21 Dec 2008 Majlis Perkahwinan Yang Membazir

Hujung minggu terutama ketika musim cuti sekolah, banyak kenduri yang diadakan bagi meraikan pasangan yang baru diijabkabul dan kenduri menyambut menantu di sana sini.

Matlamat utama bagi mengadakan kenduri adalah bagi menghebohkan kepada masyarakat sekeliling bahawa Si Tapah dan Si Tipah telah bernikah dan menjadi pasangan yang sah sudah hampir tenggelam. Apa yang banyak timbul adalah pertandingan membuat majlis perkahwinan yang paling meriah di mana pertandingan di adili melalui :
1. Bilangan khemah yang digunakan – yang paling banyak menjadi Juara

2. Bilangan jemputan yang dipanggil – yang paling banyak menjadi juara

3. Jumlah hantaran yang ditetapkan – Yang paling tinggi menjadi juara

4. Harga katering satu kepala – Yang paling mahal menjadi juara

5. Pelamin yang dipilih – Yang paling cantik menjadi juara

6. Hantaran perkahwinan – Yang paling banyak menjadi juara, Yang paling berjenama menjadi juara

7. Gubahan, hiasan di rumah pengantin – Yang paling menawan menjadi juara

8. Dan banyak lagi…. termasuk kad perkahwinan….

Cukup sedih saya melihat bertapa ramainya manusia yang suka membazir kerana terpengaruh dengan sifat ingin menunjuk-nunjuk, sehingga wang mencecah puluhan ribu ringgit dilaburkan bagi memuaskan perasaan ‘menunjuk-nunjuk’.

Individu yang paling dan cukup menderita adalah pasangan yang baru berkahwin itu, kerana ada yang memaksa diri mengambil pinjaman peribadi dengan menghalalkan perkataan terpaksa kerana ibubapa mereka.

Berapa lama lagi kita perlu mengikut adat seorang tua yang telah meninggal dunia yang menetapkan adat yang tidak membatu kita menguruskan kewangan dengan cekap, adakah adat yang membazir dan bersifat menunjuk-nunjuk perlu kita ikuti?

Saya paling suka menghadiri majlis kenduri kesyukuran perkahwinan kerana ianya bermaksud, majlis di adakan bagi meraikankan perkahwinan dan para tetamu tidak wajib membawa hadiah ataupun duit untuk dihulurkan.

Yang menjadi terlebih kaya adalah peniaga-peniaga yang mencetak kad perkahwinan, penyedia khemah, jurusolek. Ini satu, adakah jurusolek yang mentouch up muka kita sehingga berwajah seperti opera Cina itu yang penting, sehingga tiada lagi muka kita yang asal.

Pembaziran ini membebankan lagi pasangan muda yang terpaksa menunda-nunda tarikh perkahwinan disebabkan ibubapa dan bakal ibubapa mertua yang tidak sanggup membebaskan diri dari perasaan ‘riak’.

Blog www.shamsuddinkadir.com, sama sekali tidak bersetuju dengan majlis perkahwinan yang membazir dan menunjuk-nunjuk dan yang menjadi antara penyebab utama kenapa generasi muda tidak memilih jalan perkahwinan yang sah untuk memenuhi keperluan hidup.

SK juga tidak menyokong 100% mana-mana individu yang memilih untuk berkahwin dengan meminjam pinjaman peribadi. Insyaa-Allah sebuah buku berkenaan dengan pengurusan kewangan untuk Pengantin akan dikeluarkan bagi membebaskan banyak individu yang terpaksa menangung bebanan yang tidak perlu, gara-gara ‘perasaan menunjuk-nunjuk terlekat di jiwa’

Yang paling menarik, tidak ada tetamu yang merasa selesa apabila melihat sebuah majlis perkahwinan yang tidak berpijak di dunia realiti, hanya semata-mata sebuah majlis di dunia khayalan. Majlis perkahwinan yang besar-besaran yang dibuat tanpa ada ‘berkat’ tidak dapat menghasilkan kebahagian, yang ada hanyalah menangung bebanan hutang. Ada yang sudah ada ada 4 tetapi hutang perkahwinan belum selesai.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses

  1. 1
    nazrin 

    salam…
    saya ingin bertaya, bagaimanakah kenduri kahwin yg berlandaskan islam dan yang sangat dituntut oleh islam…..

  2. 2
    Admin 

    Salam saudara Nazrin,

    Satu soalan yang bagus, Insyaa-Allah saya akan paparkan di entri akan datang.

  3. 3
    aiman 

    Salam..
    Tuan nak keluarkan buku pengurusan kewangan untuk pengantin?
    Tetapi bukankah sudah ada tuan? http://www.maskahwin.com

  4. 4
    Admin 

    Salam saudara Aiman,

    Ya, buku pengurusan kewangan untuk pengantin, supaya dapat mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan dengan ‘mengubah adat’. Tujuan utamanya, tiada lagi lelaki ataupun wanita yang dibebani dengan kos perkahwinan lagi.

    Insyaa-Allah ianya akan memberikan kemahiran berguna kepada bakal pengantin melalui satu pendekatan penyelesaian masalah untuk selama-lamanya.

  5. 5
    Nabieel 

    Pertama sekali saya minta maaf jika soalan ini lari dari topik di atas tetapi masih lagi di bab perkahwinan :-

    1) Bolehkah tuan bincangkan, bagaimana hendak mengatasi masalah famili yang terlalu inginkan anaknya berkahwin mengikut keturunan sahaja? Adakah ini di tuntut oleh Islam? Keturunan arab mesti kahwin dengan keturunan arab dll.

    2) Saya melihat penceraian semakin berleluasa pada zaman sekarang ini, adakah majlis perkahwinan yang menjadi ‘JUARA’ ini salah satu faktor penceraian akan berlaku?

    3) Bagaimana pula seseorang yang mendapat sumbangan majlis perkahwinan secara besar-besaran, adakah ia tergolong seperti di perkatakan di atas?

  6. Assalamualaikum Tuan Sham. Saya juga sedang memikirkan perkara ini. Anak saya mungkin akan berkahwin dalam tempoh 3 tahun lagi, insyaAllah. Kawan-kawan mengusik saya, majlis walimah anak saya nanti harus dirai dengan meriah. Maklumlah anak tunggal. Mereka ingatkan saya janganlah kedekut kerana majlis begini jika kena keluar belanja besar pun, sekali seumur hidup. Sekali fikir betul juga, alang2 buat majlis yang sekali itu, biarlah happening! Tetapi apablia 2-3-4 kali fikir, saya tidak mahu dibebani kos perkahwinan yang tidak perlu, jika pun mampu. Saya rasa macam dalam dilema, Tuan Sham! Bagus juga idea tuan tentang kenduri kesyukuran perkahwinan itu. Harap tuan dapat ulas lebih lanjut ya.

  7. 7
    pakdeen 

    Assalamualaikum Tuan SK.Sebelum saya beli buku tuan akan terbit nanti,saya tertarik dengan soalan Puan Norlela Zubir.Memang realiti kawan kawan akan mengusik kalau tak buat majlis besar kawan kata kedekut,berkiralah,apa pandangan Tuan dalam hal ini.Saya tak sabar apa ulasan tuan.Terima kasih.

  8. Salam kepada Puan Norlela Zubir (rakan seperjuangan) dan juga saudara Pakdeen,

    Insyaa-Allah saya akan memberikan pandangan pada malam ini, ataupun selewat-lewatnya esok. Hari ini adalah hari terakhir saya berkampung di LHDN Pandan Indah. Insyaa-Allah selepas itu saya dapat mengulas dengan lebih lanjut.

  9. 9
    fadhli 

    Aiman, buku di maskahwin.com tu adalah mengenai cara kumpul duit kahwin. Ia lebih kepada pengurusan kewangan kepada bakal yg nak kahwin agar duit dapat dikumpul melalui cara tertentu seperti cari duit lebih, berjimat dan menyimpan.

    Dan buku yang Tuan Sham nak keluarkan adalah mungkin mengenai pengurusan kewangan khas untuk hari perkahwinan agar kos perkahwinan adalah yang sewajarnya.

    Apa pun, lagi banyak buku sebegini, lagi bagus walaupun yang topik dibincangkan adalah sama. Lagi banyak input, lagi luas pandangan dan pemikiran kita. Saya harap buku ni keluar sebelum saya kahwin lah ya Tuan Sham. 🙂

    Satu persoalan saya berkaitan artikel di atas, bagaimanakah agaknya kita boleh ubah pemikiran orang-orang lama ya Tuan Sham. Mereka tahu ini semua membazir, tapi mereka tetap buat. Tak buat adat-adat tu semua seolah-olah ia satu dosa besar.

    Satu lagi, pengantin itu sendiri. Alasan mereka buat adat itu semua adalah: “Alah, ini sekali je dalam seumur hidup. Bukan selalu.”. Harap di artikel akan datang Tuan Sham boleh huraikan yang alasan sebegini adalah satu alasan yang kurang tepat.

    Terima kasih Tuan Sham.

  10. 10
    Naim 

    Assalamualaikum, Cikgu SAK.

    katalah kalau seorang tu kerjanya di syarikat swasta, gajinya tak sampai pun RM1.6K sebulan..Setiap bulan dapat simpan sekitar 200 RM shj….

    Jadi bagaimana dia nak sediakan biaya kahwin tanpa pinjaman peribadi? Dan kalau terjadi dalam sesetengah kes di luar bandar, biaya kahwin 90% perlu disedia oleh anak lelaki itu sendiri…
    (kes ini mungkin jarang berlaku kepada orang2 berada di bandar)….

    ——#———-@#———–
    tapi saya pun setuju jika tidak dibuat pinjaman peribadi semata-mata untuk jadikan majlis kahwin sebagai acara kemegahan… -:D

  11. Salam, terima kasih di atas satu lagi pandangan baik dari saudara Fadhil, insyaa-Allah saya akan menghuraikan di dalam masa yang terdekat.

    Sejak 2 -3 hari ini, saya tidak dapat akses http://www.shamsuddinkadir.com dari komputer saya. Ini kebetulan keluar, saya singgah Kafe Siber sekejap.

  12. Salam saudara Naim,

    Lama sudah tidak dengar berita, dengan RM 200 sebulan, kita dapat kahwin tanpa meminjam dari ‘Pinjaman Peribadi’

    Nanti saya masukan di dalam entri akan datang.

  13. 13
    sai 

    Ramai yang tertekan dan terpaksa mengambil pinjaman peribadi untuk menanggung kos majlis pernikahan. Kalau ikutkan hati, sememangnya ingin buat kecil-kecilan sahaja. Tapi itulah, kita suka mendengar kata-kata orang.

    Saya menghadiri majlis perkahwinan di kampung (yang sudah tentunya oleh golongan berpendapatan rendah) yang gilang gemilang. entah berapa ekar tanah tergadai.

    Ironinya, majlis yang dilakukan oleh orang kaya-kaya di bandar kosnya ada yang lebih rendah.

    Bagaimana pula dengan graduan segar (fresh graduate hehe) yang ingin melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat?

  14. 14
    azly 

    Saya setuju dengan point Gubahan & hiasan di rumah pengantin. Memang membazir.hehe

Leave a Reply