Tazkirah Dilema Muslim Di Masjid TTDI Jaya

Akhirnya, tazkirah pada pagi ini membicangkan Dilema Muslim yang dinyatakan di dalam manuskrip draft Dilema Muslim yang bakal diterbitkan, Insyaa-Allah pada awal January 2009 nanti.

Hanya beberapa isu yang dapat dikupaskan dalam masa 1 jam. Alhamdulilah, sambutan amat memuaskan apabila beberapa orang mendapatkan saya selepas majlis bagi membeli buku Dilema Muslim. Saya memberitahu mereka buku itu belum siap, ianya hanya dibentangkan buat pertama kali, bagi mendapatkan pandangan ahli kariah.

Hanya 2-3 naskah sahaja buku yang tidak terjual. Antara buku selain daripada buku saya yang turut saya jual adalah :

  • Travelog Haji

  • Supaya Poket Tidak Kosong Lagi

  • Mendidik Anak Urus Wang

Ada lagi buku-buku lain akan menyusul dalam tazkirah bulan depan. Ustaz Razak yang juga┬ápemilik restoran SS di Kg Dato Haron memaklumkan bulan depan disambung dengan tajuk yang sama iaitu ‘Dilema Muslim’.

Terima kasih di atas sokongan ahli kariah Masjid TTDI Jaya di atas konsep pemikiran yang dipertonjolkan di dalam bakal menjadi buku bertajuk ‘Dilema Muslim’.

2 comments on “Tazkirah Dilema Muslim Di Masjid TTDI Jaya”

  1. Hani Suraya Reply

    Salam Encik Shamsuddin.

    Bila terima email dari rakan saya sebulan yang lalu, terkejut juga saya kenapa dia war-warkan untuk beli Buku Buat Duit Dengan Rumah, siap dengan gambar dan slogan `Baca Buku Ini, Anda Akan Untung Besar Tidak Lama Lagi’. Saya terus menghubungi beliau dan bertanyakan email berantai ke ini atau cik puan ni dah buka kedai buku ke, katanya tidak, beli dan baca dulu baru tahu.

    Syabas Encik Shamsuddin, buku ini adalah buku garispanduan terbaik jika ingin memiliki timbunan harta. Bahasa dalam buku ini mudah difahami.

    Hani Suraya

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam Saudari Hani Suraya,

    Terima kasih di atas sokongan yang berterusan. Saya juga telah memuatkan entri saudari di dalam entri utama halaman blog ini.

    Semoga saudari juga meneruskan amalan mewar-warkan ilmu yang bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *