Archive for December, 2008

7 Petua Mencapai Azam Kejayaan Tahun Baru

Satu dari kebaikan yang saya pelajari ialah kuasa kejayaan. Sebelum ini kita diberitahu ‘usaha tangga kejayaan’, kegagalan itu satu langkah ke arah mencapai kejayaan’, belajar dari kesilapan yang lalu. Semua itu ‘mungkin’ baik bagi meningkatkan diri kita.

Di sini saya ingin kongsikan 7 Petua mencapai Azam Kejayaan Tahun Baru bersama dengan Tuan dan Puan semua.

Petua yang Pertama:

Bagi kedatangan tahun baru ini 1430H @ 2009, senaraikan segala impian yang kita ingin capai, di atas 12 kertas yang berlainan. Ini bermakna kita ada 13 salinan senarai kejayaan yang kita bakal capai pada tahun baru ini.

Petua yang Kedua:

Simpan 11 senarai kejayaan di dalam satu sampul surat yang bertulis ‘Kuasa Kejayaan’. Tampalkan salinan pertama senarai tersebut di tempat yang kita selalu dapat lihat, sebaiknya di dalam bilik tidur, supaya apabila kita ingin tidur kita terpandang senarai itu dan apabila kita bangun dari tidur kita dengan tidak sengaja terpandang senarai tersebut.

Petua yang Ketiga:

Poskan satu kad ‘Tahniah’ kepada : Tulis nama dan alamat anda di sampul surat kad Tahniah tersebut, dan tulis kata-kata di bawah

“Tahniah di atas kejayaan Tuan/Puan menceburi apa yang Tuan/Puan Impikan”

Sebaiknya hantarkan satu kad berkenaan kepada diri sendiri dengan mengunakan pos Malaysia pada setiap bulan bagi 12 bulan. Lakukan pada awal setiap bulan ataupun pada penghujung setiap bulan.

Petua yang Keempat :

Sertakan satu salinan senarai kejayaan di dalam setiap kad yang diposkan itu. Ini bermakna pada setiap bulan kita akan membuka sampul surat bertajuk “Kuasa Kejayaan’.

Petua yang Kelima :

Doakan pada setiap kelapangan

” Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada semua ahli keluargaku, sahabatku, jiranku, rakan sekerjaku dan semua orang yang dimuliakan oleh Mu, Wahai Allah yang Maha Kaya dan Pemurah”

Petua yang Keenam :

“Bantu dan berikan Inspirasi kepada sebanyak mana individu bagi yang dikenali dan baru dikenali (cari kenalan baru setiap hari, minggu ataupun bulan) agar mereka berjaya mencapai lebih dari apa yang mereka impikan”

Petua yang Ketujuh :

“Bagi Salam sambil memberikan senyuman ‘ikhlas’ kepada seberapa orang yang tidak dikenali yang kita jumpa sama ada di dalam lif, tepi jalan, …. dan kepada yang non-muslim, ucapkan dengan ucapan selamat…. dan berikan juga satu senyuman ‘ikhlas’ kepada mereka. Jika boleh timbulkan ‘dialog’ iaitu komunikasi dua hala

Selamat memiliki kuasa kejayaan tanpa perlu tewas di tengah jalan.

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu yang mencipta dan memiliki semua kejadian ini, hilangkan perkataan ‘tewas’ di dalam hidup setiap individu yang menjadi tetamuku, Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin”

Berhijrah Dari Makan Gaji Pada Tahun 1430H @ 2009

Tahun 1430H @ 2009 kalendar Masihi yang baru dan bakal menemui kita bakal memberikan kita satu lagi impak di dalam kehidupan harian. Impak yang bakal menemui kita adalah bagaimana kita mempersiapkan diri bagi menghadapinya.

Saya menjangkakan Tahun 1430H @ 2009 ini memberikan impak kebaikan kepada setiap individu yang mengambil tindakan mencipta dan mengambil peluang kehadiran tahun baru ini.

Bagi individu yang mengurus kehidupan dengan bersandarkan kepada duit dari sumber gaji boleh membuat dua persediaan.

1. Terus kekal makan gaji di tahun 2009 dan cipta dan ambil peluang menghasilkan pendapatan pasif

ataupun

2. Bersedia untuk berhijrah dari makan gaji di tahun 2009 dengan memulakan langkah mencipta pendapatan lain

Saya merasakan individu yang hidup bersumber makan gaji mudah mendapat impak yang tidak baik apabila tidak ada pendapatan dari sumber lain. Sumber lain yang dimaksudkan tidak semestinya melalui dari bekerja sambilan, bisnes sambilan dan MLM,  ianya adalah pendapatan yang dijana dari hasil wang yang dilaburkan dalam akaun perlaburan seperti di bank, unit amanah dan banyak lagi.

Saya percaya Tahun 2009 juga memberikan kebaikan dan peluang yang teramat banyak kepada individu ‘makan gaji’ yang sebelum ini pernah terfikir ingin ‘berhijrah’. Kebaikan itu adalah Tahun 1430H @ 2009 sedang menanti Tuan dan Puan untuk mencapai ‘kebebasan kedua terbaik’ berbanding kebebasan hakiki yang hanya Allah sahaja yang boleh berikan kepada kita.

Ramai yang masih berkata, orang yang bisnes akan menghadapi risiko yang teruk di tahun 2009, mengikut kajian saya sejak dari kegawatan yang kedua iaitu pada tahun 1997-1998, orang yang makan gaji paling banyak mendapat kesan tidak baik. Manakala orang yang bisnes menerima limpahan kebaikan yang datang mendadak.

Bagaimana ianya boleh berlaku? Persepsi yang kurang tepat mengelakkan kita dari menikmati kesenangan. Persepsi ‘umum’ yang ada pada setiap individu normal menghalang kita daripada melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Ada individu yang dalam dilema sama ada ingin terus kekal makan gaji ataupun berhijrah?  Insyaa-Allah jawapan terbaik bagi merungkaikan dilema itu ada pada 24 Januari 2008, di Taman Permata, Hulu Kelang, iaitu di dalam bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji.

Walaupun kita tidak pernah teringin untuk melihat apa yang berlaku di dalam kelompok orang yang berbisnes, tidak salah jika kita sudi memperuntukkan sebahagian dari masa yang kita ada bagi mengetahui apa yang membuatkan orang yang berbisnes ini ‘gembira teramat sangat’. Pengalaman yang kita akan lalui dalam program ini, mengubah persepsi dan kehidupan kita selama-lamanya.

Beli Buku Secara Online

Salam kepada semua penonton Malaysia Hari Ini di TV3 pada pagi ini. Terima kasih di atas emel, dan komen sokongan dan pertanyaan yang dihantar. Tidak kurang juga penonton yang menelefon.

Insyaa-Allah saya akan membaca satu demi satu emel yang dihantar dan akan melakukan sebaik mungkin bagi membalas semua emel yang dihantarkan pada hari ini.

Bagi Tuan dan Puan yang telah mendaftar bagi membeli buku, Insyaa-Allah saya akan membalas emel dengan menyatakan jumlah bayaran yang perlu dimasukkan secepat mungkin.

Bicara Azam Kewangan 2009 Di TV3

hebahan200812.jpg

Bicara Azam Kewangan pada Selasa 30 Disember 2008 di Malaysia Hari Ini, TV3. Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan pada pagi 30 Disember ini boleh mengikuti bicara tersebut.

Setiap kali menjelang tahun baru, perkara yang tidak dapat ditinggalkan adalah ‘Apakah azam kita pada tahun baru nanti?’ Cuma pada kali ini, kita membicara satu dari cabang azam yang ada iaitu ‘Azam Kewangan 2009′.

Jika diizinkan oleh Tuhan, kali ini kita dapat memperincikan keazaman kita dan memfokus pada ‘kewangan’ yang menjadi sebab paling utama 90 peratus individu yang bekerja.

Semoga bicara ini memberikan manfaat yang terbaik kepada kita semua dalam menikmati hasil yang terbaik dalam mencapai impian kewangan di 2009 nanti.

Saya Tidak Dapat Memasuki Halaman Ini

(DI KEMASKINI) Hari ini, genap 3 hari saya tidak dapat memasuki halaman ini. Saya ingatkan halaman ini down, rupa-rupanya hanya saya seorang yang tidak dapat memasukinya. Saya sudah mengunakan komputer laptop dan desktop saya, tetapi masih tidak berhasil. Akhirnya saya mengambil peluang untuk singgah di kafe siber dan saya berjaya memasuki halaman ini.

Mohon maaf, saya tidak dapat membalas ataupun memberi response segera kepada mana-mana komen ataupun emel yang dihantar ke info@shamsuddinkadir.com.

Bagi sementara waktu, Tuan dan Puan boleh menghantar emel ke shamsuddinkadir@yahoo.com jika ada sebarang urusan yang memerlukan maklumbalas cepat.

Mulai pagi hari ini (Isnin 30 Disember), saya sudah mula dapat mengakses semula halaman ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H

Assalamualaikum (Semoga sejahtera ke atas Tuan dan Puan yang saya muliakan)

Di sini saya ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang sudah memasuki tahun ketiga (3). Saya juga ingin memohon kemaafan di atas kekurangan dan kelewatan memberi response bagi sebarangan urusan yang berkaitan sepanjang tahun 1429H.

Semoga setiap daripada kita mengunakan kesempatan ini bagi menulis azam kita bagi meningkatkan lagi kualiti hidup setiap manusia agar lebih mengenali dan menyayangi Tuhan Allah yang telah menjadikan kita.

Insyaa-Allah pada 30 Disember bersamaan 2 Muharram, saya akan membicarakan berkenaan azam kewangan di saluran TV3. Waktu siaran antara jam 7.00 pagi sehingga 8.30 pagi, dalam rancangan Malaysia Hari Ini.

Semoga kita mempersiapkan langkah bagi mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain. Saya juga akan turut berhijrah pada tahun yang mulia ini.

Semoga Allah memberikan cahaya kepada Tuan dan Puan agar sentiasa menikmati cahaya iman dan bahagia di dalam jalan yang diredhainya. Semoga Ibubapa kita juga diberikan limpahan kebaikan sepanjang masa. Amin.

Majlis Perkahwinan Yang Membazir

Hujung minggu terutama ketika musim cuti sekolah, banyak kenduri yang diadakan bagi meraikan pasangan yang baru diijabkabul dan kenduri menyambut menantu di sana sini.

Matlamat utama bagi mengadakan kenduri adalah bagi menghebohkan kepada masyarakat sekeliling bahawa Si Tapah dan Si Tipah telah bernikah dan menjadi pasangan yang sah sudah hampir tenggelam. Apa yang banyak timbul adalah pertandingan membuat majlis perkahwinan yang paling meriah di mana pertandingan di adili melalui :
1. Bilangan khemah yang digunakan – yang paling banyak menjadi Juara

2. Bilangan jemputan yang dipanggil – yang paling banyak menjadi juara

3. Jumlah hantaran yang ditetapkan – Yang paling tinggi menjadi juara

4. Harga katering satu kepala – Yang paling mahal menjadi juara

5. Pelamin yang dipilih – Yang paling cantik menjadi juara

6. Hantaran perkahwinan – Yang paling banyak menjadi juara, Yang paling berjenama menjadi juara

7. Gubahan, hiasan di rumah pengantin – Yang paling menawan menjadi juara

8. Dan banyak lagi…. termasuk kad perkahwinan….

Cukup sedih saya melihat bertapa ramainya manusia yang suka membazir kerana terpengaruh dengan sifat ingin menunjuk-nunjuk, sehingga wang mencecah puluhan ribu ringgit dilaburkan bagi memuaskan perasaan ‘menunjuk-nunjuk’.

Individu yang paling dan cukup menderita adalah pasangan yang baru berkahwin itu, kerana ada yang memaksa diri mengambil pinjaman peribadi dengan menghalalkan perkataan terpaksa kerana ibubapa mereka.

Berapa lama lagi kita perlu mengikut adat seorang tua yang telah meninggal dunia yang menetapkan adat yang tidak membatu kita menguruskan kewangan dengan cekap, adakah adat yang membazir dan bersifat menunjuk-nunjuk perlu kita ikuti?

Saya paling suka menghadiri majlis kenduri kesyukuran perkahwinan kerana ianya bermaksud, majlis di adakan bagi meraikankan perkahwinan dan para tetamu tidak wajib membawa hadiah ataupun duit untuk dihulurkan.

Yang menjadi terlebih kaya adalah peniaga-peniaga yang mencetak kad perkahwinan, penyedia khemah, jurusolek. Ini satu, adakah jurusolek yang mentouch up muka kita sehingga berwajah seperti opera Cina itu yang penting, sehingga tiada lagi muka kita yang asal.

Pembaziran ini membebankan lagi pasangan muda yang terpaksa menunda-nunda tarikh perkahwinan disebabkan ibubapa dan bakal ibubapa mertua yang tidak sanggup membebaskan diri dari perasaan ‘riak’.

Blog www.shamsuddinkadir.com, sama sekali tidak bersetuju dengan majlis perkahwinan yang membazir dan menunjuk-nunjuk dan yang menjadi antara penyebab utama kenapa generasi muda tidak memilih jalan perkahwinan yang sah untuk memenuhi keperluan hidup.

SK juga tidak menyokong 100% mana-mana individu yang memilih untuk berkahwin dengan meminjam pinjaman peribadi. Insyaa-Allah sebuah buku berkenaan dengan pengurusan kewangan untuk Pengantin akan dikeluarkan bagi membebaskan banyak individu yang terpaksa menangung bebanan yang tidak perlu, gara-gara ‘perasaan menunjuk-nunjuk terlekat di jiwa’

Yang paling menarik, tidak ada tetamu yang merasa selesa apabila melihat sebuah majlis perkahwinan yang tidak berpijak di dunia realiti, hanya semata-mata sebuah majlis di dunia khayalan. Majlis perkahwinan yang besar-besaran yang dibuat tanpa ada ‘berkat’ tidak dapat menghasilkan kebahagian, yang ada hanyalah menangung bebanan hutang. Ada yang sudah ada ada 4 tetapi hutang perkahwinan belum selesai.

Diari SK : Berkampung Di LHDN Pandan Indah

Insyaa-Allah mulai 22 – 24 saya akan berada di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Pandan Indah bagi menjayakan satu program Dimensi Diri III. Program ini adalah hasil jemputan dari Tuan Baba Ismail yang telah memberikan ruang kepada Ultra Mind Resources memperkasakan lagi kakitangan LHDN.

Sekali lagi, halaman ini dan juga emel yang dihantar oleh para tetamu tidak dapat dijawab dan SK akan berusaha menjawabnya selepas kursus ini berakhir.

Pada sebelah malam  23 Disember 2008, saya akan menjadi panel bagi satu forum yang dijayakan oleh Persatuan Usrah, Universiti Multimedia di Cyberjaya. Puan Hajjah Rohani (Hijrah Wealth) adalah merupakan salah satu daripada panel yang dijemput.  Tajuk yang akan dibincangkan adalah “Strategi Pengurusan Kewangan Islam”.

Masih banyak lagi emel yang belum saya jawab, mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.

Perbelanjaan Yang Mengkayakan Kita

Hari Sabtu adalah satu daripada hari berehat yang kita gunakan bagi memberi manfaat sepenuhnya kepada kita. Individu yang suka melepak, suka melihat jarum saat bergerak tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat, tergolong di dalam golongan orang yang ada apa yang kita tiada. Mereka ada ‘MASA’ untuk dibuang. 

Apabila kita tiada masa untuk dibuang, banyak masa yang kita ada terutama pada hujung minggu, apakah perkara yang boleh kita lakukan sewaktu dihujung minggu. Satu daripada yang kita boleh lakukan adalah dengan melakukan perbelanjaan yang boleh mengkayakan kita, iaitu dengan melaburkan sebahagian dari duit kita bagi membeli ‘BUKU KAYA’. Apa yang dimaksudkan dengan buku kaya, adalah buku-buku ataupun bahan bacaan yang menjadikan kita semakin ‘kaya dengan ilmu’ yang membantu kita:

  • Berbelanja tidak melebihi had yang kita mampu bayar dengan tunai
  • Hidup dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk ‘riak’
  • Hidup dalam keadaan tenang, gembira dan bersyukur pada setiap masa
  • Menambah harta dunia yang penuh berkat, kerana itu adalah tujuan utama kenapa kita berakal
  • Bebas dari dipatuk ‘ular’ dari lubang yang sama
  • Melakar sejarah dan bukannya mengikuti sejarah.
  • Pandai berfikir secara kreatif

Gunakan masa kita di hujung minggu ini, bagi membawa sekeluarga melancong, mengembara ke alam yang melangkaui sempadan masa, dunia dan kelemahan dan had kemampuan fizikal kita. Mengembara melalui sebuah buku.

Mulakan dengan melaburkan sebuah buku sebulan bagi setiap ahli keluarga kita. Elakkan dari membeli buku-buku ataupun majalah yang boleh dikategorikan ‘sampah’. Kerana lebih baik tidak membaca dari membaca sampah yang akan mencacatkan akal yang normal.

Diari SK: Kursus Dimensi Diri III di LHDN

Mulai 16 sehingga 18 Disember 2008, Jika di izinkan oleh Allah saya akan menjayakan kursus Dimensi Diri III di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Jalan Duta, Kuala Lumpur. Seramai 30 orang pegawai LHDN akan terlibat. Selama 3 hari saya berkampung di LHDN, ini bermakna saya hanya akan memberikan maklum balas jika sempat di waktu malam sahaja sepanjang 3 hari tersebut.

Video Game Untuk Pemikiran Anak-Anak

Kini, banyak ibubapa yang berlumba-lumba bagi memberikan ‘teknologi terkini’ kepada anak-anak supaya mereka menjadi individu yang berjaya di hari esok. Bekalan ilmu dalam bidang ICT dirasakan menjadi keperluan utama dalam memastikan anak-anak cemerlang di universiti dan di dunia pekerjaan.

Sudahkah ibubapa yang termasuk dalam kategori di atas membuat kajian ataupun semakan dengan ibubapa yang terlebih dahulu menyediakan prasarana ‘teknologi terkini’ kepada anak-anak mereka pada 20, 15, 10 ataupun pada 5 tahun yang lalu?

Apakah kesan yang telah dirasai oleh ibubapa terdahulu?

Anak-anak yang dilahirkan seolah sebuah hard disk yang baru dan kosong, ibubapalah yang menentukan sama ada hard disk itu perlu di isi dengan ‘virus kehidupan’ ataupun dengan ‘Antivirus kehidupan’.

Kos yang paling murah bagi mengetahui apakah kesannya adalah dengan ‘membaca dan bertanya’ pada orang yang telah melaluinya sebelum kita.

Sudahkah kita membuat perbandingan antara kos duit yang kita perlu tanggung hari ini bagi memberi lebihan teknologi terkini kepada anak-anak dan kos duit yang perlu kita tanggung apabila kita ‘terpaksa’ memperbetulkan apa yang tersilap dalam perancangan masa depan anak-anak.

“Lautan di luar sudah diredhai oleh orang yang terdahulu daripada kita, buat apa kita ingin meredahinya lagi, tanyalah pada orang yang telah meredahinya, supaya kita dapat mengelakkan bencana yang tidak sepatutnya”

Albert Einstein, Thomas Edison menjadi pakar tersohor walaupun sudah meninggal dunia. Adakah mereka bermula dengan limpahan teknologi yang diberikan oleh ibubapa mereka sewaktu mereka kecil?

Handphone, Playstation, Internet Game, Vidoe Game, MP3, Laptop, Internet, videocam,  dan banyak lagi produk berteknologi tinggi yang ada di pasaran, mampukah kita memenuhi setiap produk tercanggih yang keluar dipasaran bagi diberikan kepada anak-anak, kerana apabila diberikan Handphone tercanggih pada hari ini, anak kita akan meminta handphone yang lebih canggih pada esok hari, apabila tidak diberi, ada anak yang berkata “Ayah nie kedekutlah, kawan semua pakai handphone baru itu, malulah nak jumpa mereka” – itu hanyalah sebahagian kecil daripada kesan yang menimpa ibubapa.

Kuiz Garaj Aiman Bersama Majalah Disney

Majalah Disney dengan sokongan PTS mengadakan Kuiz Garaj Aiman. Kepada yang ingin menyertainya, boleh mendapatkan Majalah Disney.

Halaman rasmi Usahawan Cilik adalah www.usahawancilik.com yang masih dalam proses pengubahsuaian.

disney.jpg

Belanja Yang Tidak Disangka

Apabila tiba setiap hujung minggu ramai individu terutama yang makan gaji akan membawa keluarga bersiar-siar. Antara tempat yang dituju adalah pasaraya dan pusat membeli belah. Apabila tujuan ke sana untuk ‘window shopping’ sebaiknya duit yang dibawa memadai bagi memenuhi ‘kecemasan minimun’. Apabila duit yang dibawa adalah terlalu minimun pelbagai tawaran ataupun produk yang kita berkenaan tidak dapat mengikut kita pulang ke rumah, kerana kita tidak membawa duit yang mencukupi.

Sebaliknya apabila dalam poket kita ada duit yang telah dikhaskan bagi membayar ansuran rumah, kereta ataupun bagi tujuan lain, dan terus memasuki pasaraya dengan duit yang telah khaskan pengunaan tersebut, peluang untuk kita ‘tewas’ amatlah tinggi. Pelbagai tawaran yang melampaui fikiran dan daya imaginasi kita menanti kita sejak di pintu masuk pasaraya. Duit yang banyak dan kemudahan kad kredit memudahkan kita berbelanja yang diluar sangkaan kita. Apabila kita pulang baru kita sedar, kita telah membeli sesuatu yang diluar jangkaan.

Seperti petang hari ini, saya membawa isteri dan anak-anak untuk ke kedai buku MPH di Subang Parade, Subang Jaya. Apabila tiba di sana saya ditawarkan dengan produk vitamin untuk kanak-kanak di mana apabila membeli dua produknya dapat free satu botol vitamin bagi menambah selera makan anak-anak. Walaupun tawaran itu amat menarik sekali tetapi ianya bukan pilihan terbaik untuk saya pada ketika itu.

Saya melepaskan peluang pertama bagi berbelanja di luar jangkaan. Seterusnya saya singgah di deretan gerai yang menjual barangan di tingkat yang sama dengan surau. Terpikat dengan satu permainan untuk kanak-kanak yang dijual dengan harga RM 19.90, selepas menelitinya ianya amat sesuai untuk anak saya. Saya menanyakan harga runtuh, kerana penjual itu sudah ingin menutup gerainya. Akhirnya saya membeli dengan harga RM 17.90. Dapat gunakan duit ekstra RM 2 bagi membayar parking.  Kami akhirnya sampai di kedai buku, selepas setengah jam berada di MPH Bookstore, kami pulang.

Saya pulang dengan membelanjakan RM 17.90 yang saya tidak jangka akan berlaku. Walau bagaimanapun saya membeli barangan itu mengunakan peruntukan duit ‘perkembangan minda’ anak-anak.

Penghantaran Tempahan Buku Giliran Kedua

Alhamdulilah, penghantaran batch pertama yang membeli buku secara online telah berjaya dilakukan pada hari Jumaat 12 Disember yang lalu.

Pembayaran bagi buku yang ditempah, yang diterima selepas jam 5 petang 11 Disember sehingga jam 7 malam 18 Disember 2008 dijadualkan  untuk di hantar pada hari Jumaat bersamaan 19 Disember 2008.

Nama individu yang sudah dimasukkan di dalam senarai bagi buku yang akan dihantar pada 19 Disember 2008 adalah seperti berikut:

1. RISAUDDIN BIN MOHAMED has transferred RM45 for beli buku on 12/13/08 19:06:16 via Maybank2u.com

2. RUZIAWATI BINTI RAMAZAN – Bank In RM 45 pada 13 Dis 2008, faks diterima pada 15 Dis 2998, 08:59.

3.

4.

5.

Bagi mana-mana tetamu yang ingin membeli buku-buku tulisan SK dan tidak dapat menemuinya di kedai buku yang berhampiran, boleh membuat tempahan dan pembayaran secara online /bank in. Sila klik “BELI BUKU” yang tertera di halaman sebelah kanan www.shamsuddinkadir.com.

Aksesori Elektronik Yang Membebankan

Sepanjang kajian yang dilakukan, saya dapati ada banyak individu yang memiliki aksesori yang berlebihan dan juga yang di luar kemampuan individu tersebut bagi memilikinya pada waktu tersebut.

Contoh yang paling mudah adalah handphone yang dimiliki oleh setiap individu yang bekerja dan anak-anak. Kegunaan paling asas handphone adalah supaya kita dapat menghubungi dan dihubungi dengan segera pada bila-bila masa.

Jenis handphone yang dijual di pasaran ada menawarkan dengan fasiliti yang paling minimum sehinggalah yang menawarkan pelbagai fasiliti yang kita mungkin tidak perlukan.

Persoalannya adakah berbaloi kita membayar untuk sesuatu fasiliti yang kita tidak perlukan?

Fasiliti-fasiliti yang ektra ini membolehkan kita berbelanja ekstra. Contohnya apabila kita membeli rumah yang besar, sudah pasti banyak perabut yang perlu dibeli, dan perabut dan peralatan seperti set sofa, peti sejuk di beli yang besar-besar. Apabila kita membeli rumah yang kecil seperti apartmen, sudah pasti kita tidak akan membeli peti sejuk 5 pintu. Semakin banyak ruang yang kita beli, semakin banyak peluang untuk kita berbelanja. Semakin banyak yang kita belanja, semakin hilang peluang untuk kita mempunyai simpanan yang banyak dan membantu kita mendapat duit secara berterusan.

Apabila kita ingin kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan yang membebankan kita pada esok hari, hadkan jumlah ruang untuk berbelanja yang kita ada.

Bagi mencari peluang memperbanyakan harta, kita perlu cari, buka, cipta sebesar-besarnya ruang ianya berlawan dengan ruang yang lebih kecil disediakan bagi berbelanja.

Sehingga hari ini, saya pernah membeli handphone sekali sahaja iaitu pada sekitar tahun 2000 (saya tidak ingat dengan tepat) iaitu Nokia 3210. Saya membeli handphone tersebut bagi dipinjamkan kepada kawan saya, kerana saya ingin membantu beliau menjadi Usahawan.

Selepas tempoh pinjaman  percuma berakhir, saya mendapat kembali telefon berkenaan dan mengunakannya sendiri. Yang sedihnya handphone itu rosak pada sekitar tahun 2006/2007. Selepas itu saya mendapat hadiah dari seorang ahli keluarga sebuah handphone Nokia Model 6020 yang berharga kurang daripada RM 400.00 selepas melihat handphone yang saya guna itu terlalu daif (baginya). Sehingga ke hari ini saya masih mengunakannya. Sehingga kini kos yang saya bayar bagi kegunaannya hanyalah SMS dan bil panggilan telefon. Saya tidak pernah melanggan ring tones, sebarang info…

Insyaa-Allah saya akan membeli handphone kedua dalam hidup saya dalam tahun 2009 nanti, bagi memudahkan saya menguruskan semua program kursus, ceramah dan aktiviti yang saya hadiri dengan lebih mudah.

Apabila kita membeli handphone yang paling canggih, apabila kita berkata “Hello”, orang yang menerima pangilan kita tetap mendengar “Hello”, sama dengan apa yang boleh dibuat dengan sebuah handphone Nokia 3210 yang turut digunakan oleh isteri saya sejak 2001 sehingga kini.

Berapakah duit yang kita dapat kurangkan daripada terlepas tangga ke peniaga kedai handphone, apabila memilih mengunakan telefon yang masih dapat memenuhi keperluan harian kita?