Komen Pembaca : Blog Ini Menjadi Emel Berantai?

Salam Encik Shamsuddin.

Bila terima email dari rakan saya sebulan yang lalu, terkejut juga saya kenapa dia war-warkan untuk beli Buku Buat Duit Dengan Rumah, siap dengan gambar dan slogan `Baca Buku Ini, Anda Akan Untung Besar Tidak Lama Lagi’.

Saya terus menghubungi beliau dan bertanyakan email berantai ke ini atau cik puan ni dah buka kedai buku ke, katanya tidak, beli dan baca dulu baru tahu.

Syabas Encik Shamsuddin, buku ini adalah buku garis panduan terbaik jika ingin memiliki timbunan harta. Bahasa dalam buku ini mudah difahami.

HS

———————————–

Salam Cik Puan HS,

Terima kasih di atas makluman ini, adalah menjadi harapan saya supaya ada tetamu blog ini yang merasakan blog ini berguna agar menjadi Agen Perubahan. Di mana Tuan dan Puan menyebarkan maklumat-maklumat berguna kepada mereka, agar mereka turut meningkatkan diri dengan ilmu kewangan.

Alhamdulilah, walaupun emel berantai yang Cik Puan dapat itu berkenaan dengan buku saya, sekurang-kurangnya mesej itu sedikit sebanyak menyatakan keperluan setiap orang bagi mempelajari dan mempratikkan ilmu kewangan yang dipelajari.

1 comment on “Komen Pembaca : Blog Ini Menjadi Emel Berantai?”

  1. Hajah Hariah Reply

    Salam Saudara Shamsuddin,

    Saya telah pun membaca buku Saudara Shamsuddin `Buat Duit Dengan Rumah’ setelah di promote oleh rakan saya. Buku yang sangat bagus yang memberi inspirasi dan idea yang cukup praktikal untuk menambahkan harta. Walaupun saya penjawat awam tetapi saya cukup berminat dalam business, saya dan suami ada menjalankan business secara kecil-kecilan.

    Sebelum ini saya jarang sekali membaca buku-buku kewangan. Setelah blog Saudara ini diperkenalkan oleh rakan saya, saya menjadi lebih berminat untuk mendalami ilmu kewangan. Buku Biskut Ajaib juga bagus dan sedap dibaca. Anak saya baru berumur dua tahun dah tahu menghargai buku biskut ajaib katanya `antiknya, tu Airishnya ngan bik’, tiap-tiap hari diusungnya buku tu ke hulu ke hilir.

    Hajah Hariah
    Kuantan, Pahang

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *