Bank Negara Serbu Syarikat Skim Cepat Kaya

Kuala Lumpur 13 Oktober 2008. Bank Negara Malaysia telah menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya yang beroperasi melalui internet.  Syarikat-syarikat itu disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram.

Dapatkan akbar tempatan hari ini bagi mengetahui syarikat yang terlibat. Satu daripada syarikat yang terlibat itu mempromosikan iklan mendapatkan pelanggan melalui cermin kereta belakang.

Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, melarang mana-mana individu yang tidak ada lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Tuan dan Puan yang ingin  mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit boleh melayari laman web BNM di www.bnm.gov.my.

Ramai masih terlibat dengan perlaburan yang berlandaskan Skim Cepat Kaya. Konsep yang diperkenalkan oleh Pak Man Telo  masih sama cuma ianya dipermodenkan apabila ia mencari mangsa melalui internet dan telefon.

Simpan ataupun laburkan di dalam skim pelaburan yang dikendalikan oleh bank ataupun institusi yang benar-benar sah di sisi Bank Negara Malaysia.

Jangan terlalu percaya cakap mulut yang diberitahu sama ada oleh saudara, sahabat, jiran, rakan sekerja dan sebagainya bahawa perlaburan mereka sah, ada lesen dari Bank Negara dan sebagainya. Rujuk kepada halaman web Bank Negara terlebih dahulu bagi melihat sama ada syarikat tersebut ada di dalam senarai yang mendapat lesen ataupun hubungi Bank Negara bagi mendapatkan kepastian. Jangan ‘percaya’ dengan dokumen yang ditunjukkan, hampir semua dokumen yang ada di dalam dunia hari ini boleh di buat salinan dan diubah atas kecangihan teknologi.

Insyaa-Allah buku ‘Dilema Muslim’ akan mencuba sedaya upaya sampai bila-bila bagi menangani kerugian yang tidak perlu dihadapi oleh setiap manusia yang berbangsa Muslim.

Hampir setiap kali saya dijemput membuat ceramah ataupun kursus di organisasi saya akan tekankan akan perangkap-perangkap yang ada di dalam pasaran, namun informasi itu masih belum sampai kepada semua orang. Itu yang menyebabkan masih ada orang yang suka ‘ditipu’. Jika kita tidak bijak, kita akan ditipu oleh orang yang lebih bijak daripada kita.

5 comments on “Bank Negara Serbu Syarikat Skim Cepat Kaya”

  1. Zamri Mohamad Reply

    Saya ada pengalaman menyelidik sebuah syarikat. Pada awalnya seorang guru menyarankan rakannya menyertai sebuah syarikat MLM, tetapi tak perlu beli barang dan hanya deposit wang, kemudian dapat keuntungan.

    Memang banyak duit yang diperolehinya dan ditunjukkan bukti. Tetapi apabila saya baca modus operandinya, ia sudah jadi semacam skim pelaburan dan MLM. Dengan alasan kalau tak mahu menjual, labur sedikit modal untuk orang lain gerakkan MLM.

    Macam-macam gambar ditunjuk dalam laman webnya. Ada kedai runcit, restoran, bisnes angkut pasir dan industri pun ada.

    Saya tidak sedap hati lalu hubungi nombor yang tertera. Itu pun selepas baca laman web rasmi Bank Negara dan Kementerian Perdagangan berkaitan lesen MLM dan lesen untuk mengutip wang bagi tujuan dana pelaburan.

    Saya telefon dan minta nombor rujukan lesen bagi pengesahan. Rupa-rupanya laman web itu adalah laman web ahli biasa dan bisnes itu sendiri tidak ada laman web rasmi.

    Beliau beri nombor syarikat berkenaan. Saya telefon dan bertanyakan perkara yang sama. Yang menjawab telefon terpinga-pinga. Seolah-olah dia tidak tahu kewujudan dua jenis lesen yang dikeluarkan oleh dua entiti berkenaan.

    Kemudian beliau jemput saya ke program briefing untuk jelaskan perjalanan bisnes. Saya masih mahu dua perkara tadi. Akhirnya dia minta saya hubungi pengasas syarikat berkenaan.

    Aduhai, selepas itu saya sms guru yang sedang dipujuk rayu oleh rakan segurunya, “Jangan masuk. Mencurigakan.”

    Hairan, mengapa begitu susah nak dapatkan pengesahan sampai hendak ke pengasasnya. Adakalanya ada perniagaan yang jujur tapi melompat-lompat. Akhirnya diserbu sebab tidak ikut peraturan.

    Nota: Saya masih tidak berpuas hati dengan etika bisnes dalam cerita di atas sehingga ke hari ini.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

  2. Azemi Ali Reply

    Salam.

    Orang Melayu banyak duit tapi suka masuk skim cepat kaya. Yang Kaya Pak Man Telo dan yang seangkatan dengannya. Yang melabur macam itu juga, tak kaya-kaya.

    Kan ke baik duit tu melabur beli rumah ke? kedai ke? apa macam Tuan Sham kita kata dalam buku-bukunya.

    Tapi Melayu mudah lupa, Melayu suka skim cepat kaya. Nak beli buku tak sampai RM20.00, mahal katanya, tapi melebur duit RM20,000.00 tak apa.
    Itulah dia manusia, jadi hamba nafsu ke?

    http://www.azemiali.blogspot.com

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam kepada sahabat,

    Inilah dilema yang masih di hadapi oleh sebahagian daripada masyarakat Islam Malaysia.

    Kerana terlalu ‘taksub’ dengan peluang mencari duit yang banyak, kadangkala kita terlupa siapa diri kita dan kenapa kita sanggup mengadaikan ‘nilai’ hidup bermaruah.

    Apabila kita ditipu, mulalah kita mencari alasan.

    Satu daripada tips yang saya selalu ingatkan kepada diri saya dan kepada semua adalah ‘jangan baca flyer yang tidak berkenaan’ dalam bahasa lain, jangan baca flyer yang dihantar oleh ‘ah long’ dan juga ‘skim-skim cepat kaya’.

    Sebenarnya ada perangkap dalam kata-kata yang ada di dalam flyer itu bagi membuatkan kita tertipu.

    Benar kata saudara Azemi, dengan hanya RM 20 kita sebenarnya menjimatkan duit lebih daripada RM20,000. Peluang memandaikan diri kita dengan membaca.

  4. kart Reply

    Salam Tuan Sham.

    Saya ada seorang rakan sepejabat yang tak pernah serik melabur dalam Skim Cepat Kaya, dah banyak kali tertipu tetapi masih melabur lagi. Ada juga saya menasihatinya tapi sia-sia saje. Sekarang saya panggil beliau dengan gelaran `Orang Kaya’, yang anehnya dia tidak pernah marah bila saya panggil beliau `Orang Kaya’. Saya berdoa semoga impian beliau untuk menjadi orang kaya benar-benar termakbul tapi dengan jalan yang diredhai ALLAH.

  5. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam Kart,

    Saya pernah berbincang dengan Tuan Zamri (rakan penulis) berkenaan isu di atas, beliau mencadangkan supaya memanggil sahabat Kart itu sebagai Orang Kaya KT. Apabila dia ataupun kawan lain bertanya apa yang dimaksudkan dengan KT, terang kepada mereka KT itu bermaksud KENA TIPU.

Leave a Reply to Azemi Ali Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *