Tetamu SK: Bagaimana Caranya Untuk Dimurahkan Rezeki?

Salam…

Saya ingin bertanya… bagaimana caranya untuk mendapatkan¬†atau dimurahkan rezeki…
Saya berharap tuan Sham dapat memberi tips, amalan-amalan, doa-doa dalam Islam yang dapat saya amalkan…
MNA
—————————–
Salam saudara Mohammad,
Soalan itu adalah soalan yang memerlukan jawapan yang lebih luas, iaitu tambah pendapatan dan dimurahkan rezeki.
Bagi menambah pendapatan Insyaa-Allah saya akan menghuraikan di dalam bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang kerana ianya tidak dapat dihuraikan dalam beberapa minit dengan perkataan.
Tiang utama bagi dimurahkan rezeki adalah dengan kita menjadi orang yang membuka pintu rezeki orang lain. Di mana kita sentiasa membantu orang lain sama ada kawan, jiran, ataupun sesiapa sahaja dalam memaju hidup orang lain.
Sama ada bantuan melalui : Tenaga fizikal, sokongan, semangat, dorongan, kritikan membina, dan doa untuk orang lain.
Pemburu orang yang meminta sedekah, yang benar-benar memerlukan : Di mana kita yang mengejar mereka bagi menghulurkan bantuan walaupun RM 1 @ RM 3. Niatkan ketika memberi bantuan “Jika Allah memberikan aku lebih banyak rezeki, insyaa-Allah lagi banyak duit yang aku boleh berikan / bantu orang seperti dia ini” – Maksudnya jika kita dipermudahkan dengan rezeki yang semakin banyak, kita tidak lagi menyedekahkan RM 1 @ 3, tetapi mungkin naik menjadi RM 5, ataupun RM 10…. RM 50.
Antara doa yang istimewa “Ya Allah, kurniakanlah kebaikan yang datang mendadak kepada …………… (isikan dengan nama ahli keluarga, rakan, jiran, muslim dan muslimat) dan lindungi mereka dari kejahatan yang ada di dalam dunia ini, Ya Allah perkenankan doaku ini, Amin.
Jika ada pentas yang sesuai, Insyaa-Allah saya sudi berkongsikan pelbagai lagi doa-doa yang ‘Ajaib’ yang memberikan kita kejutan demi kejutan yang mengembirakan. Ianya perlu diamalkan dengan amalan lain seperti amalan senyuman budak baru lahir, Salam kepada keturunan Adam yang Muslim, Doa-doa yang silih berganti ketika melihat kejadian Allah dan banyak lagi.
Kepada saudara Mohamad, boleh mengaplikasi doa tersebut terlebih dahulu, dan kejar @ cari orang yang memerlukan, sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *