be compatible with Walker::start_el(&$output) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/classes.php on line 728

Strict Standards: Redefining already defined constructor for class wpdb in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/wp-db.php on line 306

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/cache.php on line 103

Strict Standards: Redefining already defined constructor for class WP_Object_Cache in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/cache.php on line 425

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/query.php on line 21

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/theme.php on line 623

Strict Standards: Redefining already defined constructor for class WP_Dependencies in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/class.wp-dependencies.php on line 15

Strict Standards: Non-static method authoravatars::init() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/author-avatars/author-avatars.php on line 10

Strict Standards: Redefining already defined constructor for class ngg_Tags in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/lib/nggallery.lib.php on line 485

Warning: session_start(): Cannot send session cookie - headers already sent by (output started at /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-settings.php:472) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/quick-shop/quickshop.php on line 19

Warning: session_start(): Cannot send session cache limiter - headers already sent (output started at /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-settings.php:472) in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/quick-shop/quickshop.php on line 19

Strict Standards: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, non-static method authoravatars::widget_register() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/plugin.php on line 311
Membina Dimensi Sebenar di www.shamsuddinkadir.com » 2008 » October
Strict Standards: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, non-static method authoravatars::print_css_link() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-includes/plugin.php on line 311

Archive for October, 2008

Tetamu SK: Kena Buat Hutang Kerana Tiada Rekod


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Salam Encik,

Saya hendak kahwin, dan hendak pinjam duit dengan bank. Tetapi bank tidak bagi coz saya ‘clean’. Tidak pernah buat pinjaman. So saya bercadang hendak ambil kredit kad untuk approve yang saya ada track record baik untuk buat pinjaman. Atau saya bercadang ambil kereta baru.  Dncik ada apa-apa cadangan?

Strawberry

———————–

Salam Cik Strawberry,

Dunia menjadi semakin pelik apabila ada bank yang meminta Cik Strawberry membuat hutang yang tidak perlu terlebih dahulu bagi dipertimbangkan untuk mendapatkan satu pinjaman lain. Langkah ini sudah pasti akan menjeratkan Cik dalam bebanan hutang yang membuatkan Cik semakin ‘miskin’.

Saya tidak bersetuju dengan langkah membuat hutang lain bagi memenuhi keperluan membuat pinjaman peribadi itu. Ianya bakal menjadi permulaan barah yang boleh meretakkan hubungan ‘perkahwinan’ dan juga mengugatkan ketenangan hidup berkeluarga.

Saya juga tidak bersetuju mengambil pinjaman peribadi untuk berkahwin. Kerana itu adalah langkah permulaan bahawa kehidupan selepas ini adalah di luar batasan kemampuan. Kita akan hidup dengan berhutang satu demi satu.

Shamsuddin Kadir

Diari SK : Kursus Dimensi II di PSMB


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Jika diizinkan oleh Allah, saya akan menjayakan kursus Dimensi Diri II di Pembangunan Sumber Manusia Berhad mulai esok 31 Okt sehingga 1 Nov 2008. Seramai 29 peserta akan menyertainya. Puan Fiza adalah fasilitator yang akan membantu saya melancarkan perjalanan kursus 2 hari ini.

Kursus ini akan di adakan untuk sesi kedua pada 21 dan 22 November nanti, bilangan peserta juga kekal dengan 29 peserta. Berkemungkinan besar saya tidak dapat mengemaskini halaman blog ini, walau bagaimanapun saya akan cuba mencari masa terluang bagi membaca komen ataupun pandangan daripada tuan dan puan semua.

Tetamu SK: Produk SK Buku atau Ebook?


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Assalamua’laikum wbt…

Saya Amir Azros dari Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
 
Saya ingin bertanya kepada saudara Sham, adakah produk yang saudara sham merupakan buku. Tidak adakah ebook? Jika ada, bagaimanakah caranya untuk saya dapatkannya?

————————

Waalaikummusalam saudara Amir.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada saudara dan tetamu SK dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak dan di lindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Amin.

Pertama-tamanya terima kasih di atas pertanyaan di atas. Sehingga ke hari ini, Shamsuddin Kadir hanya menyediakan informasi dan kemahiran berkenaan dengan kewangan dalam bentuk buku dan juga modul ceramah dan kursus. Pihak Shamsuddin Kadir ada merancang dan akan berusaha bagi menyediakan ebook bagi topik yang sesuai pada tahun 2009 nanti. Insyaa-Allah ebook yang pertama itu bakal diberikan secara percuma sahaja, sebagai usaha memandaikan insan.

Terima kadih di atas kehadiran saudara sebagai tetamu di SK.com.

Shamsuddin Kadir

Hidup Tenang Dalam Kegawatan Ekonomi


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Sekali ombak datang, sekali pasir berubah, begitu juga dengan kehidupan harian kita yang mendapat kesan dari ekonomi yang gawat. Adakah kita masih boleh hidup tenang walaupun dalam keadaan ekonomi dunia gawat? Setiap individu melontarkan pertanyaan ini apabila membaca tajuk entri pada kali ini.

Sebenarnya, kita masih boleh hidup tenang, jika kita berbelanja mengikut keperluan ‘manusia’ dan bukannya keperluan gaya hidup yang ingin menunjuk-nunjuk. Sebagai manusia berapa pinggan makanan yang dapat kita makan bagi setiap sarapan pagi ataupun makan malam? Paling maksimun 2-3  kali sahaja. Nafsu makan tidak terhad sehingga 3 pinggan sahaja.

Lihat kepada kereta kita,

 

  • Adakah kereta yang kita miliki itu adalah kereta yang dibeli dengan mengambil pinjaman tidak lebih daripada 4 tahun sahaja?

Lihat kepada rumah kita,

 

  • Adakah rumah yang dimiliki itu dibeli dengan mengambil pinjaman tidak lebih daripada 20 tahun sahaja?

Lihat kepada hiasan di dalam rumah kita,

 

  • Adakah setiap hiasan yang kita beli itu amat perlu di dalam mencapai kehidupan yang bahagia?

Lihat kepada perabut, peralatan elektrik yang kita miliki,

 

  • Adakah setiap pembelian itu dibuat bagi memenuhi keperluan ataupun ianya dibeli kerana bagi menunjukkan status kita kepada tetamu?

Lihat kepada aksesori yang ada pada kita (hp, handbag, cermin mata, jam, kasut, cincin, gelang, rantai…)

 

  • Adakah ianya adalah model, nilai minimun yang perlu kita bayar bagi menikmati hidup dalam masyarakat?

Contohnya : Jam yang berharga ratusan ringgit sudah cukup untuk membantu kita memaklumkan tentang masa 24 jam sehari tanpa terlewat sesaat. Adakah dengan membeli jam yang berharga ribuan ringgit membantu kita mendapat 1 jam ekstra setiap hari, supaya kita ada 25 jam sehari?

Kesimpulan, setiap keperluan itu ada titik iaitu had, di mana apabila perbelanjaan ditingkatkan ataupun ditambah ianya tidak mampu memberikan kebaikan kepada kita, yang mampu diberikan hanyalah membesarkan keegoaan kita. Begitu juga dengan rumah, kereta.

Adakah rumah yang ada 20 bilik lebih baik daripada rumah yang ada 4 bilik, walaupun hanya kita seorang yang akan tinggal di dalam rumah tersebut?

Begitu juga dengan handphone ada orang yang membeli handphone yang ‘canggih’ tetapi tidak sebenarnya mengunakan fasilitinya yang ekstra itu, seperti kemudahan emel dan faks.

Begitu juga dengan individu yang suka mengupgradekan komputer mereka dengan membeli yang baru apabila ada model yang lebih canggih. Upgrade itu perlu jika ianya mengugat ataupun membantut dalam usaha meningkatkan kualiti hidup kita. Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti hidup? Saya telah membicarakannya dalam motivasi pagi di TV3 secara terperinci.

Lihat kereta kita, adalak kita membeli kereta itu kerana ianya selamat, ianya memenuhi keperluan kita ataupun sebenarnya ianya memenuhi keegoan kita?

Tiada satupun tindakan yang dibuat bagi memenuhi keegoaan kan menjadikan hidup kita tenang sewaktu gawat melanda.

Jangan hidup di dalam keegoaan jika takut dilanda gawat. Jangan membina rumah di tepi pantai jika takut di landa ombak.

ISNIN 10 Nov: Hidup Tenang Walaupun Berhutang di MHI


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Syukur, segmen bicara buku Buat Duit Dengan Rumah yang  ke udara secara live di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 berjalan lancar. Moderator bagi segmen itu adalah gandingan Tuan Mazidul dan Cik Abby yang tidak asing lagi.

 Malaysia Hari Ini   Selepas program itu, Tuan Roslan (PTS) dan saya menemui Cik Nita, staff TV3 yang bertanggungjawab memastikan rakaman motivasi pagi (kewangan) untuk dua episod berjalan lancar. Alhamdulilah, kedua-dua episod itu sudah ditayang pada bulan Oktober ini. Tajuknya adalah ‘Antara Keperluan dan Kehendak’ dan ‘Menangguh Kepuasaan’. Terima kasih Cik Nita. Alhamdulilah, petang tadi saya menerima  SMS dari Cik Nita yang beliau sudah memaklumkan tentang saya kepada penerbit rancangan Wanita Hari Ini (WHI).

Selepas itu kami mengadakan pertemuan dengan Puan Nuraffenda selaku penerbit MHI yang telah menjemput saya bagi membicarakan buku tersebut. Ini adalah hasil usaha yang dirancang oleh Tuan Roslan Md Isa selaku Eksekutif Pemasaran PTS. Alhamdulilah di dalam perbincangan yang sekejap itu membuah hasil yang tidak disangka-sangka. Puan Nuraffenda menjemput saya untuk membicarakan tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ pada 10 November 2008 bersamaan hari Isnin di dalam segmen MHI.

Cik Nita juga memaklumkan rakaman episod Motivasi Pagi yang seterusnya akan bermula pada awal tahun 2009 nanti. Terima kasih kepada Tuan Mohd. Fasil selaku penerbit yang terus menerus memberikan kepercayaan.

Semoga setiap peluang dan ruang yang diberikan oleh TV3 ini dapat saya gunakan bagi berkongsikan pengalaman dan pengetahuan kepada para penonton TV3. Semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita semua. Amin.

Terima kasih juga kepada semua penonton MHI yang menghubungi saya ketika di dalam segmen bicara buku itu. Mohon maaf saya tidak dapat memberi jawapan yang panjang lebar, kerana kesuntukan masa.

Bestseller di MPH - Local Non-Fiction


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Syukur buku Buat Duit Dengan Rumah di tangga ke tujuh dalam 10 judul bestseller MPH bagi judul tempatan kategori non-fiksyen bagi minggu berakhir pada 12 Oktober 2008.

Terima kasih di atas sokongan semua individu yang memuliakan institusi ilmu. Semoga setiap pembaca yang membaca buku ini akan mendapat manfaat dan juga membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik, lebih senang dan mendapat limpahan kebaikan yang datang mendadak. Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.

Saya mendapat maklumat tentang buku ini di halaman web pengerusi eksekutif PTS, iaitu Puan Ainon Mohd.

Insyaa-Allah saya akan ke udara di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, esok pagi bagi membicarakan buku Buat Duit Dengan Rumah. 

Terima kasih tidak terhingga kepada semua. Insyaa-Allah satu lagi buku untuk membantu kanak-kanak mencipta angan-angan yang diredhai oleh Tuhan akan terbit di pasaran pada minggu pertama bulan November nanti.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Motivasi Pagi Di TV3 - Menanguh Kepuasaan


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Salam kepada semua,

Mohon maaf saya tidak dapat memaklum tentang tarikh siaran ‘Menanguh Kepuasan’ yang disiarkan hari ini, 25 Oktober 2008, kerana saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh ianya akan disiarkan. Saya hanya mengetahuinya setelah dihubungi oleh seorang sahabat saya pada pagi ini.

Insyaa-Allah, motivasi kewangan di TV3 akan ke udara lagi di masa hadapan. Sebarang pandangan dan komen amatlah di alukan. Ataupun cadangan tajuk-tajuk untuk segmen motivasi di masa hadapan.

Diari SK : Muncul Di MHI TV3 Selasa Ini


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Alhamdulilah, pagi tadi  Puan Nuraffenda Ibrahim penerbit Malaysia Hari Ini, TV3 telah menghubungi  Tuan Roslan Md Isa, bagi menjemput penulis buku Buat Duit Dengan Rumah .

 untuk ke udara dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).Berikut adalah maklumat terkini berkenaan slot bicara buku Buat Duit Dengan Rumah ;

Tarikh; 28 Oktober 2008 (Selasa)

Masa;   Sekitar jam  7.00 - 8.00 pagi.

Kepada semua pelawat dan tetamu www.shamsuddinkadir.com, yang ada kelapangan bolehlah mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan buku itu di TV3 pada hari selasa ini.

Semoga bicara buku itu nanti memberikan manfaat yang terbaik kepada semua penonton nanti, Insyaa-Allah.

Di sini saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak TV3 melalui Puan Nuraffenda Ibrahim untuk rancangan bicara buku di  Motivasi Hari Ini. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Surat Pembaca : Buku Motivasi Bagi Mengukuh Kewangan


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Salam En Shamsuddin,

Untuk pengetahuan En Shamsuddin, saya adalah salah seorang peserta program anjuran pihak tuan bersama Osman Affan yang dikendalikan di ‘****’  Berhad, Kuala Lumpur. Jika tidak silap pada pertengahan Julai 08 yg lepas.   Pada program berkenaan, pihak tuan ada menjual buku Makan Gaji tapi kaya. Dan pada waktu itu saya belum berminat membeli buku tersebut tetapi amat berminat pada program yang dianjurkan oleh pihak tuan.

Sejak kebelakangan ini, suami saya begitu berminat menceburi bidang perniagaan untuk mencari pendapatan yang lebih.
Public Mutual, MLM bisness, sleeping partner, part time dan lain-lain sedang bermain-main di mindanya sekarang.

Walaupun kami berdua mempunyai kerjaya masing-masing, tetapi ianya tidak cukup untuk menampung kos hidup yang tinggi di KL.

Memandangkan suami saya begitu bersemangat utk merubah masa depan kami, jadi saya ingin membantu beliau dengan mencarikan buku-buku motivasi untuk mengukuhkan kewangan keluarga kami.Mungkin itu serba sedikit dapat memberikan semangat kepada beliau.

Pada 13/10/08, saya ada ternampak En Shamsuddin di Hotel ***** sempena Sambutan Aidilfitri, anjuran  ****  Berhad. Dan selepas itu saya ada melayari laman web En Shamsuddin dan berminat untuk membeli buku terbitan pihak tuan.

Apapun, saya akan cuba mencari buku-buku yang dipaparkan di www.shamsuddinkadir.com.

Terima Kasih di atas kesudian tuan memberikan maklumbalas kepada saya. Tahniah di atas kejayaan yang diperolehi tuan sekarang dan semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yg diceburi.

Terima Kasih

Yang Benar,
SMH
***** BERHAD

——————————-

Salam Puan SMH,

Terima kasih di atas sokongan Puan kepada program  kami dan juga terima kasih di atas doa  Puan itu, semoga Allah melimpahkan kepada Puan sekeluarga dengan limpahan yang datang mendadak.

Nama puan amat familiar sewaktu saya menerima emel dari Puan buat pertama kali. Saya mencadangkan kepada puan bagi mendapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ dan ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’. Sebaiknya buku pertama itu dibaca oleh puan dan suami.

Untuk membantu suami dengan mendorongnya adalah dengan mendorong diri  terlebih dahulu dengan banyak membaca buku motivasi, dengan secara tidak langsung impaknya membantu Puan dalam memberi semangat pada suami. Sebaiknya setiap buku yang kita baca, kita kongsikan dengan pasangan, supaya masing-masing mendapat manfaatnya.

Mungkin puan juga boleh menerapkan ciri-ciri ‘berniaga’ kepada anak-anak mulai sekarang dengan menghadiahkan kepada mereka buku ‘Biskut Ajaib’.

Saya amat gembira sekali jika dapat bertemu dengan Puan pada majlis sambutan hari raya di hotel tersebut. Semoga kita mempunyai kesempatan di masa akan datang nanti.

Surat Pembaca : Kad Kredit Satu Keperluan?


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Assalamualaikum
 
En Shamsuddin ,
 
Saya telahpun membaca blog mengenai kad kredit.Saya setuju dengan penulisan itu. Sebenarnya saya memang mengalami dilema mengenai kad kredit ini. Sejak saya mula bekerja , saya memang tidak pernah menggunakan kemudahan kad kredit, kerana takut tidak dapat mengawal perbelanjaan. Walaupun ramai sales reps credit card menjengah ke office kononya untuk emergency dan balik rayalah, untuk trial saja lah, tiada monthly interest lah etc..saya tetap dengan pendirian saya. Saya hanya menggunakan kad debit apabila berbelanja dapur di pasaraya.

Saya sendiri melihat rakan sekerja yang mempunyai sehingga 5 kad kredit dan hutang kad kredit mereka ada yang mencecah ribuan ringgit sehinggakan apabila dapat penyelarasan gaji atau claim terpaksa diagihkan kepada pembayaran kad kredit.Kadangkala membuatkan saya tercengang. Dan pengalaman saya ke Germany baru-baru ini apabila tiada kad kredit saya dapat berbelanja mengikut perancangan yang telah saya buat sebelum berangkat  berbanding rakan saya yang mempunyai kad kredit.
 
Tetapi kadangkala dengan ketiadaan kad kredit telah menyukarkan saya membuat pembelian secara online seperti menempah tiket kapal terbang /dan membayar yuran persidangan luar negara memandangkan spek kerja saya memerlukan saya ke luar negara hampir setiap tahun. kadangkala saya telah mengalami kerugian kerana tidak dapat mengejar early bird registration fee kerana terpaksa membuat pembayaran on site dsbg. Adakah kad kredit yang boleh me’limit’kan penggunaan kita kepada yang amat minima?
 
Mengenai ceramah akan datang saya akan memberi surat jemputan yang baru. Cuma saya ingin cadangan Tuan tajuk yang amat ‘catchy’ agar menarik pendengar datang kerana saya memang ingin mereka menafaat dari talk Tuan.
 
Sekian
Terima kasih

DRBB

—————————–

Skim Cepat Kaya Menunggu Mangsa Seterusnya


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Pernah saya terfikir sampai bila Skim Cepat Kaya akan wujud, ianya seperti menanyakan sampai bila orang akan berjudi? Sifu saya pernah memberitahu bahawa orang yang suka berjudi ataupun terlibat dengan Skim Cepat Kaya adalah orang yang merasakan selepas ini adalah giliran mereka memenangi judi ataupun menjadi kaya. Semakin mereka terlibat dengan Skim Cepat Kaya semakin tinggi harapan dan perasaan bahawa mereka sudah semakin hampir menjadi kaya.

Sebelum ini saya juga ada memaklumkan ke dalam blog ini, supaya kita tidak membaca sebarang flyer yang berkaitan dengan skim cepat kaya. Ini bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan kata-kata ‘perangkap’ yang ada di dalam flyer. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya, itu yang menyebabkan ada lagi yang masuk dalam perangkap.

Satu daripada dilema yang saya hadapi adalah lambakan flyer di dalam peti surat rumah dan juga lambakan emel yang berjudul seperti :

  • Ingin duit raya

  • buat duit

  • tambah pendapatan

  • kaya cepat

  • dan banyak lagi

semuanya membuatkan saya terpaksa membazir masa untuk memadam ‘delete’ emel-emel yang tak berkenaan. Saya tidak akan membacanya, kerana jika saya membuka satu per satu saya tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan.

Selagi kita tidak mengelakkan diri dari membuka emel ataupun membaca flyer, selagi itu peluang untuk kita ‘terpengaruh’ adalah amat tinggi sekali.

Elakkan menjadi mangsa Skim Cepat Kaya, dengan rajin berusaha bagi mencari duit secara praktikal.

Komen Pembaca : Blog Ini Menjadi Emel Berantai?


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Salam Encik Shamsuddin.

Bila terima email dari rakan saya sebulan yang lalu, terkejut juga saya kenapa dia war-warkan untuk beli Buku Buat Duit Dengan Rumah, siap dengan gambar dan slogan `Baca Buku Ini, Anda Akan Untung Besar Tidak Lama Lagi’.

Saya terus menghubungi beliau dan bertanyakan email berantai ke ini atau cik puan ni dah buka kedai buku ke, katanya tidak, beli dan baca dulu baru tahu.

Syabas Encik Shamsuddin, buku ini adalah buku garis panduan terbaik jika ingin memiliki timbunan harta. Bahasa dalam buku ini mudah difahami.

HS

———————————–

Salam Cik Puan HS,

Terima kasih di atas makluman ini, adalah menjadi harapan saya supaya ada tetamu blog ini yang merasakan blog ini berguna agar menjadi Agen Perubahan. Di mana Tuan dan Puan menyebarkan maklumat-maklumat berguna kepada mereka, agar mereka turut meningkatkan diri dengan ilmu kewangan.

Alhamdulilah, walaupun emel berantai yang Cik Puan dapat itu berkenaan dengan buku saya, sekurang-kurangnya mesej itu sedikit sebanyak menyatakan keperluan setiap orang bagi mempelajari dan mempratikkan ilmu kewangan yang dipelajari.

Tazkirah Dilema Muslim Di Masjid TTDI Jaya


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Akhirnya, tazkirah pada pagi ini membicangkan Dilema Muslim yang dinyatakan di dalam manuskrip draft Dilema Muslim yang bakal diterbitkan, Insyaa-Allah pada awal January 2009 nanti.

Hanya beberapa isu yang dapat dikupaskan dalam masa 1 jam. Alhamdulilah, sambutan amat memuaskan apabila beberapa orang mendapatkan saya selepas majlis bagi membeli buku Dilema Muslim. Saya memberitahu mereka buku itu belum siap, ianya hanya dibentangkan buat pertama kali, bagi mendapatkan pandangan ahli kariah.

Hanya 2-3 naskah sahaja buku yang tidak terjual. Antara buku selain daripada buku saya yang turut saya jual adalah :

  • Travelog Haji

  • Supaya Poket Tidak Kosong Lagi

  • Mendidik Anak Urus Wang

Ada lagi buku-buku lain akan menyusul dalam tazkirah bulan depan. Ustaz Razak yang juga pemilik restoran SS di Kg Dato Haron memaklumkan bulan depan disambung dengan tajuk yang sama iaitu ‘Dilema Muslim’.

Terima kasih di atas sokongan ahli kariah Masjid TTDI Jaya di atas konsep pemikiran yang dipertonjolkan di dalam bakal menjadi buku bertajuk ‘Dilema Muslim’.

Diari SK: Menghadiri Jobsbroadway.com ‘Gathering’


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Semalam, Sabtu pagi saya berada di Mid Valley tingkat 3 bagi menghadiri gathering yang dianjurkan oleh JobsBroadway.com. Saya berada di sana atas jemputan Encik Nick Cheng, Ketua  Pegawai Eksekutif Jobsbroadway.com, sejumlah 250 orang dijemput dari kalangan ‘jobseekers’. 

Saya menjemput kawan baik sejak tadika untuk turut serta. Terima kasih kepada Nick dan Sam di atas cenderahati dan jemputan.

Kepada graduan ataupun wargakerja yang ingin mencari pekerjaan ataupun mahu mendapatkan maklumat terkini, boleh layari www.jobsbroadway.com. Halaman itu juga sebagai alternatif kepada halaman mencari kerja yang ada di dalam pasaran hari ini.

Antara Berita Gembira dan Sedih


Strict Standards: Non-static method nggallery::get_option() should not be called statically in /home/shamsudd/public_html/v2009/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggfunctions.php on line 10

Semalam saya mendapat 1 berita daripada Puan Khalilah PTS yang bertanggungjawab menguruskan akaun para penulis yang berpayung di bawah kumpulan PTS. Saya menghubunginya bagi memaklukam saya ingin mengambil stok baru untuk buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’, kerana saya ada program ceramah di UKM di Jalan Raja Muda Aziz, KL pada hari Jumaat ini.

Beliau memaklum kepada saya sehari sebelum itu ada pelanggan datang bagi mendapatkan stok buku tersebut, apabila mereka menyelongkar stor PTS, mereka hanya dapat menjumpai 1 naskhah sahaja. Ini bererti buku itu sudah habis licin di stor PTS, ini bermakna buku itu ‘akan dicetak lagi’. Sehigga kini buku itu sudah dua kali dicetak dan telah diterbitkan di Indonesia di dalam bahasa Indonesia dengan tajuk ‘Hidup Tenang Walau Berutang’.

Syukur berita ini amat mengembirakan saya, kerana sudah semakin ramai masyarakat kita membaca buku kewangan, semoga semua pembaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ itu mendapat manfaat yang terbaik dari buku tersebut. Saya juga gembira apabila semakin ramai kaum hawa sudah mula suka membaca buku-buku kewangan.

Tetapi berita stok buku itu habis bermaksud tiada lagi usaha bagi memandaikan, mencelikkan masyarakat dapat disampaikan berkenaan dengan kewangan diri, risikonya berhutang untuk barangan kehendak. Itu yang menyedihkan saya.

Esok saya akan menyampaikan kuliah subuh di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam, saya sudah merancang untuk membawa buku itu bersama.

Semoga ianya memudahkan Pengurus Jualan PTS, Tuan Zaharin bagi meluluskan dan memudahkan supaya buku ini dapat di ulang cetak dalam masa terdekat ini.