7 Jan 2009 Azam Kewangan Tertunda Di TV3

(DIKEMASKINI) Insyaa-Allah pada Rabu bersamaan dengan 7 Januari 2009, 14 Januari 2009 (Tuan Loo - penerbit TV3 memaklumkan perubahan tarikh bagi memberi ruang kepada bicara Palestine-Israel pada 7 Jan 2009)

saya akan ke udara lagi di dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Kali ini tajuknya adalah ‘Azam Kewangan’.  Undangan dari  Tuan Loo selaku penerbit MHI pada hari berkenaan.

Tiga bicara terawal di MHI sebelum ini adalah hasil jemputan dari Puan Nuraffenda (Fenda) yang bertugas sebagai penerbit pada 28 Oktober 2008, 10 November 2008 dan 30 Disember 2008 yang lalu.

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan, boleh turut serta dalam perbincangan ‘Azam Kewangan’ di TV3 dan amat dialukan bagi memberikan pendapat ataupun mengemuakan pertanyaan secara langsung nanti.

Di sini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Loo dan Puan Nuraffenda di atas jemputan yang terus menerus bagi memberi ruang ‘bicara kewangan’ di televisyen.

Semoga dengan ruang yang disediakan oleh TV3 itu menjadi peluang kepada kita semua meningkat usaha dan kaedah bagi mencapai setiap azam yang kita telah, sedang dan akan tetapkan nanti.

8 Komen untuk “7 Jan 2009 Azam Kewangan Tertunda Di TV3”

  1. wah, perkembangan yang baik buat tuan.
    Tahniah…
    nantinya saya doakan tuan setanding dato’ Fadzilah Kamsah, insyaAllah. -:)

  2. kalau dah berjaya jgn lupa saya nih

  3. Wah… Nie penting utk saya membuatkan diri semakin paham tentang peri penting keazaman..
    Thanks bro..

  4. Salam Tuan Naim,

    Terima kasih di atas doakan Tuan, semoga di atas setiap ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan itu turut mendapat pahala di atas doa Tuan itu. Semoga kebaikan itu memberikan ruang kepada kita berkongsi ilmu kewangan dengan secara lebih meluas nanti.

  5. Salam saudara Che Mie,

    Mohon maaf saya belum menyedari siapa saudara ini?

  6. Aiseh..tertunda pulak lagi? Tapi tak mengapa siaran rancangan aje yang tertunda….jangan azam kewangan kita pulak yang tertunda! Tak gitu IK…Oppsss! SK?

    Salam kekayaan

    THINKERICH

  7. Saudara Thinkerich,

    Apabila azam kewangan yang tertunda, nampaknya hidup kita terus dibebani stres dan menyesal di penghujung setiap hari.

  8. hafes design berkata:

    terima kasih di atas ilmu yang di berikan. azam tahun 2009 perlu di laksanakan

Tinggalkan komen