Bestseller di MPH – Local Non-Fiction

Syukur buku Buat Duit Dengan Rumah di tangga ke tujuh dalam 10 judul bestseller MPH bagi judul tempatan kategori non-fiksyen bagi minggu berakhir pada 12 Oktober 2008.

Terima kasih di atas sokongan semua individu yang memuliakan institusi ilmu. Semoga setiap pembaca yang membaca buku ini akan mendapat manfaat dan juga membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik, lebih senang dan mendapat limpahan kebaikan yang datang mendadak. Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.

Saya mendapat maklumat tentang buku ini di halaman web pengerusi eksekutif PTS, iaitu Puan Ainon Mohd.

Insyaa-Allah saya akan ke udara di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, esok pagi bagi membicarakan buku Buat Duit Dengan Rumah. 

Terima kasih tidak terhingga kepada semua. Insyaa-Allah satu lagi buku untuk membantu kanak-kanak mencipta angan-angan yang diredhai oleh Tuhan akan terbit di pasaran pada minggu pertama bulan November nanti.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

3 comments on “Bestseller di MPH – Local Non-Fiction”

  1. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima kasih di atas sokongan Puan Rafidah dan Tuan Nimoiz.

    Saya yakin, sokongan ikhlas itu adalah sebahagian dari apa yang mengembirakan kehidupan sebenar Tuan dan Puan.

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *