Archive for February, 2009

Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Sabtu 28 Feb 09

Bengkel berhijrah siri kedua akan diadakan pada hari Sabtu ini di atas sambutan yang mengalakkan dari sesi yang pertama. layari http://www.shamsuddinkadir.com/bengkelberhijrah/ .

Untuk makluman semua bengkel ini tidak mempromosikan mana-mana skim unit trust, MLM ataupun direct selling. Peserta akan dilatih dengan kemahiran bagi memulakan bisnes yang real di pasaran. Sama ada ingin memulakan bisnes di bidang trading ataupun perkhidmatan.

Masih ada tempat kosong, pembayaran boleh dibuat serta merta selepas pendaftaran dibuat.

Shamsuddin Kadir masih di Ranau, Sabah dan akan bertolak ke Kota Kinabalu Jam 12 tengahari dan berlepas ke Kuala Lumpur jam 8 malam ini. Emel hanya akan dibalas selepas SK kembali ke Semenanjung.

Menangguh Kepuasaan Di TV3 Pagi Ini

Siaran ulangan menangguh kepuasaan di TV3 pada pagi ini mulai 5.30 pagi sehingga pukul 6 pagi. Saya juga secara tidak sengaja menontonnya.

Ianya adalah satu dari 6 rakaman motivasi pagi yang telah dirakamkan hasil jemputan dan peluang yang diberikan oleh Tuah Mohd Fasil Hj Mohd Idris yang melihat keperluan motivasi kewangan diadakan.

Saya juga mengalu-alukan kepada Tuan dan Puan yang telah menonton motivasi kewangan yang ditayangkan itu bagi memberikan pandangan ataupun boleh diemelkan ke sk@shamsuddinkadir.com. Saya bercadang bagi menghantar pandangan itu kepada Tuan Mohd Fasil bagi dinilai sebelum menjadikan Motivasi Kewangan sebagai satu keperluan bagi disiarkan sebulan sekali.

Tetamu SK: Best Gila Buku Garaj Aiman

Salam

Maaf terpaksa mengganggu, sebentar tadi saya baru mendapat panggilan dari anak arwah adik saya Nur Alya Khairina yang terlalu girang dan teramat suka membaca buku Garaj Aiman. Katanya pada saya “Makcik Best gila buku Garaj Aiman”, boleh ke Nina nak jual buku macam itu, boleh dapat duit banyak dapat bantu Ummi Nina. Buku-buku arwah Abah dulu banyak kat rumah Nina”
Umurnya baru  genap 9 tahun minggu lepas. Saya hadiahkan buku tersebut kepadanya sempena hari ulang tahun beliau yang ke 9 itu.

Tahniah,

Bagi Pihak

Nur Aliah Khairina

———————–

Salam,

Ya, Nur Aliah Khairina boleh memulakan bisnesnya sendiri. Mungkin bagi menjual buku-buku arwah ayahnya memberikan sedikit halangan padanya ketika ini, kerana belum biasa menjual buku dewasa kepada orang dewasa. Apa yang beliau boleh lakukan adalah dengan menjual buku baru yang beliau telah baca dan yakin dengan kebaikan buku tersebut. Contohnya beliau boleh mula menjual buku Garaj Aiman.

Jika beliau berminat, beliau boleh mendapatkan buku-buku tersebut dengan harga diskaun dan ianya akan diposkan secara terus kepadanya jika beliau membeli dengan kuantiti yang telah ditetapkan.

Insyaa-Allah antara buku dalam siri Usahawan Cilik adalah ‘Kedai Buku Bergerak’.

Dapatkan beliau menghubungi info@shamsuddinkadir.com dengan menyatakan maklumat seperti nama, nombor telefon dan  alamat.

Bagi ibubapa lain yang telah menghadiahkan buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman kepada anak-anak dan ingin membantu anak memulakan bisnes pertama mereka boleh menghubungi info@shamsuddinkadir.com.

Filem Aksi ‘Rambo’ Khayalan Riak

Filem-filem aksi yang dihasilkan terutama dari barat sejak dari filem aksi ‘Rambo’ yang memaparkan bahawa orang Amerika hebat dapat mengalahkan musuh  seperti di Afganistan dan Vietnam dengan hanya mengunakan khidmat seorang ‘hero’. Rambo berjaya menghancurkan tentera Rusia seperti di dalam filemnya. Apabila kita melihatnya secara purata kita mengambarkan kita yang menjadi Rambo ‘kelahiran bibit-bibit riak’ di hati.

Yang peliknya, ketika perang di Iraq beberapa tahun yang lalu, kenapa Amerika tidak menghantar ‘John Rambo’  sahaja bagi mengalahkan Saddam Hussein!

Petang tadi sempat saya melihat satu lagi filem aksi yang dilakonkan oleh Bruce Wilis (kalau tidak salah). Ianya menunjukkan dia boleh melompat di atas sebuh jet perang Amerika yang sedang bergerak, sewaktu jambatan lebuh raya yang dia sedang berada runtuh. Apabila saya menanyakan kepada seseorang, adakah Tuan juga turut merasakan seolah Tuan yang melakukan aksi itu? Beliau berkata ya. Saya menanyakan lagi, kita masih bercita-cita melakukannya sesuatu yang orang lain nampak kita hebat, walaupun ianya tidak logik? Beliau mengganguk  dan berkata Ya.

Jika dikaji duit-duit yang digunakan bagi membeli VCD, DVD, dan menonton wayang bagi melihat filem-filem sedemikian, adakah ianya telah mengubah kehidupan kita setelah sekian lama kita menyaksikannya? Yang mengubah kita hanyalah duit kita semakin berkurang. Kita mungkin lebih mengerti ketika sudah tiada lagi duit semewah dahulu, terasa bebanan bila di lihat dengan DVD, VCD dan tiket wayang yang sudah bertimbun itu.

Orang yang hidup lebih awal dari kita juga sudah melaluinya dan hidup mereka juga tidak berubah masih tidak berjaya menjadi ‘John Rambo’ di alam nyata sehinggalah mereka dijemput oleh Tuhan supaya kembali bagi dibicarakan tentang aktivitinya di atas dunia.

Riak adalah satu dari sifat di antara paling bahaya di dalam kehidupan manusia yang bertuhankan Allah. Hidup kita masih maju, masih kehadapan walaupun kita tidak membelanjakan satu sen pun duit bagi filem aksi yang tidak berpijak dibumi nyata.

Bagi memahami dengan lebih jelas dan mudah, dipersilakan kepada Tuan dan Puan bagi melakukan aktiviti di bawah :

1. Beri anak kita menonton sebuah filem aksi ‘action’ dan selepas habis, suruh anak kita menulis satu paragraf tentang apa komen dan perasaannya tentang cerita itu.

2. Langkah kedua, berikan kepada anak kita buku ‘Biskut Ajaib ataupun Garaj Aiman’ dan suruh dia membacanya dan sebaiknya pastikan beliau menghabiskan dalam masa seminggu. Selepas habis, suruh anak kita menulis satu paragraf tentang apa komen dan perasaannya tentang cerita dalam buku itu.

Dari aktiviti ini kita dapat melihat sesuatu. Jika kita masih tidak jelas, kita boleh melakukannya sendiri dengan melihat sebuah filem aksi dan selepas tamat tulis komen dan pandangan kita tentang filem tersebut. Seterusnya baca buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” ataupun mana-mana buku yang di maklumkan di dalam halaman ini dan tuliskan komen ataupun pandangan kita. Adakah buku itu memberi ‘ilmu’ baru kepada kita yang boleh kita manfaatkan?

Adakah kita tidak enjoy apabila tidak menikmati filem-filem aksi? Banyak lagi aktiviti yang benar-benar memberikan kita happy dan enjoy dengan menjadikan kita hero /heroin di dalam filem kehidupan yang kita juga menjadi pengarahnya. Setiap cabaran dan kejayaan yang kita lalui itu adalah filem aksi yang sebenar di alam yang sebenar.

Bagi yang mendorong diri sendiri berjaya, sudah pasti menikmati aksi yang lebih mencabar setiap kali membaca buku-buku yang memberi inspirasi dan juga berguru dengan mentor-mentor yang hebat.

Diari SK: Bandaraya Kota Kinabalu

Alhamdulilah, sejak sampai di Kota Kinabalu tepat 12.45 tengahari, semua yang dirancangkan berjalan lancar. Pertemuan dengan Ketua Jabatan Latihan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Puan Jainab Saidi menambahkan lagi pengetahuan baru. Insyaa-Allah program Dimensi Diri yang sudah masuk tahun ketiga akan bertapak di bumi Kenyalang tahun 2009 ini.

Habis temujanji saya terus meneroka bandarnya terutama yang berdekatan dengan hotel tempat saya menginap. Alhamdulilah, tempat pertama yang menyebabkan saya menghabiskan lebih dari satu jam, tidak lain tidak bukan iaitu kedai buku ‘Times’. Waw buku-buku yang dijual di kedai itu banyak yang membuatkan saya serba salah, di rumah ada banyak lagi buku yang belum saya habis baca. Dua buah buku dibawa bersama yang belum habis dibaca, kini mata, tangan dan hati hanya fokus kepada satu iaitu buku. Bagi meredakan ‘impulse buying’ saya terpaksa keluar dari kedai buku dan pergi ke pasar Filipin yang terletak berhampiran. Saya bertuah pada hari ini, kerana saya bertemu dengan seorang lagi mentor iatu Tuan Ismail Abas yang berkerja di Kuala Lumpur. Saya berjumpa dengannya pada kali pertama di dalam kedai buku itu. Banyak ilmunya, saya amat tertarik dengan apa yang dituturkannya.

Alhamdulilah, bulan Februari saya sudah melepasi kuota Mentor yang saya tetapkan. Bulan Februari ini saya sudah menemui dan telah melantik 3 individu menjadi Mentor saya. Seorang yang bergelar Kolonel bersara TUDM, Pensyarah dari UKM dan yang terbarunya Tuan Ismail Abas.

Ketika makan malam saya berjumpa dengan dua usahawanita yang sungguh rajin iaitu  rakan kongsi Puan Saleha dan Puan Saloma yang gigih berniaga dan bersemangat.

Saya amat tertarik dengan kata-kata mereka. Kami suka berniaga kerana satu dari kelebihannya kami dan berjalan-jalan pada bila-bila masa. Kata orang “Jauh perjalanan, luas pengalaman, kalau kita tidak buat bisnes bagaimana dan jauh berjalan? Kata Puan Saloma. Mereka berasal dari Lawas dan datang ke Kota Kinabalu bagi menyambut anaknya yang akan pulang dari Kuala Lumpur pada malam ini.

Di pasar Filifin, saya berjaya keluar setelah meronda-ronda hampir 95% dari kedai yang ada di dalamnya, tiada satu yang menarik hati saya bagi membelinya. Ini kerana, saya sudah tetapkan bahawa hanya barangan yang memberikan faedah dan tidak membazir kepada saya, akan saya beli bagi dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Mulanya saya ingin membeli souvenier, tetapi saya merasakan souvenier itu tidak dapat memberikan kebaikan senilai dengan duit yang saya bayar. Saya juga pasti cenderamata itu akan akhirnya dibuang ke tong sampah ataupun tidak dapat menghasilkan orang yang menerimanya menjadi lebih baik. Pernah seorang peserta kursus yang saya jayakan di LHDN mengelarkan saya ‘Hati kering’ kerana tidak mahu berbelanja bagi kehendak yang tidak perlu.

Saya akan membawa pulang kenangan manis kepada keluarga dan sahabat-sahabat, supaya mereka turut mengunjungi Kota Kinabalu, ada kelainan dari tempat lain yang telah saya lawati.

Insyaa-Allah saya akan datang lagi bagi menjayakan kursus dan membawa keluarga bercuti. Mungkin sebelum pulang lusa, saya akan membeli ‘ikan kering’ untuk dibawa pulang.

Bicara Buku : Kompleks PKNS Bangi

Alhamdulilah program bicara buku berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Bicara buku bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 3.00 petang.

Hari ini bicara buku lebih tertumpu kepada buku-buku dalam siri memulakan bisnes sendiri untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ramai juga hadirin yang agak terkejut, apabila bicara ini mengalakkan anak-anak bagi memulakan bisnes sendiri di sekolah rendah.

Seorang kanak-kanak yang lahir pada tahun 1930, memulakan bisnes ketika berumur 5 tahun, dan membeli saham yang pertama ketika berusia 11 tahun iaitu pada tahun 1941 di mana kita masih dijajah oleh Jepun. Belum sempat minda kita dibebas sewaktu di jajah, ada orang lain yang masih kecil sudah melabur membeli sahamnya. Ketika beliau berusia 13 tahun, beliau sudah menfailkan borang pendapatan cukainya yang pertama ‘file income tax’.

“Sebahagian dari apa yang kita capai pada hari ini, adalah disebabkan oleh angan-angan kita pada suatu ketika dahulu”

Jika untuk beberapa tahun sebelum ini, beliau hanya menduduki carta kedua orang yang terkaya di dunia. Kini beliau sudah menjadi orang yang paling kaya di dunia sejak tahun 2008. Beliau adalah Warren Buffet.

Buku BISKUT AJAIB dan buku Garaj Aiman adalah dua buku dalam siri bagi menjadikan anak-anak ataupun kita orang yang berjaya mengikut acuan yang dibenarkan oleh Tuhan.

 

Diari SK: Lawatan Ke Kota Kinabalu

Jika diizinkan oleh Allah, saya akan berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah bagi membuat kunjungan hormat ke beberapa organisasi di Kota Kinabalu dalam rangka lawatan menemui bakal pelanggan baru.

Pada awal bulan Februari saya membuat kunjungan hormat ke beberapa organisasi di Kuantan.

Insyaa-Allah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kota Kinabalu adalah di antara organisasi yang akan dilawati. Sehingga kini, antara pelanggan utama Ultra Mind Resources adalah LHDN, di mana sehingga kini kami terus menerima tawaran dari pelbagai jabatan yang ada di dalam LHDN. Terkini dari LHDN cawangan Pandan Indah.

SUK Negeri Sabah juga termasuk di dalam senarai pelanggan yang akan dilawati. Kepada Tuan dan Puan yang bertugas dalam menyediakan latihan  untuk kakitangan dan  berminat bagi mengetahui lebih lanjut tentang servis yang ditawarkan oleh Ultra Mind Resources, Tuan dan Puan  boleh menghubungi kami di 03-5548 4348 ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com.

Insyaa-Allah kami akan mengaturkan lawatan ke pejabat Tuan dan Puan nanti.

Lawatan utama ke Kota Kinabalu hanya pada 24 Februari sehingga 25 Februari. Pada 25 petang saya akan berangkat ke Ranau dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada 26 petang.

Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji 28 Feb 2009

bannerhijrah.jpg

(DIKEMASKINI) Biasanya kita mendengar bengkel memulakan bisnes ataupun berjaya dengan bisnes. Ramai yang ingin memulakan bisnes sendiri dan berhijrah dari makan gaji tetapi tidak tahu bagaimana boleh melakukannya dengan selamat.  Sempena tahun 2009, kami mewawarkan kepada  individu yang ingin mencipta peluang dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’.

Ada yang masih ragu-ragu dan bertanya adakah bengkel ini sesuai untuk saya?

Bengkel ini adalah sesuai bagi semua individu yang

  • ketika ini makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
  • ketika ini makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
  • Ketika ini makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
  • Ketika ini makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
  • Ketika ini adalah graduan yang belum mendapat pekerjaan
  • Ketika ini adalah pelajar universiti ataupun kolej
  • Ketika ini adalah usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
  • Ketika ini makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.
  • Dan banyak lagi sebab yang Tuan dan Puan lebih mengerti

Apabila ekonomi dunia yang gawat dengan ada bank yang di antara terbesar di dunia akan memberhentikan lebih 50,000 kakitangannya di seluruh dunia, bagi mengurangkan bebanan kos operasi. Kita dapat lihat apabila kos petrol yang naik mendadak pada beberapa bulan yang lalu, majoriti individu yang makan gaji menangung bebanan kerana petrol dibayar mengunakan duit wang gaji.

Apakah kelebihan jika kita berjaya berhijrah dari kehidupan Makan Gaji ?

  • Tiada lagi jadual waktu bekerja yang perlu diikuti oleh kita sepanjang hidup
  • Waktu membeli belah di pasaraya dan shopping Mall adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja
  • Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka
  • Tidak terikat dengan ‘BOS’
  • Boleh mendapatkan duit yang lebih pada setiap bulan jika itu yang diinginkan
  • Tidak perlu bergantung kepada orang lain bagi mendapat duit yang banyak
  • Dapat menjelaskan hutang-hutang dengan cepat
  • dan banyak lagi yang akan diketahui dari bengkel ini

Tempat adalah terhad, masih ada kekosongan,  akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Februari  2009 dan di Taman Permata, Hulu Klang.

Maklumat yang dikehendaki bagi tujuan pendaftaran bengkel ini adalah :

  • Nama
  • No. Telefon
  • Alamat Emel

Hantarkan emel ke info@shamsuddinkadir.com.

Bertempat di tingkat 3, Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran RM 150 sahaja (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 8.30 Pagi sehingga 4.30 Petang.

Apa kata mereka yang telah menghadiri bengkel Berhijrah dari makan gaji siri pertama ?

“Saya amat berpuas hati, Tidak sia-sia saya balik lewat ke Kampung . Terima kasih Tuan SK!”  Tuan Sabri Hassan Assa’ariEcommerceMastery.com dan SaifulSham.com

“Saya amat berpuashati dan dapat tahu bagaimana mencari networking, mencari idea bisnes, membina motivasi diri. Saya mengalakkan anda mengikuti bengkel ini” – Tuan Mazlie www.MazlieNadzri.com

“Terbaik untuk membina generasi usahawan Muslim” – Puan Nuranis Bt Amin

“Kursus yang santai dan tidak membosankan, perlu dikerapkan agar lebih ramai dapat manfaat. Promosikan lagi agar lebi hramai yang sertai”  Tuan Mohd Zulfadli www.smartusaha.com

“Topik yang menarik, banyak ilmu yang dapat bagus!!!,” – Puan Miera (Beliau menulis lagi… Buat kursus ini dalam 2 hari iaitu lebih dari 1 hari)

Di atas adalah sebahagian komen yang diberikan oleh peserta siri pertama bengkel berhijrah dari makan gaji.

Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343 (waktu pejabat sahaja).

Blog Ini Juga Seperti Akauntan Saya

Salam.

Semenjak mengenali Blog ini setiap pagi seperti terpanggil-panggil untuk saya melayarinya. Blog ini juga seperti akauntan saya, setiap hari mengawasi pergerakan wang keluar masuk saya. Sekarang saya sedang merasai kesenangan hidup, tiada lagi hutang dalam hidup saya.

Kalau anda tak percaya layarilah setiap hari laman blog ini tanpa gagal anda akan merasainya.

Terima kasih Tuan SK.

Ina

____________________________________

Salam Cik Puan Ina,

Terima kasih, terima kasih, terima kasih kepada Cik Puan Ina yang mendapat manfaat dari halaman ini. Semoga Allah melimpahkan lagi kebaikan yang datang mendadak kepada Cik Puan Ina dan semua tetamu yang mempratikkan perkara baik yang kita pelajari secara bersama di sini.

Pasaraya Besar Atau Pasaraya Kecil Lebih Jimat

Sehingga ke hari ini, kita masih mendengar hujah demi hujah yang menyokong Pasaraya besar dan tidak kurang juga hujah dari penyokong pasaraya kecil. Isu yang dibincangkan adalah jimat.

Penyokong iaitu pembeli di pasaraya besar mengatakan mereka dapat jimat lebih kerana harga barangan di pasaraya besar lebih murah.

Penyokong iaitu pembeli di pasaraya kecil mengatakan mereka dapat jimat kerana pada setiap bulan, mereka tidak pernah terlebih berbelanja.

Kedua-dua pasaraya ini ada kekuatannnya. Di mana jika kita benar-benar ingin menikmati harga murah yang ditawarkan di pasaraya besar, pastikan, pastikan, pastikan kita membawa senarai dan hanya membeli barangan yang ada di dalam senarai itu sahaja. Senarai yang dibuat itu mestilah yang mengandungi barangan yang diperlukan sahaja. Jika kita mengabaikan senarai, kita tidak akan dapat ‘jimat’ yang kita dapat hanya ‘bazir membazir’. Kita terlebih membeli barang yang kita tidak perlu. Menambah bebanan hutang bagi  mereka yang masih membeli dengan kad kredit.

Pasaraya kecil menghalang kita dari membeli lebih dari keperluan walaupun kadangkala kita terlupa membawa senarai ataupun membeli dua tiga barang ekstra yang tiada di dalam senarai. Dengan membeli apa yang ada di dalam senarai membuatkan kita lebih kurang berbelanja, kerana senarai barang untuk dibeli di pasaraya kecil adalah terbatas.

Cadangan Pasaraya bagi kaum Muslim, cari yang dimiliki oleh Muslim ataupun ke Mydin jika ada, banyak barang yang berjenama di sana, tetapi menawarkan dengan harga yang amat murah.

Setiap ringgit yang dibelanjakan bagi membeli di kedai Muslim yang paling terbaik yang kita dapat adalah keberkatan menepati tujuan utama Allah menjadikan manusia.

“Tidak aku jadikan manusia dan jin, melainkan untuk beribadah kepada ku”

Membeli di pasaraya ataupun kedai yang dimiliki oleh Muslim (Tidak kira Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim) menjadikan kita Muslim yang sejati.

Cari yang paling jimat tetapi pada masa yang sama, jangan kita lupakan yang paling penting keberkatan.

Diari SK : LHDN Wangsa Maju

Rabu 18 Februari 2009, saya akan berada di LHDN Wangsa Maju bagi menghadiri temujanji pada sebelah pagi.

Hentikan Menguruskan Hidup Dengan Kad Kredit

Jika kita masih menguruskan kehidupan dengan mengunakan kad kredit, sudah tiba masanya kita menukarkan kepada kad debit, di mana kita hanya belanja berdasarkan duit yang kita ada. Menguruskan hidup dengan mengunakan instrumen kad kredit tidak membawa kebaikan bukan sahaja di dunia tetapi juga di taman barzakh.

Majoriti kad kredit yang ada di pasaran yang sedang digunakan adalah hidup di atas dasar riba yang menjadikan ramai manusia ingkar kepada perintah Allah.

Kad kredit juga mengalakkan kita berbelanja mengunakan duit yang  kita belum miliki. Fikiran kita menjadi sentiasa tenang, gembira dan dalam keadaan bersyukur setiap kali kita mengunakan kad debit. Fikiran kita tidak bercelaru dan apabila membayar di kaunter juga kita tidak segan, kerana kita membayar tunai mengunakan duit sendiri.

Apabila kita membiarkan kad kredit mengurus hidup kita, mengikut kajian dari 100 pemilik kad kredit, 98 orang akan menjadi hamba kepada hutang.

Hanya dua orang sahaja yang bebas dari menjadi hamba kepada hutang. Adakah kita termasuk di dalam dua orang yang selamat?

Kekalkan Akaun Bank Yang Islamik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebagai seorang Muslim kita diperintahkan oleh Tuhan Allah yang telah menciptakan kita bagi mematuhi segala peraturan sebagai makhluk yang telah diciptakan olehNya.

Satu dari peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan Allah di dalam buku manual manusia iaitu Al-Quran adalah meninggalkan saki baki riba di dalam kehidupan harian kita.

Kekalkan semua akaun bank yang dibuka dan diuruskan berdasarkan wang yang tidak dilaknat oleh Allah dan tutupkan semua akaun bank yang kita buka dengan tidak mengunakan sistem perbankan tanpa faedah.

Jika semua akaun yang kita ada tidak islamik, kita boleh buka yang Islamik terlebih dahulu dan tutup semua yang tidak Islamik. Langkah ini kita masih boleh lakukan hari ini, selagi mana tarikh yang Tuhan Allah tetapkan kita mati bukannya hari ini.

Di dalam bab kedua buku manual manusia (Al-Quran) Allah mengistiharkan perang terhad orang yang melibatkan diri dengan urusniaga Riba sama ada sebagai pemberi ataupun pengambil.

Sucikan diri kita dengan perkara asas sebagai seorang Muslim. Pesanan ini juga ditujukan kepada semua wargakerja Shamsuddin Kadir.

Jika akaun kita di Maybank, Yang Islamik akan bermula seperti berikut:

Akaun simpanan biasa : 1 6 digit kedua bermula dengan nombor enam.

Akaun semasa : 5 6 digit kedua bermula dengan nombor enam.

Lihat akaun kita, adakah ianya akaun yang akan membuatkan kita mati di dalam kekufuran ataupun sebaliknya.

Tukarkan akaun kita yang tidak Islamik itu hari ini.

Tetamu SK: Seakan Satu Kemestian

Sejak beberapa bulan ni, seakan satu kemestian untuk pergi ke kedua laman yang pertamanya saya kenal dari bacaan majalah Midi .. yang sebenarnya juga menceritakan tentang pengalaman dan catatan peribadi beliau.

Seorang prof yang sangat jujur ketika menulis namun penulisan yang santai itu mengandugi seribu cerita dan catatan yang menarik. Hati bagai ditarik-tarik untuk terus mencari bahan penulisan beliau yang lain.

Dan laman yang kedua ditemui kerana membantu rakan mencari laman beliau kerana rakan ini bakal mendirikan rumahtangga dan beliau mahu bersedia dari segenap segi termasuklah dalam urus mengurus kewangan. Maka pertemuan yang pertama itu terus disusuli dengan kunjungan harian sehingga jika tiada entri baru yang masuk pada hari tersebut .. terasa seakan ada keluhan kecewa yang terasa.

Untuk bacaan selanjutnya boleh klik di sini

Kuliah Subuh Di Masjid TTDI Jaya

Sejak pukul 6 pagi saya sudah berada di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam bagi menyampaikan kuliah subuh pada pagi ahad setiap minggu ketiga.

Saya terlintas bagi membaca ‘Talkin’ sebelum memulakan kuliah subuh dan telah menyiapkan bacaan tersebut malam sebelumnya. Cuma saya terkilan kerana tiada replika ‘mayat’ bagi sama-sama merasa lebih insaf dan meningatkan tetang ‘kiamat kecil itu’.

Apabila tiba di perkarang Masjid, saya terkejut apabila melihat van jenazah sudah berada di pintu masuk utama Masjid dan mendapati ada jenazah di dalam Masjid.

Seolah-oleh talkin itu sudah dirancangkan. Alhamdulilah, saya teruskan hasrat bagi membaca ringkasan ‘talkin’ sebelum memulakan bicara ‘Muslim Bersatu’.

Berasaskan bacaan di dalam sembahyang iaitu

“Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya semata-mata kerana Allah” Bacaan yang di fahami dan dipratikkan menjadikan kita Muslim Sejati.

Selepas kuliah subuh, saya juga mengikuti sembahyang jenazah yang bermula sekitar pukul 10 pagi dan mengikuti rombongan ke taman barzakh bagi upacara pengembumian simati itu. Tepat pukul 12.10 tengahari saya pulang ke rumah. Si mati baru berusia 33 tahun. Sama dengan umur saya sebelum bulan Mei 2009.

Alhamdulilah, sudah lama juga saya tidak melawat Taman Barzakh. Melihat liang lahat itu, semakin sedar, siapalah aku.

Terima kasih juga kepada Tuan Baba yang bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mengimarahkan rumah Allah itu.