Buku Buat Duit Dengan Rumah Di Akhbar Kosmo

Alhamdulilah, buku Buat Duit Dengan Rumah di paparkan di dalam akhbar Kosmo hari ini. Saya menerima sms ” Salam, akhbar Kosmo papar buku Buat Duit Dengan Rumah, muka surat 25″ yang dihantar oleh Eksekutif Pemasaran PTS, Tuan Roslan Md Isa sebentar tadi. Insyaa-Allah saya akan dapatkan senaskah sekejap lagi. Terima kasih kepada editor, pengulas dan akbar Kosmo. Akhbar Kosmo juga yang mempamerkan buku saya yang pertama iaitu Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Terima kasih di atas sokongan.¬†

Buku Kaya Dengan Rumah juga mendapat ulasan di Utusan Malaysia pada awal bulan Ogos 2008.

 Kepada Tuan dan Puan yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh dapatkan akhbar Kosmo hari ini, Selasa, 14 Oktober 2008.

Kepada yang sudah membaca buku itu dan ingin memberikan pandangan, sila tinggalkan di halaman komen yang diberikan.

Terima kasih juga di sini saya ajukan kepada pembaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sehingga kepada setiap buku yang telah saya tulis itu. Jika bukan kerana sokongan Tuan dan Puan, usaha itu mungkin sudah tiada lagi. Saya amat menghargainya. Saya juga amat berterima kasih di atas sms, emel dan juga komen yang diberikan pada buku-buku tersebut.

4 comments on “Buku Buat Duit Dengan Rumah Di Akhbar Kosmo”

  1. kart Reply

    Salam Tuan Sham.

    Sinopsis buku `Buat Duit Dengan Rumah’ cukup menarik dalam Akhbar Kosmo.

    Penulis komited membantu masyarakat menyelesaikan hutang dan menanam pelaburan yang menguntungkan SEJAK USIA MUDA.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *