Archive for February 13th, 2009

13 Feb 2009 Bicara Pagi: Komersilkan Kelebihan Mu Di RTM
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

(Dikemaskini) Insyaa-Allah pada pagi hari Sabtu 14 Februari 2009, SK akan berbicara secara langsung di Tasik Titiwangsa di dalam program Selamat Pagi Malaysia, RTM1.

Waktu siaran antara 7 hingga 8 pagi, tempoh masa yang diperuntukkan adalah antara 15 hingga 20 minit. Bicara pada kali ini adalah mencari duit lebih mengunakan kebolehan yang ada pada diri sendiri.

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan boleh turut serta di dalam perbincangan tersebut dengan memberikan pandangan sama ada secara langsung ataupun menghantar emel ke info@shamsuddinkadir.com

13 Feb 2009 Emel Pelawat: Perniagaan Secara MLM
 |  Category: Bebanan Hidup, Dilema |  2 Comments

En. Samsuddin, Saya ingin bertanya dalam menjalankan perniagaan MLM, dalam masa kini kita dalam usaha untuk banyakkan penggunaan barangan tempatan untuk menyahut kempen pelanggan bijak, tetapi saya rasa seolah-olah saya jadi pelanggan terpijak kerana saya menjadi ahli kepada satu perniagaan MLM yang membekalkan barangan suci lagi halal.

Terpijaknya kerana haraga barangan tersebut adalah agak mahal, contoh seketul sabun yang kecil sahaja saiznya berharga RM5.00. Untuk kegunaan keluarga saya seketul sabun itu boleh bertahan 4 @ 5 hari sahaja, kalau sabun jenama lain saiz lagi besar tetapi harganya lebih murah dan untuk keluarga saya boleh bertahan 10 @ 12 hari.selama saya menggunakan barangan secara MLM ini kos perbelanjaan saya telah meningkat 200%.

Untuk pengetahuan En. Samsuddin saya memang telah uruskan perbelanjaan secara sampul surat dan saya pastikan simpanan saya mesti 30% setiap bulan. .

Tetapi kini saya telah bersara dan pendapatan saya telah hilang  50%, perbelanjaan saya dari wang pencen memang deficit.

Untuk panduan saya tetapkan satu amaun besar untuk simpanan ASB dan amaun itu tidak akan diusik. Masalah saya sekarang deficit berlaku tiap-tiap bulan dan saya terpaksa guna duit saving lain hinggakan sekarang saving saya telah susut.

Untuk makluman tuan saya tak ada hutang lain. Untuk tambah pendapatan saya sedang usaha untuk menjadi agen Takaful. 

Minta pertolongan tuan bagi memberi pandangan supaya saya tak keliru lagi dalam perniagaan MLM dan mengawal perbelanjaan harian supaya tak lagi deficit.   

Daripada: Puan Zainab