Tetamu SK: Kena Buat Hutang Kerana Tiada Rekod

Salam Encik,

Saya hendak kahwin, dan hendak pinjam duit dengan bank. Tetapi bank tidak bagi coz saya ‘clean’. Tidak pernah buat pinjaman. So saya bercadang hendak ambil kredit kad untuk approve yang saya ada track record baik untuk buat pinjaman. Atau saya bercadang ambil kereta baru.  Dncik ada apa-apa cadangan?

Strawberry

———————–

Salam Cik Strawberry,

Dunia menjadi semakin pelik apabila ada bank yang meminta Cik Strawberry membuat hutang yang tidak perlu terlebih dahulu bagi dipertimbangkan untuk mendapatkan satu pinjaman lain. Langkah ini sudah pasti akan menjeratkan Cik dalam bebanan hutang yang membuatkan Cik semakin ‘miskin’.

Saya tidak bersetuju dengan langkah membuat hutang lain bagi memenuhi keperluan membuat pinjaman peribadi itu. Ianya bakal menjadi permulaan barah yang boleh meretakkan hubungan ‘perkahwinan’ dan juga mengugatkan ketenangan hidup berkeluarga.

Saya juga tidak bersetuju mengambil pinjaman peribadi untuk berkahwin. Kerana itu adalah langkah permulaan bahawa kehidupan selepas ini adalah di luar batasan kemampuan. Kita akan hidup dengan berhutang satu demi satu.

Shamsuddin Kadir

2 comments on “Tetamu SK: Kena Buat Hutang Kerana Tiada Rekod”

  1. Asraf Khalaff Reply

    Assalamualaikum Saudara Shamsuddin.

    Saya mengucapkan terima kasih di atas Hadiah yang saudara berikan yang berupa sebuah buku penulisan saudara sendiri `Buat Duit Dengan Rumah’sempena perkahwinan saya dengan isteri saya Nur Alia Atika pada 26 Okt 2008 lalu di Bandar Baru Bangi. Diantara hadiah-hadiah yang kami diterima, hadiah inilah yang paling berharga bagi saya dan isteri. Saya dan isteri amat-amat menghargainya. Terima kasih saudara Shamsuddin.

    Asraf & Alia Atika

  2. Firdaus Reply

    Tiada alternatif lainkah untuk membuktikan track record yang bagus? Contohnya penyata akaun (bukti cashflow) atau fixed deposit (backing/jaminan)?

Leave a Reply to Asraf Khalaff Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *